Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pilihraya ke 11 yang penuh muslihat dan biokot selagi…………….

Semua orang yang peka dengan pilihanraya tertanya Tanya kenapa keputusan pilihanraya kili ini terlalu upset sedangkan tiada big national issue yang memjadi penentu…. Adakah benar factor Pak Lah menyebabkan pengundi memilih BN. Adakah kegagalan BA terutamanya PAS Terengganu dan Kelantan mengjadi penentu. Jawapnya TIDAK.

Selaku Petugas PAS Dun Kijal Kemaman Terengganu yang bercuti Dua minggu semata mata untuk mempastikan Pas Terengganu terus berkuasa , saya terpanggir untuk menjelaskan keadaan dan suasana yang berlaku semasa kempen dan hari pilihanraya.

Sebagai seorang petugas dan tidak memegang apa apa jawatan dalam parti, saya melihat kekalahan ini adalah satu malapertaka kepada proses demokrasi di Malaysia. Demokrasi telah diperkosakan dan dinodai oleh pihak berwajip dengan menghalalkan cara demi memenangi pilihan raya.

Selama 8 hari berkempen tidak ada tanda tanda kemenangan kepada BN malah mengikut lapuran Bilik gerakan Pas Dun Kijal( yang mana saya monitor setiap malam) pertambahan pengundi begitu ketara sekali dan pada pukul 3 pagi malam pilihanraya kami yakin Pas kijal akan memenangi pilihanraya dengan mojariti lebih 1000 undi.

Tapi apa yang berlaku PAS Kijal kalah dengan majority 3400 undi….dari mana datang nya pengundi yang begitu ramai ini. Manakala jumlah pengundi yang keluar mengundi di Dun Kijal adalah 90% dan angka ini adalah yang tertinggi sejak pilihanraya yang pertama tahun 1955. Manakala kadar undi rosak pula terendah dalam sejarah.

Dibawah ada sedikit data perbandingan dun kijal untuk tatapan dan renungan bersama

         1999   2004

Jumlah pengundi    10,000    14,000

Jumlah undi PAS    4,600    4,800

Jumlah undi BN    4,500    8,400

Majority    100(Pas)    3,400(BN)

* angka adalah digundal

Dari data diatas menunjukan pertambahan pengundi 2004 dibandingkan dengan 1999 adalah 4000 orang dan kesemuanya telah mengundi untuk BN(8400 -4500=3900).

Persoalannya adalah kesemua pengundi baru 4000 orang ini telah memangkah BN ataupun hantu hantu yang memangkah.

Sebenarnya orang terengganu Terutamanya Orang kijal tidak masih setia dengan Pas Tetepi siapakah 4000 orang pertambahan pengundi untuk 2004 ini. Dari kajian secara ringkas selepas pilihanraya( yang mana semakan daftar pemilih yang dibenarkan pengundi tak sempat di semak sebelum pilihanraya kerana dikeluarkan hanya 2 hari sebelum pilihan raya.) didapati pengundi yang menpunyai kad pengenalan yang berkod negeri 02 dikawasan Sribandi lebih dari 1000 orang manakala berkod 71 di Bukit Kuang lebih 200 orang manakala kawasan lain masih belum disemak.

Dari pemamtauan yang dibuat kod 02 adalah ic kepunyaan orang islam rohinya myammar yang di beri warganegara dan kod 71 adalah orang yang lahir luar Negara terutamanya Singapore dan Indonesia. Manakala pendatang dari kemboja masih belum dianalisa dan dipercayai lebih 500 orang berada di Dun kijal.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa 4000 penambahan pengundi baru adalah individu, pendatang yang di beri warganegara dan keistimewaan seperti rakyat jati Negara ini. Saya amat yakin dan percaya ini adalah komplot terbesar yang dijalankan BN untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya ke 11.

Data diatas tidak termasuk lagi mereka yang mengaku mengundi 2/3 kali di pusat mengundi berlainan dan jenazah yang bangkit mengundi dan warga emas yang lahir tahun 1903 juga gagah mengundi.

Kejadian penipuan ini sebenarnya banyak diperkatakan termasuklah polis yang bertugas semasa piliharaya yang memdakwa terpandang seorang pakcik tua yang ditolak dengan kerusi roda didua tempat mengundi bersama orang yang menolaknya orang yang sama.Begitu juga seorang janda bersebelahan rumah saya mengaku mengundi dua kali dengan alasan tahun ini semua orang mengundi dua kali didua tempat yang berbeza.

Perkara ini juga disahkan oleh seorang AJK umno bahagian yang mengatakan kemenangan kali ini adalah perancangan yang dibuat dari peringkat pusat dan bukannya kekuatan calon umno yang bertanding. AJK tersebut dengan angkuhnya berkata kalau diletak batu sekalipun calon umno kali ini pasti umno juga yang menang.

Ini jelas menunjukan berlakunya penipuan dan perancangan yang rapi dan tersusun yang dijalankan oleh pemerintah dengan menggunakan apa saja agensi kerajaan( ex spr, jpn,imegresen, penerangan,kemas dll) dalam mempastikan tumbang sebuah kerajaan yang adil dan saksama di Terengganu dan Kelantan serta mempastikan tiada lagi pembangkang di Malaysia..

Dari hujah diatas, dengan yang dapat diperkatakan ini adalah konspirasi yang terbesar berlaku selepas konspirasi yang menjatuhkankan Datuk Anwar Ibrahim.

Bila disebut konspirasi…persoalan yang timbul adakah semua ketidaktelusan ini dapat dibuktikan? Adakah mahkamah dapat menbuktikan penyelewengan berlaku?..... Berbalik kepada kes datuk sri Anwar adalah konspirasi dapat dibuktikan dimahkamah? Adakah Datuk Sri bebas? Jawapnya TIDAKKK

Dengan ini saya amat menyokong tulisan DR Siti Mariah Mahmud dalam Harakahdaily pada3/4/2004 Pembangkang Mesti memulaukan pilihanraya selagi SPR tidak tidak direformasikan atau dirombak. Seperti kata Dr siti seratus tahun lagi pun BA tak akan menang pilihanraya selagi konspirasi ini tidak dapat dibongkarkan.

Oleh kerana priesden parti sendiri tidak mengiktirafkan keputusan pilihanraya ini.
Dengan ini dicadangkan

1.Semua Calon Pas dan keadilan yang memenangi pilihan raya memulaukan persidangan
Dewan perliman ataupun negeri kecuali kelantan.

2.Barisan Aiternatif mestilah dengan apa cara sekali pun mereformasikan SPR sehingga
terbentuk SPR yang bebas dan saksama.

3.Membuat tekanan yang maksima(heavy pressure) kepada kerajaan supaya membatalkan keputusan pilihanraya dengan apa cara,walaupun terpaksa berberdemo berbulan bulan…..Jika terpaksa prisden ataupun sesiapa ditangkap.

4. Pas dan Keadilan mestilah menggerakan demotrasi jalanan seperti zaman kebangkitan Anwar

Mempertahankan Negara /negeri islamTerutamanya Terengganu dan Kelantan adalah kewajipan kepada Semua umat dan pemimpin dipertanggungjawapkan untuk mengerakan dan menbangunkan penyokong untuk menegakan keadilan.





___________________________
Terbitan : 7 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)