Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kadar tol Lebuh Raya Baru Pantai RM1.60 - Hadiah Pilihanraya

Kerajaan BN dengan cemerlang telah berjaya mengurniakan hadiah pilihanraya kepada rakyat. Lebih banyak kadar tol akan di naikkan. Lebih banyak tempat akan dipasang meter bayaran letak kereta. Ini sesuai dengan Projek BN (Barang Naik).

Berita yang paling gemilang ialah bayaran telefon, air dan elektrik akan dinaikkan sebagai hadiah istimewa selepas berjaya menipu dalam Pilihanraya ke 11.

Perkara yang tetap turun ke bumi adalah sangat tidak terbilang iaitu air hujan. Rakyat sangat bersyukur kerana BN belum menaikkan air hujan dan oleh kerana itu berjanji akan tetap memilih BN dalam Pilihanraya ke 12 yang dijangka berlaku pada tahun 2009.

**************************************************************************

Kadar tol Lebuh Raya Baru Pantai RM1.60

KUALA LUMPUR: Kabinet menetapkan RM1.60 sebagai kadar tol sehala Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) bagi kenderaan kelas satu dan lima merangkumi kereta serta bas berkuat kuasa selepas tengah malam ini.

Kenderaan kelas empat (teksi) pula dikenakan 80 sen, kelas dua (lori dua gandar dengan enam roda) RM3.20 dan kelas tiga (lori tiga gandar atau lebih) RM4.80.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Menteri Kerjaraya, Mohd Zin Mohamed, pada sidang media di sini, petang semalam.





___________________________
Terbitan : 4 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)