Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PLKN punya konspirasi

Saya terjumpa seorang kenalan lama UMNO beberapa hari yang lalu. Dia kelihatan sangat mewah. Mengikut katanya dia dapat projek PLKN untuk pengangkutan dan dobi.

Dia sudah kira untung bersih untuk program PLKN selama 3 bulan ini tidak kurang dari RM3 JUTA !!! Wow ... hanya kerja mudah 3 bulan dalam setahun dapat untung RM3,000,000.00.

Patutlah UMNO tergesa-gesa cipta PLKN .... bagi memenuhi kantong kroni dan balaci dengan menyalah-gunakan wang rakyat. Itulah yang mereka maksudkan cemerlang, gemilang dan terbilang ... kebas hak rakyat yang miskin.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Petisyen hentikan PLKN perlu
oleh Norizan Jamal

Saya menyokong sepenuhnya saranan saudara Ahmad Bakhtiar Baharuddin dalam surat beliau semalam kepada malaysiakini memandangkan kepada apa yang saya lihat sendiri di kampus UiTM Shah Alam minggu lepas ketika melawat anak gadis saya yang mengikuti PLKN peringkat kedua di situ.

Keadaan amat membimbangkan saya dimana kesemua remaja yang mengikuti latihan pada petang hari minggu itu melepak disekitar kawasan tempat tinggal mereka. Peserta lelaki dan perempuan bergaul bebas seperti berpesta lagak nya.

Ada peserta lelaki dan perempuan yang duduk berdua-duaan di tengah kesesakan itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Pemandangan ini amat membimbangkan saya. Insyaallah hujung minggu ini saya akan mendapatkan gambar perkara-perkara yang berlaku untuk dijadikan bukti betapa PLKN boleh merosakkan kelakuan anak-anak yang masih muda ini.

Anak saya mengadu setiap malam berlaku pergaduhan diantara peserta India dan Melayu di kediaman peserta lelaki sehingga ada ketikanya pihak polis terpaksa dipanggil untuk mengwasi keadaan.

Tetapi perkara ini tidak pernah di siarkan di media, mengapa? Saya amat risau akan keadaan ini yang akan menjejaskan emosi anak gadis yang masih muda.





___________________________
Terbitan : 14 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)