Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kementerian Pendidikan merudum jadi Kementerian Pelajaran

Kerajaan BN yang baharu menang dengan cara penipuan besar-besaran telah menubuhkan kabinet yang hanya layak jadi Kitchen Cabinet.

Salah satu Kementerian yang jadi mangsa ialah Kementerian Pendidikan, yang jatuh tarafnya merudum menjadi Kementerian Pelajaran. Kementerian ini berundur ke Zaman Jahiliah.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat martabat Kementerian ini menjadi Kementerian Pendidikan.

Pendidikan dan Pelajaran adalah dua istilah yang jauh perbezaannya.

Pendidikan berasal dari perkataan DIDIK, yang berobjektif POSITIF menjadikan setiap manusia baik, kamil dan berguna.

Pelajaran berasal dari perkataan AJAR, yang lebih am maksudnya ... merangkumi perkara yang baik dan buruk ... NEGATIF dan POSITIF.

Para pelajar boleh di ajar membaca, menulis, mengira, menipu, mencuri, merompak, mengugut, mendera, berzina, makan rasuah dll.

Kerajaan yang menang dengan cara tipu dan zalim akan mengAJAR rakyat supaya pandai menipu dan buat zalim.

Dengan sistem PELAJARAN ini, lebih ramai akan berbakat untuk memegang jawatan penting seperti Pengerusi SPR yang pandai menipu, KSU yang cekap membuat MyKad dan Paspot palsu dan Ketua Polis Negera yang cergas untuk mematahkan tulang belakang dan melebamkan mata sesiapa yang engkar kehendak nafsu buas pihak berkuasa.





___________________________
Terbitan : 7 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)