Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

ADUN Pas diajak sertai BN -- Bentuk penipu lebih brutal di Kelantan

Kalau UMNO/BN ikhlas mahu membina Universiti Kelantan dan mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan untuk rakyat ..... tidak perlu tunggu hingga BN memerintah Kelantan.

Cukai ahli PAS, KeADILan, DAP, BN atau tiada parti semua dikaut oleh kerajaan Persekutuan BN. Tanggung-jawab setiap ibu-bapa memberi makan anak-anaknya tidak kira samada anak-anak itu berkulit hijau, biru atau kelabu.

Belum sempat angkat sumpah di Terengganu, mereka sudah pecat ramai pekerja yang sokong BA. Duit royalti minyak mereka rompak. Pilihanraya mereka tipu.

Mak Enon dan Awang Liku pun tidak percaya lagi kepada para penipu dan gangster UMNO/BN.

UMNO sedang cuba rasuah 2 orang ADUN PAS di Kelantan. Ditawarkan berpuluh-puluh juta RM. Yang pertama ditawarkan jawatan MB. Yang kedua ditawarkan jawatan Timbalan MB.

Mereka (UMNO Kelantan) janji (tipu) benarkan Hukum Islam dilaksanakan ... Hudud, Taqzir, Qisas dan apa sahaja asalkan Kerajaan PAS runtuh dan Kerajaan BN berkuasa. Tawaran ini adalah serupa dengan tawaran Abu Jahal dan kaum Kafir Quraish kepada Nabi Muhammad di Mekah.

Hanya orang MUNAFIK sahaja yang sanggup menerima tawaran tipu Abu Jahal UMNO Baru.

#######################################

ADUN Pas diajak sertai BN -- Bentuk kerajaan lebih berwibawa di Kelantan - Awang Adek

KOTA BHARU 5 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Kelantan dijemput secara sukarela menyertai Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan sebuah kerajaan baru yang lebih berwibawa dibentuk di negeri tersebut.

Bendahari UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, langkah itu adalah pengorbanan terbesar yang boleh dibuat oleh ADUN Pas bagi memastikan BN dapat menunaikan semua janji dalam manifesto tambahannya termasuk membina Universiti Kelantan dan mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan untuk rakyat negeri ini.

``Kita hendak dua orang sahaja lagi. Jadi, saya harap ADUN Pas mempunyai kesedaran sendiri untuk membuat pengorbanan ini demi kesejahteraan kepada rakyat Kelantan.





___________________________
Terbitan : 7 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)