Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Gempar !!!Fitnah Paling Dahsyat UMNO terhadap PAS bakal Berlaku ???

Bersedia Fitnah paling Dahsyat UMNO terhadap PAS !!!

Pilihanraya paling kotor telah berlalu.. cengkaman UMNO terhadap jentera kerajaan kini makin kuat.. badan kehakiman dan Polis terus menerus menjadi barua segala kejahatan!! Media mereka makin menggila terus menjadi saluran fitnah bagi pihak Pemerintah!! Operasi Fitnah paling Dahsyat terhadap PAS bakal bermula.. Bersedia..!!!

Kita jangan mudah untuk lupa apa yang dilakukan UMNO kepada PAS selepas berlalunya Pilihanraya 1999!! Drama Sauk, KMM, Pelajar Militan antara peristiwa besar yang cuba dikaitkan dengan PAS.. barangkali ada yang mengatakan itu hanya cerita di Era Dr.Mahathir..?? tetapi apakah kita Lupa.. Paklah adalah pelaksana segala Fitnah paling menggila pada ketika itu.. dengan Menjadi Menteri dalam negeri yang bertanggung jawab terhadap PDRM .. Paklah sebenarnya memainkan peranan yang amat penting!! Mungkin pula ada diantara kita menyamakan peristiwa tersebut hanya sekadar arahan seperti dilakukan Musa Hitam dalam Kes Memali ketika menjawat jawatan menteri dalam negeri diera Dr.mahathir!! Jawapannya tidak sama sekali.. Paklah bakal bertindak lebih kejam dari Dr.Mahathir!

Kita jangan lupa.. Pelajar belasan tahun yang belajar diPakistan telah ditahan Polis atas arahan paklah setibanya mereka di KLIA, ini membuktikan kekejaman paklah amat luar biasa !! ketika pelajar tersebut ditahan Paklah adalah Perdana Menteri?? Atas arahan siapa lagi untuk paklah turuti?? Cukuplah jika dilihat Paklah yang tidak ada sebarang permusuhan Politik dengan dato’ Seri Anwar.. paklah sanggup terus menerus memenjarakan Anwar?? Apakah berat bagi Paklah membebaskan Anwar?? Permusuhan sebenar Anwar hanya dengan DrMahathir!! Bukannya Paklah..mengapa Paklah sanggup terus menahan Anwar walaupun ketika ini Dato’ Seri Anwar sakit teruk!! Mana perginya gelaran kononnya Paklah berjiwa rakyat !! paklah berjiwa Agama..!! malah diawal tugasnya setelah menjadi PM ,dengan mengatur orang kepercayaannya di bernama dan Tv3, Paklah terus menerus menambah Fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkan Anwar dengan rangkaian Al-Qaeda! Mujurlah Fitnah Itu tidak berlanjutan setelah Anwar berjaya mematah serangan paklah berkaitan hubungannya dengan rangkaian Al-Qaeda!!

Masihkah kita ingat bagaimana Paklah melalui Kementeriannya melakukan Fitnah terhadap TG Dato’ Seri Haji hadi yang ketika itu ke Sulawesi menghadiri satu persidangan ?? Antara Fitnah yang dibuat ketika itu, kehadiran dato’ Seri TG Hj hadi ke persidangan itu ada kaitan dengan Kumpulan JI?? Walaupun ketika itu pemergian Dato’ Seri Haji Hadi adalah atas nama Menteri Besar Terengganu dan pemergiannya pula dimaklumkan di Wisma Putra!! Dan sebelum Fitnah semasa Lawatan Dato’ Seri Hj hadi ke Indonesia, TG Hj hadi pernah difitnah dibulan Puasa dengan menuduh Dato’ Seri TG Hj Hadi menghasut pelajar kita di Jordan untuk merusuh dan bertindak ganas!! Kini tanda tanda perencana Fitnah sudah datang kembali.. Perancangan jahat UMNO sudah Bermula..!! Media Perencana Fitnah tv3 sudah memulakan langkah nya!! Hari ini TV3 sudah mula menyiarkan pengakuan 4 orang anggota JI yang dikaitkan dengan pengeboman di bali !! apakah PAS dan TG Hj hadi sekali lagi bakal dikaitkan dengan gerakan militan dan rangkaian Pengganas?? Apakah selepas ini pelajar kita yang ditahan di Pakistan bakal menyusul membuat pengakuan?? Kita tunggu dan lihat !!! PAS harus membuat persediaan!! Pas seharusnya dapat menghidu sebarang bentuk tindakan oleh Proxy yahudi di Malaysia iaitu UMNO!! Mereka bakal Mengganas.. dengan kebanyakan daripada pemimpin PAS kini tidak lagi menjadi Ahli dewan rakyat (parlimen), .tindakan UMNO menyumbat pemimpin PAS kedalam ISA serta melabelkan PAS sebagai Militan akan menjadi lebih senang !! Bila ada badan dan Pihak Antarabangsa mempertikaikan penahanan pemimpin PAS kedalam ISA!! UMNO akan mengunakan Alasan.. rakyat Malaysia telah menolak Islam Ekstreme didalam pilihanraya!! apa yang lebih teruk kemungkinan Paklah bakal Mengharamkan PAS?? Apa yang perlu dilakukan kini.. Kita akan mulakan Protes besar besaran terhadap keputusan Pilihanraya 2004 sehingga menembusi pengetahuan masyarakat Dunia !! dedahkan salahguna kuasa Pemerintah dalam pilihanraya dahulu!! kita akan lawan dengan cara apa pun.. kalau kita gagal dengan cara pilihanraya ..bak kata hishamudin rais kita gunakan cara Jalanraya !!!

Lawan tetap Lawan !!

Reformis muda





___________________________
Terbitan : 4 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)