Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

RM500,000,000 untuk PKN dan RM0 untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR)

RM500 JUTA untuk PKN tetapi RM0 untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) - Anda berada di dalam fantasi Islam Hadhari (Hantu Abdullah Dan Hantu Amerika Rakan Israel) !!!

Antara petikan dalam Berita Harian hari ni dalam ruangan yg bertajuk "85,000 pelatih PKN akan terima Kad YES2NS":

Antaranya, kemasukan percuma ke konsert 'Rock The World' pada 18 April ini, insurans seumur hidup bagi sebarang kemalangan semasa menyertai sukan lasak, baucer buku RM5 untuk setiap pembelian RM50 bagi satu resit, lawatan percuma ke kelab Pan Global di Petaling Jaya dan Johor Bharu serta pelbagai keistimewaan lain.

Adakah dgn menggalakkan remaja pergi ke konsert rock akan membantu melahirkan generasi yg berkeperibadian mulia dan berdisiplin ??? Sebaliknya usrah, ceramah dan didikan agama dihalang !!! Bukankan YES2NS ini akan menambah bilangan samseng, penagih dadah, pelacur, penzina dan gangster ???

Pelancaran kad YES2NS itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaksikan kira-kira 5,000 pelatih PKN di padang stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan sanggup berbelanja besar iaitu kira-kira RM500 juta untuk menjayakan program itu dengan harapan melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian mulia, berdisiplin dan bersifat patriotik.

"Program ini adalah satu pelaburan untuk masa depan negara kerana tiada guna kita boleh membina jalan raya bertaraf antarabangsa (TOL mahal dibayar oleh pengguna sendiri), bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia (guna duit PETRONAS yang asalnya diperuntukan untuk sekolah, masjid dan lain-lain kebajikan rakyat)serta lapangan terbang yang tercanggih tetapi tidak boleh membentuk manusia yang berguna....bermakna kita akan gagal penuhi cita-cita untuk negara.

>>>>>>>>>>>>>>>>>

Adakah dgn menggalakkan remaja pergi ke konsert rock akan membantu melahirkan generasi yg berkeperibadian mulia dan berdisiplin ???

Seciput dana untuk SAR (Sekolah Agama Rakyat) demi mendidik golongan alim-ulamak disekat ..... tapi sanggup bazirkan RM500,000,000 duit rakyat setiap tahun untuk menggoda pelatih2 PKN menjadi kader-kader hantu UMNO/BN.





___________________________
Terbitan : 8 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)