Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Perbincangan Dokumen Negara Islam

Jika diimbau kembali Dokumen Negara Islam yang telah dilancarkan oleh Prof. Haron Din, pihak umno menanyakan “Dokumen negara Islam PAS baru dikeluarkan, bagaimana dan bila pula perlaksanaannya?” Jawapan spontan kan dijawab ialah selama mana majoriti rakyat Islam sendiri sekular, selama itulah bukan saja Negara Islam PAS, malahan negara Islam pihak mana sekali pun tidak akan dapat dilaksanakan. Ini bukan saja di Malaysia, malahan terbukti sudah lebih 500 tahun hingga kini, Negara Islam tidak lagi dapat dilaksanakan.

“Ketua Penerangan PAS Datuk Dr. Haron Din dalam ceramahnya di Kelana Jaya pada 15 November 2003 mendakwa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam berdasarkan lapan perkara. Beliau menjelaskan bahawa lapan perkara tersebut ialah:

1. Perlembagaan Persekutuan yang tidak meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan utamanya masih dikekalkan,bermakna negara ini masih kekal sebagai negara sekular.

Jawapan pihak umno: a) Menurut Dr. Muhammad Said Ramadhan al Buti " Negara Islam adalah seperti yang disepakati oleh imam-imam mazhab yang empat: negeri atau bumi yang berada di bawah kekuasaan umat Islam dan kedaulatan mereka di mana umat Islam dapat mengamal Islam dengan terbuka dan mampu mempertahankan diri daripada serangan musuh....".”

Apakah maksudnya “... negeri atau bumi yang berada di bawah kekuasaan umat Islam dan kedaulatan mereka di mana umat Islam dapat mengamal Islam dengan terbuka dan mampu mempertahankan diri daripada serangan musuh....." itu? Di Malaysia saja sebagai contohnya, apakah Hukum Hudud, iaitu jelas adalah Perintah Allah, dapat dilaksanakan? Apakah maksud “serangan musuh”? Apakah serangan musuh itu dikatakan sebagai serangan musuh jika musuh menggunakan senjata saja? Tidak. Kemasukan budaya kuning, hiburan yang mengandungi kemungkaran dan keji, sudahkah dapat umat Islam mempertahankannya, sedangkan itu juga adalah merupakan serangan musuh. Serangan musuh? Siapakah musuh? Allah juga telah menjelaskan kepada umat Islam siapakah musuh umat Islam, iaitu Syaitan [Al-Quran: 8:48; 35:6; 36:60]. Umat Islam yang sekular itulah sendiri yang merupakan musuh yang jahat. Golongan merekalah yang menganjurkan “Festival Sureheboh” misalnya. Sudah mampukan rakyat mempertahankan supaya pesta seperti itu t idak diadakan?

Jawapan pihak umno: b)Berdasarkan definisi yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tanpa sebarang keraguan dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Status Malaysia sebagai negara Islam tidak terjejas sekalipun Malaysia dipandang sebagai negara sekular di sisi ahli perundangan moden(Barat).”

Difinisi tersebut telah mengenepikan ayat 162 dalam Surah Al-A’aam. Perundangan negara misalnya telah mengenepikan ayat 44, 45, dan 47 Surah Al-Maidah. Yang dimaksudkan dengan sekular itu ialah mengenepikan Perintah Allah dalam ayat 162 Surah Al-An’am segala urusan dan kehidupan. Berdasarkan kepada ayat ini, Hukum Hudud diketepikan, apakah Malaysia Negara Islam? Yang dikatakan Negara Islam itu apa? Yang dikatakan negara Islam itu ialah Negara dan rakyat yang beragama Islam sama-masa mematuhi segala Perintah Allah dan Rasul-Nya. Apabila Negara Malaysia tidak mematuhi walaupun hanya satu Perintah Allah, maka ia bukan Negara Islam. Contohnya Hukum Hudud tidak dilaksanakan, maka dengan sendirinya Negara bukan Negara Islam. Kenapa? Rujuk prinsip yang terdapat dalam ayat 38 dalam Surah Al-Israa mengenai akibat tidak mematuhi Perintah Allah. Menyalahi Perintah Allah adalah kejahatan, menjadi kebencian oleh Allah. Itu baru sekadar “menyalahi”, belum lagi di tahap “tidak mematuhi”. Tida k melaksanakan Hukum Hudud, bererti Allah membenci Negara dan rakyat. Apakah dapat dikatakan Malaysia Negara Islam sedangkan Allah membenci?

Jawapan pihak umno: “Penilaian seperti negara itu sekular atau tidak sekular dibuat berasaskan undang-undang ciptaan Barat yang diasaskan pada abad ke 19 di England. Di antara ciri-ciri fahaman sekularisme ialah menolak kepercayaan adanya Tuhan. Menolak kepercayaan adanya akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan akhirat dan ketiga, agama dan dunia terpisah secara total. Tetapi apa yang sedang diamalkan dan dipraktikkan oleh negara kita ialah berusaha menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam serta tidak lupa tanggungjawab kepada rakyat bukan Islam yang mana semua itu adalah bersumber dari AlQuran dan Sunnah Nabi s.a.w. “.

