Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sekadar catitan ....Dollah Hadhariun

Oleh : [email protected]

Pagi tadi aku pergi untuk menziarahi anak buah ku di Batang Melaka. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, ianya jauh dari pekan Selandar tetapi berada dipinggir pekan Batang Melaka. Pelik juga aku memikirkan mengapa tidak disebut Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batang Melaka, apakah kerana nama pekan itu kurang manis???. Semasa menghantar dulu kami berputar-putar mencari sekolah tersebut di pekan Selandar, akhirnya orang kampung di Selandar menyuruh kami ke Batang Melaka. Sekolah baru dan istimewanya ialah dipenjuru padang permainan sekolah itu dikongsi bersama oleh sebuah Kuil Hindu...

Ada durian ...Durian Tunggal...tak berbuah ...Durian Daun
Ada batu .... Batu Berendam
Ada lubuk dah bagi kat cina ......Lubuk Cina
Ada tanjung dah bagi kat keling ..... Tanjung Keling
apa lagi yang tinggal????

Batang Melaka ... kah kah kah ...itu pun Rahim Tambi Kecik yang punya !!!!!

Pergi dan balik aku melalui pekan Gemencheh yang pernah diwakili oleh Si Waad Mansur, anak ustaz yang mengajarku mata pelajaran ugama semasa aku di sekolah kebangsaan gemas.

Aku singgah untuk minum di sebuah kedai kopi berdepan dengan balai polis gemencheh. Dari kedai tersebut aku dapat melihat sederet rumah kedai di tepi jalan dari Tampin ke Gemas. Aku tertarik melihat deretan kedai tersebut. Di Corner Lot terdapat sebuah bank,di sebelahnya kedai Pajak Gadai jahilliah, sebelahnya Magnum 4 D, selang beberapa kedai selepas Maybank Bhd terdapat kedai Sport TOTO dan di sebelahnya pula kedai Ajensi Ramalan Nombor 3 D.

Hebat kan ?????? Negara Islam Malaysia dengan sistem Islam Hadharinya... gemilang dan cermelang...memang Terbilang !!!!

Apakah dalam Islam Hadhari tidak ada ayat Allah yang mengatakan sesungguhnya 'arak judi dan bertenung nasib itu merupakan amalan syaitan !!!!????'... berderetan 'kedai amalan syaitan' di depan balai polis negara Islam Hadhari!!!

Kedua Bank sudah tentu beramal dengan sistem jahilliah, apa lagi pajak gadai milik seseorang yang dulunya datang dari Tongsan...

Melihat TOTO (Tipu Orang Takada Otak) aku teringat khir johari....

Tengok magnum aku teringat hanif omar ...

Berderet-deret manusia menunggu giliran, cumanya di kedai pajak gadai... sunyi sepi ...

Di Bank .... mereka beratur di Automated Teller Machine ..

Di Magnum 3D dan 4D, TOTO dan Ajensi Ramalan Nombor - mereka beratur mencuba nasib ...

Semuanya mengharapkan wang !!!!!

Malaysia Negara Islam Hadhari, memiliki rakyat yang mencari wang dengan berpelaburan judian seringgit dua untuk menjadi kaya !!!!

Dari 10 orang yang beratur 6 melayu, 3 cina satu India ....hebat kau wahai Dollah !!!!!! Dollah Hadhariun !!!

Kalau di Kuala Lumpur...10 yang beratur...5 Indon,4melayu dan satu India...Cina beli ekor haram !!!!!

Susah ker nak mengharamkan amalan judi ni? Kalau tanya orang cina pun, cina pun tak suka, kecualilah kaki judi, sedangkan kaki judi ni tak semestinya Cina ...

Ada komen????????

Fenin...fenin.....Dollah Hadhariun





___________________________
Terbitan : 4 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)