|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
AURAT WANITA
1. Bulu kening
? Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
?"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan
badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
? "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii,
Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
? "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
dada-dada mereka. "An-Nur : 31
5. Gigi
? "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang
menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".
Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
? "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
? "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
? "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At
Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
? "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan
sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat
Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda
SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu
dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur :
31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al
Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
? "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu
Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak
akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita
yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.
13. Rambut
? "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
___________________________
Terbitan : 25 April 2004
Ke atas
Home
|
|