Konsep sekularisme yang dikemukakan oleh pihak umno itu adalah konsep yang sempit, sedangkan konsepnya telah pun wujud di dalam Al Quran. Jika dihalusi maksud ayat 162 dalam Surah Al-An’aam itu. Dari sudut Islam, golongan mana saja, walaupun ia mengaku beragama Islam, tetapi tidak mematuhi Perintah Allah dalam ayat 162 dalam Surah Al-An’aam itu dalam segala urusan kehidupannya dalam apa jua pun, sama ada ia rakyat, pemimpin atau pemerintah; ia adalah sekular. Memertabatkan agama Islam? Selagi mana adanya Perintah Allah tidak dilaksanakan, selama itulah Islam itu masih belum dimertabatkan, dan selama itulah dalam keadaan kebencian Allah. Yang dikatakan Islam itu dimertabatkan ialah rakyat dan Negara bebas daripada kebencian Allah. Itulah maksudnya di dalam Al-Qur’an: “Baldatuntoibatunwarabbunghafuur” (Al-Qur’an:34:15).].

Jawapan pihak umno: “Maka sekali lagi ternafilah bahawa pemerintah tidak menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama bagi mengatur politik negara. Dengan kata lain sesungguhnya Perlembagaan persekutuan hendaklah ditafsir secara positif menurut perspektif Islam di mana kita menerimanya serta berusaha agar prinsip-prinsip kerajaan Islam dapat ditegakkan. “

Mengatur politik negara? Dalam UMNO sendiri pun tidak mengaturkan UMNO mengikut acuan Al Quran, kerana membuka keahliannya kepada peribumi kristian menjadi ahli dan menjadikan mereka sebagai “teman-rapat” iaitu teman seperjuangan dalam parti. Apakah anda tidak pernah menemui ayat 139 dan 144 Surah An-Nisaa, dan ayat 51 dalam Surah Al-Maidah di dalam Al Quran? Cakap saja mengatakan rujukan utama bagi mengatur politik negara adalah Al Quran dan Sunnah. Realitinya apa?

Jawapan pihak umno: “Oleh kerana itu apa yang menjadi penilaian kita umat Islam ialah berasaskan hukum fiqah Islam bukan ukuran dunia Barat. Di dalam Islam negara di dunia ini terbahagi kepada tiga : Negara Islam (Darul Islam), negara kafir yang berperang dengan Islam (Darul Harb) dan ketiga, Negara yang tidak memerangi Islam (Darul 'Ahd). Dari pembahagian negara menurut hukum fiqh ini jelas bahawa dua negara terakhir adalah negara kafir. Jika negara kita bukan negara Islam sebagaimana yang didakwa oleh Prof Harun Din, adakah kita ingin mengkategorikan negara kita sebagai negara kafir?”

Pembahagian anda itu adalah yang menjadikan umat Islam seluruh dunia sudah 500 tahun lebih hingga kini Allah hinakan umat Islam dan menangkan kaum kufar. Ini adalah kerana yang dikatakan Negara Islam ialah negara dan rakyatnya (yang beragama Islam) mematuhi SEMUA Perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika ada satu saja Perintah Allah tidak dipatuhi, Allah benci. Layakkah sebuah Negara yang Allah benci itu dilabelkan sebagai Negara Islam?

Jawapan pihak umno: “Mempertikaikan status kenegaraan Malaysia bermakna umat Islam tidak wajib mempertahankan negara ini dari pencerobohan musuh. Untuk mengukuhkan hujah penulis, bahawa Perlembagaan Persekutuan telahpun mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan sesungguhnya pemerintah yang berani menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara, bermakna ia telah beramal dengan Al Quran dan menjadikannya sebagai rujukan utama di mana Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya. Maka dengan itu ternafilah dakwaan Prof. Haron Din bahawa Kerajaan tidak meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama. “

Selama mana adanya Perintah Allah, walaupun hanya satu Perintah, tidak dilaksanakan dan dipatuhi, anda jangan nak bercakap mengatakan “Perlembagaan Persekutuan telahpun mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi”. Kalau rasmi, mana Hukum Hudud? Apakah Hukum Hudud itu terkeluar dari Al Quran, dan ia tidak rasmi berada di dalam Al Quran? Dato Seri Anwar dituduh di Mahkamah sekular atas pertuduhan melakukan liwat, sedangkan liwat adalah jenayah dalam Islam. Kenapa tidak dibicarakan di Mahkamah Syariah? Kenapa dibicarakan di Mahkamah Sekular, menggunakan undang-undang sekular? Ini yang anda namakan Islam sebagai agama Rasmi? Dato Seri Anwar itu bukan rakyat yang beragama Islamkah? Liwat itu, apakah ia terkeluar dari jenayah mengikut ajaran Islam, jika mahu menuduh Dato Seri Anwar tidak boleh di Mahkamah Syariah? Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan mengikut Perlembagaan Malaysia. Apa Agama Rasmi itu Islam? Jika Agama Rasmi itu, kenapa wujudnya ISA? Di mana di dalam Al Quran dan Sunnah membenarkan seseorang yang tanpa dibuktikan bersalah boleh dihukum, ditahan bertahun-tahun menyeksa zahir dan batinnya? Adakah dengan ISA itu melambangkan Malaysia adalah Negara Islam atau Negara yang mengamalkan Machiavellisme? Jika Machiavellisme, apakah itu ajaran Islam?

