Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tahniah kepada Barisan Nasional

Syuhadabadri

Tahniah kepada UMNO/BN kerana menang besar pada pilihanraya ke-11 kali ini. Ternyata orang-orang melayu kini bertambah-tambaaaaahhhhhh cerdiknya dalam memilih pemimpin.

Tahniah juga kepada rakyat Kelantan dan rakyat Terengganu kerana dapat menikmati kembali konsert lagha, dapat menggundi pilihanraya kecil seminggu 3 kali sama ada dun TOTO mahupun Magnum, dapat membeli air kencing syaitan dengan bebas dan dapat berdangdut/berdisco kembali. Semoga rakyat Kelantan dan Terengganu akan menjadi cermerlang, gemilang dan terbilang. Semoga orang yang undi BN akan masuk syurga kerana menolak pemimpin yang menyeleweng kerana menegakkan amar makruf nahi mungkar. Hanya Islam hadhari (Islam hadhari maknanya orang Islam boleh saman hudud ke mahkamah) saja yang mampu membawa orang Islam melayu ke gerbang syurga. Syabas sekali lagi.

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN mulai saat ini janganlah segan-segan untuk mengaut sebanyak mungkin harta negara buatlah negara ini macam bapak anta yang punya. Kami berjanji akan tetap memangkah anda lagi pada pilihanraya yang akan datang. Itupun kalau tuan-tuan beri kepada kami kain pelekat dan duit RM50 kalau tidak.... kalau tidak.... kami akan pangkah BN juga sebab kami berpegang kepada motto "dulu, kini dan selamanya". Janganlah tuan-tuan takut kerana kami tidak akan pangkah selain daripada UMNO/BN kerana kami adalah orang orang yang sentiasa bersyukur dengan UMNO/BN. Kami amat laparkan pembangunan dan kami akan tetap bersama-sama tuan untuk menentang orang cuba menegakkan hudud di atas muka bumi Malaysia ini. Hanya UMNO/BN sahaja yang mampu memerintah bumi Malaysia ini kalau orang lain memerintah negara ini nescaya Malaysia akan dijajah lagi.

Terima kasih juga kepada SPR (suruhanumno penyusah rakyat) kerana menjalankan tugas dengan adil dan saksama (fuyoo.... no 1 dalam dooniaaaaa). Dengan undang-undang baru yang menakjubkan dicipta demi memberikan keadilan kepada semua parti yang bertanding lebih-lebih lagi kepada UMNO/BN. Diharapkan ada ribuan lagi undang-undang yang akan direkacipta untuk memberi 'keselesaan' kepada pihak pembangkang (untuk kalah dengan lebih gaya, mutu dan keunggulan). Jasamu tetap dikenang.

Kepada calon-calon tertentu, penyokong-penyokong tertentu, golongan-golongan tertentu, pihak-pihak tertentu, tertentu... tertentu... diharap dapat menerima kenyataan bahawa parti dokongan anda telah tewas dan tidak membuat sesuatu yang bodoh. Menang kalah biasalah adat bertanding. Berusahalah dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.

Akhir kata majulah negara untuk pemimpin UMNO/BN menyonglap. Sekian terima kasih.





___________________________
Terbitan : 21 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)