Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hamzah - Konspirator fitnah Anwar bercerai

Pengerusi Felcra diperintah bayar tuntutan cerai bekas isteri RM11.2j

IPOH 8 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintah Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Hamzah Zainuddin, 47, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid, 46, berjumlah RM11.206 juta dalam tempoh sebulan.

Hamzah Zainuddin adalah salah seorang konspirator yang bersubahat dengan Dr.Mahathir untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dikenakan tindakan paling zalim terhadap seorang bekas pemimpin besar Malaysia. Ia juga berkait dengan songlap RM40 juta wang PPRT oleh Datuk Annuar Musa. Mereka buat macam-macam majlis untuk mentertawakan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka keluar negara bersama-sama Dato' Suhaimi Ibrahim (Presiden GPMS) bertemu pelajar-pelajar untuk memalukan Dato' Seri Anwar. Senator Hamzah Zainuddin adalah juga bekas Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat.

Semasa Persidangan Umno Bahagian Ipoh Barat yang dirasmikan Dato' Tengku Adnan Mansor (Tengku celup gangster PutraJaya), anggota konspiratorů berpakat kununnya mereka (para konspirator) masih bersama-sama dan tidak mendapat layanan dari bahagian-bahagian lain yang tidak terlibat menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran peletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM1.206 juta.

Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan defendan (Hamzah) membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.

Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas defendan terhadap plaintif yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik plaintif keseluruhannya sebagai hibah.

``Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.

``Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun,'' katanya.

Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.

Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.

Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.

Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.

Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit.

``Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.

``Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti,'' katanya.

Hassan memberitahu, plaintif berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan defendan, plaintif tidak pernah mengaibkan nama defendan serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya.

``Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyus oleh mana-mana mahkamah syariah.

``Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak di rumah,'' katanya.





___________________________
Terbitan : 9 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)