Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bersatu atau Berdua?

Ada yang kata ADUN PAS di Kelantan masuk UMNO, supaya BN kuasai Kelantan.
Ada yang kata ADUN UMNO yang patut masuk PAS, supaya kerjaan PAS lebih perkasa.

Kebanyakan orang Kelantan yang saya kenal, tak kisah apa fahaman politik mereka. Bila mereka bertemu tiada siapa yang tanya "Mu sokong PAS ke UMNO?" Selalunya, "Mu kat Kelate kat mano"

Dan kalau orang Kelantan ada wang dan kuasa ia akan tolong orang Kelantan tanpa melihat fahaman politik mereka. Sama macam orang Cina, kalau dia tokeh dan mengambil pekerja Cina, dia tak tanya "Lu sokong MCA kah, sokong Gerakan kah atau sokong DAP kah?" Asalkan dia orang Cina mudahle dia dapat kerja dan mudahlah naik pangkat.

Jadi apa masalahnya kalau kerajaan di Kelantan tu PAS ke UMNO, tahu le mereka uruskan negeri mereka.Tukar parti tak penting!!! Adake orang Melayu negeri lain ikut contoh orang Melayu Kelantan atau orang Cina? Yang banyak berkonfrantasi sesama sendiri.

Kita mendapat khabar dari Irak bahawa kumpulan Syiah dan Sunni negara itu telah bersatu menentang tentera penjajah. Nampaknya mereka terpaksa bertindak bersendirian untuk menghalau penjajah setelah negara umat Islam disekelingnya tidak mampu membantu. Bukan untuk membantu, nak katakan 'No' kepada Amerika pun mereka tak berani. Di Malaysia ni, apa kata kalau kumpulan Umno dan PAS bersatu macam suni dan syiah. Tetapi Umno dan PAS bukanlah bersatu untuk menghalau penjajah. Tetapi biarlah bersatu untuk menghalau sistem yang penjajah tinggalkan dinegara ini. Sistem-sistem yang bercanggah dengan Islam wajib dibuang. Mungkinkah boleh terjadi?





___________________________
Terbitan : 10 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)