Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Penny Wise - Pound Foolish of Dollah Badawi

Bijak Sen Bangang Ringgit !!!

Semenjak dilancarkan pada 10 Februari 2004, Tabung Harapan Insan Pelajar (HIP) anjuran Persatuan Bekas Pelajar MRSM (Ansara) terkuit-kuit, hanya dapat mengutip RM1.1 juta. Promosi HIP menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang sangat miskin hingga tidak mampu belajar.

15,000 orang kanak-kanak di Malaysia tidak masuk belajar ke darjah satu, akibat kemiskinan setiap tahun ! Berapa ribu pula yang tercicir di darjah 2, 3, 4, 5, 6 dan peringkat menengah ???

Ironisnya, dalam masa beberapa minggu sahaja RM500 JUTA wang rakyat dibazirkan untuk PLKN. Program ini tidak perlu diadakan jika Sistem Pendidikan Malaysia berjalan betul dan telus. Kementerian Pendidikan telah gagal !!! Setakat ini PLKN hanya berjaya menghasilkan anak-anak muda yang leka dengan hiburan, menonton video lucah, gadis-gadis diraba, kecurian dan pergaduhan.

Kalau Mahathir sibuk membazirkan wang rakyat dengan projek-projek gajah-putih, Dollah Badawi pula hebat membazirkan wang rakyat dengan program-program lalai dan bodoh !!!

**********************************************************************

Penubuhan PKN tersasar dan bermotifkan politik - Salahuddin
Oleh Saidatul Amani

KUALA LUMPUR, 7 April - Matlamat asal penubuhan Program Khidmat Negara (PKN) tidak menepati impian Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan golongan remaja sebagai generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ini berikutan pelbagai masalah telah dilaporkan antaranya membabitkan pergaduhan yang melibatkan peserta Melayu dan Cina berlaku di kem Kuala Berang, Terengganu.

Manakala kejadian seorang peserta wanita mendakwa telah dipeluk dan diraba oleh pembantu perubatan sewaktu menerima rawatan kecederaan di kaki, telah berlaku di Kem PLKN Seri Impian Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menegaskan semua masalah yang berlaku itu menggambarkan perancangan dan dasar PKN bercelaru serta tidak menepati matlamat sebenar program itu ditubuhkan.

Beliau menegaskan, penubuhan PKN itu memang bermotifkan politik bukan untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah gejala sosial yang melanda golongan remaja khususnya Melayu.

Katanya, aduan yang diterima dari bekas pelatih yang mengikuti latihan di Kem PKN Perlis mengatakan, dalam sesi ceramah politik, penceramah tersebut mendakwa, `PAS merupakan satu parti yang boleh mengancam keamanan negara'.

Selain itu katanya, pelatih-pelatih di kem PKN Perlis juga dibenarkan menonton tayangan filem lucah.

Dan terbaru pada hari Ahad lalu berlaku pula kejadian histeria membabitkan para pelatih di Kem PDS Resort Port Dickson, Pasir Panjang.

Malaysiakini melaporkan seramai 17 peserta terpaksa dihantar ke Hospital Seremban untuk diberikan rawatan.

Salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kesal dengan tragedi yang berlaku di semua kem PKN seluruh negara sebagaimana yang dilaporkan oleh pelatih-pelatih yang mengikuti kursus tersebut.

Menurut beliau, tragedi itu jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak mempunyai agenda yang tertentu untuk membentuk keperibadian mulia pada generasi muda.

Beliau mempersoalkan apa matlamat kerajaan sehingga menghabiskan wang sebanyak RM 500 juta untuk mewujudkan kem latihan dan akhirnya para remaja disogok dengan budaya hedonisme.

Pemuda PAS Pusat telah menubuhkan pasukan pemantau dan telah menerima pelbagai aduan daripada pelatih lelaki dan wanita di seluruh negara.

"Pasukan pemantau itu bertujuan memerhati aktiviti PKN supaya tidak tersasar daripada matlamat asalnya," katanya ketika mengulas pemberian kad YES2NS kepada 85,000 pelatih PKN.

Kad YES2NS mempunyai pelbagai keistemewaan antaranya, pemilik kad masuk percuma ke konsert `Rock The World' pada 18 April ini, insurans seumur hidup bagi sebarang kemalangan semasa menyertai sukan lasak, baucer buku RM5 bagi setiap pembelian RM50 bagi satu resit, lawatan percuma ke Kelab Pan Global di Petaling Jaya dan berbagai lagi.

Salahuddin berkata, Pemuda PAS akan terus mengkaji dan menyusun segala aduan dan Pemuda akan memberi pandangan pada kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan. - mks





___________________________
Terbitan : 8 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)