Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Keputusan Pilihanraya ke 11 adalah BATAL dengan pengakuan SPR

Oleh kerana SPR mengaku bahawa senarai yang diberi kepada calon-calon pada Hari Penamaan Calon 13 Mac 2004 adalah berbeza dari senarai yang digunakan pada Hari Mengundi pada 21 Mac 2004, dengan otomatik keputusan Pilihanraya ke 11 adalah BATAL dan pilihanraya semula mesti dibuat dengan segera.

Dollah Badawi berjaya menjadi seorang cucu ulamak yang paling pandai menipu.

Adakah 250,000 tu angka yg mereka yg tidak dapat mengundi ??? Jumlah pengundi Selangor secara total ialah seramai 1,422,274 orang. Jadi hampir 17.5% peratus yg mengalami masalah mengundi di Selangor, belum ambil kira dari tempat lain sedangkan masalah ini berlaku di hampir diseluruh negara!!!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Punca 250,000 sukar mengundi di Selangor
Oleh Fazli Abdullah

PUTRAJAYA: Kira-kira 250,000 pengundi di Selangor mengalami kesulitan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-11 baru-baru ini, berikutan pemecahan senarai daftar pemilih pada saat akhir untuk disesuaikan dengan penambahan 56 daerah mengundi.

Jumlah pengundi terbabit dinyatakan dalam laporan 25 halaman yang dibentangkan oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada ahli suruhanjaya itu semalam.

Selain Wan Ahmad, 10 lagi pegawai suruhanjaya itu memberikan taklimat serta penjelasan terperinci berhubung kejadian pada hari pengundian kepada ahli SPR.

Tujuh ahli SPR termasuk Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, mendengar penjelasan itu di ibu pejabat SPR, semalam.

Wan Ahmad berkata, antara unit yang memberi taklimat kepada ahli SPR ialah Bahagian Teknologi Maklumat (IT) dan pegawai SPR Selangor.

"Taklimat itu membabitkan aspek teknikal termasuk daftar pemilih dan penggunaan teknologi pada pilihan raya lalu dan dijangka memakan masa dua tiga hari," katanya selepas taklimat itu.

Pilihan raya di Selangor hampir dibatalkan kerana masalah berkenaan. Bagaimanapun, SPR mengatasi masalah itu dengan melanjutkan masa pengundian selama dua jam.

Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta penjelasan SPR. Ada juga pihak mahu Abdul Rashid meletak jawatan.

Ekoran kejadian itu, Abdul Rashid mengarahkan Wan Ahmad menyediakan laporan bagi mengkaji punca sebenar.

Berdasarkan laporan yang diserahkan Wan Ahmad kepada Abdul Rashid, kejadian itu berpunca daripada kurang penyelarasan antara unit dalam jabatan berkenaan serta kelemahan pegawai. http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Mukadepan/20040407065750/Artic le/





___________________________
Terbitan : 8 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)