Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PKN : Tempat Merosakkan Anak Bangsa

Asm,

PKN : Tempat Merosakkan Anak Bangsa

Saya berkesematan melawat sebuah IPT di Selangor yang dijadikan tempat latihan untuk PKN. Di pintu masuk, gah kain rentang tertulis, Selamat datang peserta PKN, Anda harapan negara. Namun setelah melawat sekitar IPT tersebut, apa yang saya perhatikan benar-benar menusuk hati, apa yang akan jadi pada generasi muda pewaris negara Malaysia negara Islam Hadari ini. Ketika jam lebih kurang pukul 7.00 malam, berpasang-pasangan peserta-peserta PKN yang meronda-ronda di sekililing IPT tanpa langsung rasa malu dan segan. Malah yang lebih melampau ada yang berpegang-pegang tangan dan bermesra-mesraan tanpa rasa malu, tanpa menghiraukan orang-orang yang lalu lalang. Seolah-olah telah lama mereka melakukan perkara-perkara tersebut dan tidak ada sesiapa yang menghalang mereka. Sekiranya keadaan sebegini yang berlaku, tidak hairanlah sekiranya ada yang memaklumkan bahawa sehingga kini sudah 4 orang peserta PKN mengandung di IPT tersebut. Selain itu budaya-budaya berhibur, karaoke dan lain-lain juga banyak diterapkan dalam program seharian peserta PKN dan inin menggalakkan pergaulan bebas . Pergaulan bebas inilah yang akhirnya menyebabkan ada yang 'tersangkut' dan akhirnya 'terbunting'. Adakah generasi seperti ini yang diharapkan untuk lahir dari PKN dan memimpin negara pada masa akan datang. Kepada ibu bapa, jenguk-jenguklah anak anda di kem-kem dan IPT-IPT di mana mereka dilatih. Janganlah nanti, semasa dihantar ke kem berseorangan, tetapi setelah tamat PKN, anak-anak kita pulang berdua atau bertiga. Janganlah anak-anak kita semakin rosak setelah menjalani program khidmat negara.

Wassalam.





___________________________
Terbitan : 26 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)