Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PENGERUSI PIBG 2003 SEK KEB. TELOK KUMBAR BIKIN SEMUA ORANG SUSAH …BAH. 1



OLEH TOK GURU

Tok Guru jadi serba salah, cerita salah ,tak cerita lagilah salah. Nasib baik ada laman macam ni .boleh juga Tok Guru tolong masyarakat . Tok Guru tak de niat nak mengumpat. Mengumpat ni ada yang harus kata orang alim. Agama pun satu nasihat. Ini lah hikmah atau cara utk . menasihat orang-orang yg. semacam tu. Mungkin sedikit pahit; tapi kata Pak Sako yang pahit itu ubat.

Nak nasihat Tok Pengerusi secara bersemuka siapalah kita nanti dikatakan bermuka-muka pula. Kalau bersemuka pula takut berpaling muka, “padah bermuka-muka dan berpaling muka di kalangan ummah!” Khabarnya pernah Tok Pengerusi bersemuka dengan guru besar dan tanpa dia berpaling muka mengatakan “saya orang politik, saya boleh tukar cikgu bila-bila masa!”

Kata-kata hikmat ini sudah cukup membuktikan siapakah dia Tok Pengerusi PIBG itu, siapa yang sanggup menegur silakan! Dia anak murid Mahaguru Amirul mukminun khalifah Mahathir, menegur bererti Anwar Ibrahim dan padahnya mata lebam di Sungai Buloh atau hati lebam ke Sg. Batu.

Suatu contoh terkini ialah Kuliah Perdana yang dianjurkannya berjudul “Dosa Bermuka-muka dan berpaling di Kalangan Ummah”. Melihat kepada tajuk ini Tok Guru cukup mengerti tentang ada sesuatu yang tak kena kerana tajuk itu tiada kaitan dengan perguruan serta pendidikan, kebudak-budakan dan nak hentam sapa-sapa.

Tok Guru dengar khabarnya tajuk ini dipilih oleh pengerusi secara tanpa perbincangan.. Entah ditujukan pada sapa-sapa. Kata orang nogoghi sembilan “menghabiskan Boras”, Kata orang Teganu “menghabihkan pitih”, sampuk orang Perak, Lingkup Yop Lingkup , “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”, Imuda mencelah. Habis semua cikgu mendapat malu, tak pandai pilih tajuk. Khabarnya ahli panel pun jenuh mencari makna sampai buka kamus Indonesia dan menghurai sampai keluar tajuk. Tajuk ini terlalu cetek. Augustine Paul pun terus mengetuk tukulnya dengan suka hati Tak Relevan! katanya. Tak matured kata anak Tok guru yang tengah buka kamus mencari makna dictator.

Itulah dua contoh yg. Falsafahnya ialah dia tidak layak jadi pengerusi PIBG. Mana boleh pilih tajuk yang tak disepakati. . Tok guru difahamkan keputusan-keputusan lain banyak yg. tidak disepakati! Perilaku sedemikian menyusahkan semua guru dan ibubapa. Khabarnya dia tidak disenangi oleh mereka yang berparti baik UMNO atau PAS, mereka yang tak berparti ,mahupun yang suka pergi parti.

Tok guru tidak mahu mendedahkan sepenuhnya kepincangannya. Dua contoh itu adalah sifat dictator yg. Sepatutnya tidak ada pada seorang pemimpin. Kalau ada, dia tidak layak. Kalau jadi juga dia “ something wrong” . Kalau tak letak jawatan, dia pentingkan diri.

Tok Guru tak ada apa-apa kepentingan. Tujuan Tok Guru ialah untuk mendedahkan bahawa Pengerusi yang sebegini tidak perlu dilantik semula. Tok Guru nak ajak rakan –rakan supaya jangan melantiknya lagi. Kalau dia bertaubat, dia pasti dengan sendiri mengundur diri. Nayalah pendidikan dan masa depan anak dan cucu tok guru yang ada kat sekolah tersebut naya juga cikgu-cikgu yang jadi kuda tunggangan bekas AJK UMNO Bayan Baru tu. Guru-guru semuanya ikhlas tapi diperalatkan pula. Lebih-lebih lagi bila Tok Pengerusi digandingkan dengan guru besar yang muda… naik sheikh-lah Pak Sheikh itu.

Pendidikan ni suatu amanah besar . Semua orang tahu dia amanah dari Allah yang akan dipersoalkan kelak. Bak kata pepatah Melayu Baru: Kalau Pengerusi kencing diktator, anak murid kencing samseng ! Sebelum ini SKTK mempunyai pengerusi yang berdedikasi, orang akademik yang tak ada kepentingan politik, boleh diharap akan keikhlasannya. Sekarang SKTK punya guru besar yang cemerlang lagi berdedikasi tapi malangnya Pengerusi barunya pula jenis Daddy Kasi (kroni). Alangkah baiknya kalau dapat diusahakan Gurubesar dan Pengerusi yang saling berdedikasi, Insya Allah hasilnya anak murid yg. bermotivasi.

Pengerusi sekarang seolah-olah bersikap nak menunjuk kuasa. Pernah juga Tok Guru dengar sekitar jam 10.00 a.m. Tuan Pengerusi akan meronda-ronda di sekolah untuk memantau guru-guru padahal Tuan Pengerusi ada kerja lain dgn satu jabatan kerajaan . Kuasa Tuan Pengerusi taklah sampai sebegitu besar. Ibu bapa pun tak minta sampai begitu. Tok pengerusi hanya orang tengah yang menghubungkan ibubapa dgn guru.

Banyak lagi cerita-cerita tak baik yang sampai ke telinga Tok Guru satunya ialah cerita tentang kuasa Tok Pengerusi yang boleh mengarahkan murid-murid kutip wang rumah ke rumah untuk cat sekolah. Matlamatnya kurang dipersetujui oleh guru lain. Kalau diikut protokolnya, cat sekolah boleh diperolehi dari peruntukan Kementerian dan itulah caranya yang dilakukan oleh mana-mana sekolah. Bukankah baik kalau duit itu digunakan untuk menampung kos-kos akademik tambahan yg. mungkin tak tertampung!

Mungkin ada orang yang akan mengatakan Tok Guru hanya mereka-reka cerita.. Jawapannya ibubapa boleh bertanya pada guru-guru di SKTK. Tulisan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi sekadar untuk menyatakan bahawa pengerusi sepatutnya perlu menerima pandangan orang lain kerana tradisi PIBG ialah bermesyuarat. Bagi Tok Guru Tok Pengerusi tidak ada kaliber jadi pengerusi. Kalau kita tidak berkaliber, ikhlas dan tidak berkepentingan rasanya lebih baik kita letak jawatan justeru terlalu banyak masa yang perlu diambil untuk membina diri sebagai seorang pemimpin.

Sebenarnya spesis UMNO tak sesuai jadi pemimpin. Paling sesuai ialah tokoh akademik yang amanah terhadap ilmunya. Satu lagi ialah wujudnya isteri PENGERUSI PIBG di sekolah tu. Habis rahsia sekolah bocor! Harap maaf , marilah kita sama-sama menuntut ilmu dan membaiki diri….Tok Guru hanya menjalankan tanggungjawab.. amar makruf nahi mungkar dan agama itu nasihat.

TOK GURU:….TUNGGU BAH. 2 PULA, HARAP SABAR!….





___________________________
Terbitan : 21 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)