Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Dah serik Pak Lah

by Taken For A Ride

Saya termakan prestasi Pak Lah beberapa bulan selepas menjadi perdana menteri sebelum pilihanraya umum baru-baru ini. Lantas berjayalah saya memujuk lebih kurang sedozen adik-beradik dan sedara-mara saya supaya mengundi parti Pak Lah. Saya ikhlas dan tidak mengharapakan apa-apa habuan.

Malang sekali, apa yang berlaku pada hari mengundi di Selangor, di negeri-negeri di utara tanahair dan Pantai Timur serta rentetan peristiwa selepas itu, menyebabkan kami merasa mual dengan tindak-tanduk Pak Lah dan pasukannya. Kami bertekad tidak akan mengundi lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak dibersihkan serta proses pilihanraya di negara tercinta ini tidak bebas dan adil.

Kami sangat dukacita dengan perlantikan beberapa menteri kabinet lama yang kononnya bersih daripada rasuah kerana Pak Lah berjanji akan memeranginya habis-habisan. Kami juga tertanya-tanya kenapa Rais Yatim dipinggirkan dan Shahrir Samad tidak dilantik? Kami juga dukacita kerana sebuah suruhanjaya bebas tidak dibentuk bagi menyiasat segala kepincangan pilihanraya umum ke-11.

Sebagai contoh, kenapa di Terengganu lebih 150,000 keluar mengundi berbanding dengan jumlah keseluruhan pengundi berdaftar? Kami sedih kerana media yang bebas, masih tidak dapat berfungsi di negara ini, walaupun kita dah masuk abad 21! Beri sahajalah permit kepada malaysiakini untuk berniaga media cetak.

Kami sangat marah kerana hak-hak asasi manusia masih dicabul sewenang-wenangnya di negara ini – contohnya seperti tahanan ISA dan Pengakuan 4 anggota JI di Jakarta. Takkanlah sistem perundangan kita yang baik warisan British tidak dapat menangani ini semua? Dan bagi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) pula: mengapakah siswa-siswi dan para pensyarah perlu disekat-sekat lagi?

Kami sungguh hairan kenapa ini semua boleh berlaku sedangkan Pak Lah menggunakan tiket pemimpin yang bewawasan, progresif, telus dan sebagainya.

Kami juga bimbang macamana pegawai-pegawai Amerika dibiarkan saja beroperasi di pelabuhan kita. Kalau masa Dr Mahathir Mohamad dulupun, rasanya beliau takkan benarkan. Kami tidak tahu sama ada semua rentetan ini ada kaitan dengan Scomi?

Kami berharap janganlah kerana Scomi punya pasal, maruah negara kita pulak digadai? Jangan kerana Scomi, ‘Pengakuan JI’ di TV3 pun terpaksa diadakan atas desakan Amerika. Kami berharap Mr Clean akan dapat menerangkan kepada rakyat dengan jelas semua perkara yang dibangkitkan ini.





___________________________
Terbitan : 18 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)