Assalamualaikum,
Oleh : Sokong Pas Sokmo, Dungun.
Diharap saudara pengarang laman web Tranungkite/webmaster dalam keadaan
sihat dan baik. Sesungguhnya saya ucapkan syabas di atas usaha
Tranungkite
mewujudkan laman web ini. Tak ramai pihak sanggup mengeluarkan belanja
dan
menumpukan sepenuh perhatian menguruskan sesebuah laman web di dunia
internet. Tetapi Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun membuktikan yang masih
ada
golongan yang berani, cekal dan tabah dalam memperjuangkan apa yang
dicita-citakan selama ini (menentang kezaliman Barisan Nasional).
Cuma, saya ingin bertanya. Adakah betul laman web ini diusahakan dan
diuruskan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun ? Ini kerana dari
kandungan
beritanya, saya dapati ianya tidak mengambarkan ianya diuruskan oleh
Dewan
Pemuda Pas yang terletak di sebuah negeri kubu kuat Pas yakni
Terengganu.
Ianya tidak mengambil latarbelakang Pas Terengganu sebagai sumber
beritanya
tetapi ianya seolah-olah sebuah laman web suara umum berkaitan barisan
alternatif dari seluruh negara.
Maaflah kalau saya mengatakan laman web ini tidak sesuai dengan
namanya.
Tranungkite, apabila saya mula-mula memasuki laman web ini, saya
bayangkan
ianya berfungsi bagaikan lidah rasmi Pas Terengganu, tetapi setelah
saya
amati betul-betul ianya seolah-olah laman web pro-demokrasi yang
mewakili
suara rakyat yang cintakan kebenaran. TIDAK ADA PUN 'SEMANGAT'
TERENGGANU DI
DALAMNYA.
Nama Tranungkite tak salah cuma kandungan beritanya sahaja yang tidak
mencerminkan namanya.
Bahkan langsung tak ada gambar pemimpin besar Pas Terengganu dan juga
daerah
Dungun sebagai latar laman web. Tranungkite sesuai digunakan jika ianya
berfungsi sebagai lidah rasmi (secara tidak langsung rasmi jika tiada
pihak
lain yang memainkan peranan serupa) Pas Terengganu. Kebetulan pula
dikala
ini tiada satu pun laman web dari Terengganu yang berfungsi sebagai
lidah
rasmi Pas Terengganu dalam bentuk teks.
Terengganukini adalah berbeza kerana ianya menyiarkan web tv & radio
mengenai Pas Terengganu tetapi ianya tidak menyiarkan maklumat dalam
bentuk
teks. Terengganukini menepati namanya kerana ianya berfungsi sebagai
lidah
rasmi Pas Terengganu (dalam bentuk web tv & radio). Dengan ini saya
mencadangkan agar Tranungkite juga berfungsi sesuai dengan namanya.
Jika Tranungkite masih ingin kekal dengan keadaan sekarang dimana ianya
menyiarkan kandungan berita mengenai hal ehwal semasa dari seluruh
negara
mengenai barisan alternatif maka saya cadangkan Tranungkite menukar
namanya.
Mungkin boleh digunakan Tranungkite&malaysia.net. Ianya lebih sesuai.
Ataupun Tranungkite boleh mengekalkan namanya sekarang tetapi mungkin
boleh
diubah kandungan beritanya seperti 'lebih beratkan' berita mengenai
Terengganu (termasuk berita mengenai UMNO Terengganu yang boleh
menguntungkan Pas), disamping itu patut disiarkan juga berita-berita
semasa
mengenai barisan alternatif dari seluruh negara.
Sesungguhnya, kepada Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, jarak pejabat
anda
dengan kediaman saya tidaklah jauh kerana saya juga tinggal di Dungun.
Walaupun ianya tidaklah terlalu dekat sehingga boleh didengar jika saya
laungkan suara tetapi jika saya berkereta dalam masa 15 minit insyallah
sampai ke pejabat anda.
Sebagai penduduk Dungun yang secara rasminya penduduk Terengganu, saya
merasakan saya antara orang yang paling layak memberikan cadangan.
Saudara
sendiri adalah lebih layak menegur sesama keluarga berbanding dengan
orang
luar begitu juga saya sebagai penduduk Dungun juga merasakan amatlah
layak
untuk menyampaikan perasaan saya terhadap Dewan Pemuda Pas Kawasan
Dungun.
Sekian.
........................................................................................................
Ulasan Webmaster :
Terima kasih atas pandangan ini. Memang Tranung Kite bukan lidah rasmi Pas dan bukan juga lidah rasmi Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun.
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun mempunyai laman rasminya sendiri iaitu http://dppkd.tripod.com). Pas Terenggau sebenarnya telah mempunyai
laman rasminya di URL http://www.parti-pas.org/terengganu/pasmenang.php?id=01 yang dikendalikan oleh beberapa orang pakar IT yang berjurusan
IT dan komputer. Soal laman berkenaan tidak dikemas kini atau tidak diselanggarakan dengan berkesan sepatutnya diambil berat oleh pihak yang bertanggungjawab.
Laman Tranung Kite di asaskan oleh Sdr Tok Ayah, webmaster pertama dengan berkonsepkan umum dan terbuka. Walaupun namanya agak begitu 'local' dan memang pada
awal penubuhannya idea ini mendapat banyak tentangan, tetapi webmaster pertama cuba untuk menentang arus pemikiran kebanyakkan orang pada masa itu.
Antara kenyataan beliau ialah saol nama bukan perkara asas dalam satu pembinaan laman web, yang penting ialah istiqamah dalam menjayakannya walaupun sedikit dan merangkak.
Satu lagi yang perlu diambil berat ialah siapa sebenarnya 'pelangan' (pengujung laman ini). Memenuhi kehendak pelangan perlu dititik beratkan. Laman ini sebenarnya di kunjungi oleh
15 % daripada Terengganu (0.4% daripada Dungun), 10 % Luar Negara dan 75 % daripada lain-lain negeri. Oleh itu rasanya tidak salah jika tumpuan diberikan kepada berita-berita berkaitan
dengan global dan menyeluruh sebagaimana yang disebutkan.
Memang kami ada hasrat untuk memberikan tumpuan lebih kepada berita yang berlaku di Terengganu dan kepincangan UMNO, tetapi setelah adalah laman Haprakdaily (http://www.haprak.cjb.net/)
rasanya tidak perlulah kami menumpukkannya. Jika ada sesiapa yang ingin memberikan tumpuan kepada berita-berita tempatan mereka boleh mengujungi laman Haprak dan Forum perbincangan
dilaman berkenaan pun boleh dikatakan berfungsi dengan baik.
Rasanya penjelasan ini boleh memerikan sedikit sebanyak maklumat berkaitan sikap dan pendirian kami dalam usaha penyebaran maklumat di alam siber. Cara gaya yang berbeza di antara laman-laman reformasi seperti
Marhain, Minda Rakyat, Black 14, Free Anwar dll memberikan sifat syumul untuk keseluruhan berita yang diperolehi.
___________________________
Terbitan : 26 April 2004
Ke atas
Home