Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PAS mesti Secara Rasmi Menentang PROGRAM KHIDMAT NEGARA!! sehingga..

Saya menyeru barisan pemimpin Pembangkang terutama Pemuda PAS yang dipimpin Salahuddin Ayyub mengambil langkah berani dan bukan sekadar mengeluh dengan apa sahaja Agenda Jahat BN menghancurkan Moral serta Agama dikalangan Remaja !!! apa yang perlu dibuat Pemuda BA.. pertamanya Menyeru semua anak Ahli PAS serta pembangkang lain agar jangan menyertai Program Khidmat Negara sehingga Syarat syarat ini dipenuhi !! apa syaratnya ??

Pertama : Mengasingkan Lelaki dan Perempuan Jangan diulang perkara yang berlaku keika program rakan muda dahulu apabila ada dikalang remaja Bebas bergaul seakan akan tidak ada batas agama !! jadi peserta mesti diasingkan kecuali dalam program program tertentu seperti rombongan luar serta aktiviti luar kem !!

Kedua : Mewajibkan Peserta sembahyang berjemaah !! Apa yang menjadi masalah, diwaktu yang paling sesuai untuk melatih perserta untuk sembahyang berjemaah.. mereka tidak lakukan !! malah dibiarkan bebas..siapa yang nak pergi ..pergi..!! siapa taknak dia punya pasal.. inilah caranya UMNO mahu menjadikan Remaja memandang remeh tuntutan Sembahyang berjemaah !! dengan cara ini .. mereka akan mengimarahkan Masjid selepastamat Program ini. walaupun ada peserta ber agama lain , ianya bukan alasan !!!! ingat ini bukan alasan kukuh..mereka boleh duduk dikhemah atau diberi tugas lain !!

Ketiga : memperbanyakkan Program agama !! program agama seperti kuliah subh dan magrib sepatutnya dilakukan , banyak daripada Ustaz atau jemputan hanya disuruh jadi imam.. menagapa tidak terus memberi kuliah?? bukannya lama.. 15minitpun jadi setiap sesi.. ini semua bagi mengingatkan mereka akan Islam !!

KeEmpat : Dibuka untuk pemantauan pihak luar seperti Parti Pembangkang!! Semua program ini seharusnya dibiarkan agar boleh dipantau bagi mengelak aktiviti serta Program Khidmat negara ini tidak digunakan untuk tujuan Politik dan salhguna parti kerajaan terutama UMNO !!

Akhirnya : Menjauhkan Unsur Barat dalam setiap Program !! seharusnya aktiviti melibatkan tarian keterlaluan seperti yang berirama rancak ala Disko serta percampuran lelaki perempuan dihalang sama sekali !!

Ingat UMNO semakin takut !! apabila ramai dari peserta bagi sesi kedua tidak menghadiri Program Khidmat negara kerana takutkan program program ala barat serta melampau !!! ramai dari ibu bapa merungut anak mereka terlampau terdedah dengan unsur barat!! semua ini luahan yang kedengarab di Akhbar harian Perdana sendiri !! Ingat setelah anak anda sertai Program ini.. Moral anak anda dalam Bahaya !! lihatlah bagaimana mereka ini disertakan dengan KAD Diskaun untuk ke tempat Hiburan serta Disko !!

Ingat !!!Pemuda Harus Berani.. !! kita bukan menentang usaha kerajaan !! tetapi kita mahu perlaksanaan ini dipernuhi dengan nilai akhlak Islam dan ketimuran yang baik !! jangan biarkan anak anda Rosak !! Ini Amaran Serius !! kebimbangan Ibu bapa sekarang makin memuncak !! itu sebab mereka terdesak mahu mendakwa 10,000 perserta yang tidak hadir ke Program ini !!

Ayuuuhhh !!! kita tentang Program yang menjadi Proxy yahudi !!

Lawan tetap Lawan !!

reformis Muda





___________________________
Terbitan : 14 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)