Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Menyanggah Tulisan LUTFI OTHMAN ?? Berubahlah Harakah..!!

Pada awal minggu lepas saya sempat membaca artikel Lutfi Othman dalam jurnal Harakahdaily.net.. antaranya tulisan beliau mengenai kekalahan PAS dan Keadilan !! antaranya ditulis adalah hasil temuramahnya dengan ahli akedemik dalam bidang Sains Politik iaitu Prof Mohd Agus yusof!! apa yang dimuatkan disitu dan apa yang menariknya Lutfi menulis satu perenggan dari ucapan Prof Agus antaranya.. "sebelum saya balik ke KL saya tidak nampak sebarang tanda perubahan Rakyat Kelantan! namun bila keputusan Pilihanraya keluar jelas inilah kunikan Rakyat Kelantan??" dan akhirnya tulisan ini disiar di dalam akhbar harakah ! bukankah semua penipuan dikelantan dan terengganu berlaku dihadapan kita..bukankah jelas pilihanraya ini begitu kotor.. bukankah pengundi Hantu membantu kemenangan parti kortor tersebut?? saya sangat kecewa dengan keluarnya tulisan sebegini.. bukan kita menghalang keterbukaan Lutfi tetapi masa yang tidak sesuai sama sekali.. apakah Lutfi boleh memahami dunia Politik..?? waalaupun sudah lama berkecimpung dalam penulisan politik!! malah ulasan Dr Agus saya sudah dengar banyak kali bila hasil kajiannya dibuat diseluruh setesen TV .. membuatkan tugasan UMNO kali ini lengkap Sudah?? tulisan Ahmad Lutfi seakan akan melengkapkan usaha UMNO?? Mengapa ??

Saya amat kecewa.. ketika ramai dari penyokong pembangkang kini dalam kekeliruan akibat kekalahan yang amat teruk.. Lutfi memainkan peranan menambahkan kekeliruan ini.. apakah kita sedar tulisan Lutfi itu seakan akan melemahkan Moral penyokong PAs yang sudah banyak berkorban.. bukan sekadar lemah..tetapi lebih keliru?? apa yang perlu Harakah siarkan adalah bagaimana kekotoran BN dalam menghadapi pilihnaraya?? apa yang perlu kita buat.. kita mesti bulatkan Fikiran ahli kita bahawa semua ini adalah kerja Kotor BN dan UMNO?? saya kira bukan BN ..tetapi UMNO dibawah Paklah!! bukannya penulis ini menambahkan kekeliruan.. kalau tulisan itu dibaca saya.. saya boleh faham.. bagaimana yang kurang pengetahuannya dalam Politik..bagaimana pula yang kurang keterbukaan didalan membaca Penulisan! malah tindakan Lutfi ini bukan kali pertama.. sebelum pilihanraya juga dia sesekali merendahkan Moral penyokong dengan meramalkan PAS gagal menawan Kedah?? perlukah kita dengan penulisan sebegini..??? saya Ingatkan Lutfi.. bukan semua penyokong celik IT !! bukan semua boleh mendapat berita dari internet.. bukan semua yang berani lagi menghadapi ceramah pembangkang!! yang tinggal kepada penyokong PAS adalah Media Harakah !! kalau harakahpun nak terbuka sesangat.... saya harap pergi jahannam Harakah !!! saya bukan marah kepada PAS.. saya marah kepada penulisan sebegini?? setelah rakyat disumbat dengan berita dari TV3-RTM dan penulisan akhbar perdana apakah Lutfi sekali lagi mahu harakah pula menjadi bahan propaganda BN ?? tulisan sebegini boleh ditulis.. tetapi bukan waktu terdekat ketika rakyat dan penyokong pembangkang dalam kekeliruan!!

saya ingatkan sekali lagi..kita cuma ada Harakah !! Ceramah sudah ditakuti rakyat.. mArkaz Pas apatah lagi tambah tambah orang Muda..!! saya tidak mahu ada tulisan yang mahu mengelirukan Kebatilan yang berlaku diahadapan kita.. tulisan Lutfi sebenarnya membersihkan kebatilan yang dilakukan UMNO !! menimbulkan tanda tanya..??? samaada benarkah rakyat menolak PAS dan apakah benarkah UMNO menang dengan bentuan pengundi Hantu?? apa yang perlu kita bulatkan pandangan ahli kita bahawa pengundian kali ini adalah tidak Sah !!! ia adalah penipuan dan pilihanraya paling Kotor !! saya harap penguran harakah lakukan segera Reformasi.. Bagilah pengurusan harakah ini kepada anak anak muda pulak.. bukan susah nak cari.. Graduan dalam bidang penyiaran bukan main ramai.. mereka ini tidak ada anak bini nak tanggung !! perlu ada suara anak muda didalam Harakah!! kita taknak pengurusan tua diganti tua..!! bukan kita nak pecat mereka yang dah lama.. tetapi kita perlukan bahagian penerbitan yang ada suara anak muda!! mereka lebih memahami apa kehendak anak muda !! apa yang saya nampak banyak dari cawangan dan PAS negeri gagal menggerakkan Anak Muda?? salah siapa??? belajarlah dari reformasi yang dibawa Anwar..!! walaupun duduk dalam kerajaan sudah belasan tahun... walaupun pernah duduk dikerusi empuk dikementerian Kewangan ,darahnya ketika memimpin pelajar dalam gerakannya dulu masih segar !! setelah dipecat Anwar hanya mengambil masa bebarapa hari menggerakkan ratusan ribu anak muda melakukan gerakan besar besaran melawan kezaliman..!! seharusnnya setelah UMNO melakukan kezaliman didalam piliharaya lalu.. gerakan pemuda PAS sudah mampu melakukan perubahan.. Ingat pimpinan Pemuda mesti ada gagasaan sendiri.. tidak perlu bergantung kepada kepimpinan Pusat!! lakukan perubahan.. bangun melawan kezaliman.. gerakkan seluruh kekuatan anak muda !!!

Lawan Tetap Lawan!!

reformis Muda





___________________________
Terbitan : 10 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)