Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PAS SILAP² MELEPAAAS

Salam mesra Salam sejahtera,

PRU 11 telah berlalu dengan jaya nya.Umno/BN menang dengan hebat dan Pas/BA kalah dengan teruk dan memalukan kerana bercita mimpi untuk menawan Kedah,Perlis tapi dengan kehendak Allah Terangganu terlepas Kelantan hampir tewas.

Yang menang walau dengan apa cara pun tetap dikatakan pemenang begitu juga dengan yang kalah tetap dikatakan kalah.Bab dan perkara tak puashati ini boleh diremehkan sahaja kerana penyakit ini selalunya akan melanda pada yang rasa hebat tapi tewas maka bagi menutup kelemahan diri,menjaga maruah diri maka kesilapan dan andaian kesilapan orang lain terpaksa dikorek cari.

PAS/BA sewajar kalah kerana ini lebih baik buat rakyat kerana barisan ini amat senonim dengan mencari kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh kepimpinan Umno/BN dan dengan ini ia menjadi satu instrumen bagi check and balance diatas perlakuan Umno/BN.

Bab Islamik kedua parti ini sama saja kerana sama² melakukan yang baik dan yang tak baik yang berdosa dengan yang tak berdosa yang disuruh dan yang ditegah.Kalau Umno/BN membenarkan jualan arak untuk bukan Islam Pas/BA pula membenarkan nya minum di Pos Parti.Kalau nak cari salah silap dah tentu nya kedua parti ini sama saja cuma yang berbeza ialah perlakuan.Pas kini hanya ada mulut maka sebab itu sedap mengata ngutuk,Umno pula ada kuasa maka sibuk pula meraba harta tak kira hak siapa. Kalau kedudukan diubah alih maka perkara yang sama tak mustahil akan berlaku.Semua mereka manusia biasa yang tidak akan lari dari tamak haloba,nafsu serakah.Yang beriman amal soleh memang ada tak kira dari parti mana dan begitu juga yang gila kuasa dan harta.Untuk betulkan diri boleh dikatakan payah tapi untuk cari silap memang mudah kerana apa juga yang tak berkenan dihati tak menguntung diri kalau mahu bolehlah ditafsirkan sebagai silap dan salah.

Umno/BN selayak juara akan guna segala kepakaran dan kemudahan yang ada untuk pastikan tidak hilang kuasa maka Pas/BA selaku pencabar patutlah licik bersedia untuk tidak ditipu oleh juara.Gendang juara selalu nya tidak enak buat pencabar dan untuk juara memalu rentak pencabar adalah satu perkara yang luar biasa.

Doa Pas pada yang Esa untuk elakan Malaysia di pimpin oleh mereka yang zalim mungkin telah diterima dan kerana itu Allah buat masa ini tidak mengizinkan Pas memerintah negara.Perjuangan Pas kadangkala berbeza² yang dulu tak boleh kerana haram tapi kini dibolehkan pula,yang dulu tak molek tapi kini jangok pula..misal nya dulu haram makan gaji kerajaan tapi kini tak haram lagi kerana upah katanya begitu juga calon wakil rakyat dulu tak molek bagi pada wanita tapi kini jangok pula.Begitu juga dengan pemimpin besar nya kadangkala terlatah lalut juga apabila Terangganu dibawah perintah Tuan Guru melalut konon nya ada empat lori dokumen bab rasuah kerajaan lama tapi sampai kini sunyi sepi jangan kata lori setengah troli pun tidak ada.Kini PRU11 semua nya silap tapi percayalah ia boleh diandaikan sama dengan cerita lori dan troli.Tindakan dan kenyataan pemimpin selalu bercanggah mungkin kerana baca kitab yang berbeza penulisnya.Aibkan peribadi satu kata boleh satu kata tak boleh…. lebih kurang dengan satu tak menerima PRU kerana kalah tapi yang menang pula lompat cepat untuk terima watikah.

Pas parti untuk Islam dan di Malaysia ini lazim nya orang Melayu begitu juga dengan Umno parti orang Melayu dan lazim nya berugama Islam maka tidak ada beza nya yang mana lebih Islamik kerana hanya yang bertakwa lah dipandang Allah.Tapi bagi Pas hanya ahli nya saja yang baik dan betul alim nya padahal yang jadi lanun pun banyak.Tapi yang jelas nya ialah ahli Pas memang terlatih untuk jatuhkan maruah,maki hamun tuduh andai dan menggunakan perkataan kesat untuk sampaikan message padahal itu bukan tuntutan Islam.Tapi mungkin kerana fatwa Tuan Guru Allah pun mencarut(moga di ampun dan dirahmati Nya) maka ia berkemungkinan ditafsir kan sebagai satu amalan baik berpahala.Bayangkan Tuk Guru berdoa untuk kaburkan mata dan hanya nampak bulan padahal adalah lebik baik berdoa untuk Allah gerakan hati untuk undi bulan dan ini rasanya lebih baik dari doa untuk mudaratkan penglihatan….Yang enak nya ialah sangat mudah menghalalkan cara tapi kalau Umno buat berdosa kata nya…Mungkin kerana parti itu ada Islam pada nama maka semua nya dibolehkan…Entahlah macam ni pun ada……BOLEH CAYE KEE UNTUK MEMIMPIN !!!!!!!!

sekian salam hurmat................putrabaling





___________________________
Terbitan : 1 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)