Persoalan pihak umno: “2. Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang masih merupakan 'undang-undang tertinggi', di mana sebarang undang-undang dan akta walaupun undang-undang Islam sekalipun yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal. Ini bermakna menurut Harun Din, meletakkan hukum Allah di bawah segala-galanya .

Jawapan pihak umno: a) Dalam perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan menjadikan perlembagaan itu undang-undang utama persekutuan. Kita seharusnya membaca perkara 4 itu secara keseluruhan dan dengan cara yang praktikal.”Perkara 4(1) itu memperuntukkan: "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu." Perkara tersebut boleh dihujahkan yakni Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang bertulis sahaja, iaitu undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan. Perlembagaan adalah undang-undang bertulis yang utama. Namun demikian ia hanya menyentuh undang-undang yang diluluskan selepas hari kemerdekaan. Undang-undang yang diluluskan sebelum Hari Merdeka tidak terbatal jika ia berlawanan dengan Perlembagaan akan tetapi undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan. Dalam konteks Malaysia, boleh dihujahkan bahawa Perlembaga an Persekutuan tidak boleh menyentuh kesahihan Hukum Syarak, yang bukan undang-undang bertulis dan bukan diluluskan selepas Hari Merdeka. Berhubung perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa mengampun kepada Yang di Pertuan Agong pula hendaklah difahami bahawa sesungguhnya dalam keadaan Malaysia kini,realitinya kuasa itu boleh digunakan dalam kes-kes ta'zir sahaja dan perkara itu tidak memberi kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk memberi keampunan dalam kes-kes Hudud. Oleh itu sekali lagi ternafilah dakwaan Prof. Haron Din bahawa pemerintah meletakkan hukum Allah di bawah segala-galanya dan sesungguhnya yang amat ielas ialah tidak terdapat dalam Perlembagaan itu yang mengatakan bahawa mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan ajaran Islam adalah terbatal.”

Perintah-perintah Allah dan Hukum-Hukum Allahkah yang Tertinggi, atau Perlembagaan Negara yang lebih Tertinggi? Jika dalam Perlembagaan itu tiada mengatakan bahawa mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan ajaran Islam adalah terbatal, kenapa UMNO tidak mahu Hukum Hudud menjadi undang-undang? Kenapa pula benci sangat kepada Qanun Syariah Kelantan dan Terengganu mengenai Hudud? Jika ada apa-apa kelemahan dalam Qanun Hudud Kelantan dan Terengganu, kenapa pihak UMNO tidak memberikan sumbngan untuk memperbetulkannya supaya ia boleh dikuatkuasakan?

Jawapan pihak umno: “Maka penulis menegaskan bahawa Perlembagaan persekutuan hendaklah ditafsir secara positif dan tidak menerima tafsiran secara 'borong' yang telah terpakai dalam masa zaman penjajahan dulu. Manakala Kedaulatan undang-undang yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihujahkan dan ditafsirkan bahawa dalam Islam kedaulatan undang-undang itu hendaklah dikenakan sepenuhnya dalam ertikata syariah Islam adalah bebas daripada pengaruh dan tidak boleh dipinda oleh Pemerintah, perundangan atau kehakiman. Dengan hujah-hujah yang dinyatakan maka bertambah jelaslah bahawa pemerintah tidak mengkesampingkan Al Quran dan Sunnah nabi s.a.w. sebagai rujukan utama dalam mentadbir negara sekalipun kita masih mengekalkan Perlembagaan Persekutuan kerana secara hakikinya ia boleh dipakai dan dilaksanakan supaya bersesuaian atau sekurang-kurangnya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.”

Mana dia undang-undang Islam, iaitu Hukum Hudud? Negara sudah merdeka lebih 46 tahun, mana dia hukum hudud? Kata saja tidak mengkesampingkan Al Quran dan Sunnah. Mana Hukum hudud di Malaysia?

Jawapan pihak umno: “Yang pasti rupa-rupanya yang 'tersirat* di sebalik Perlembagaan Persekutuan ialah Pemerintah kita atau Ulil Amri telah menjadikan Al Quran dan Sunnah nabi s.a.w. sebagai rujukan nombor satu atau paling utama dalam mentadbir negara.”

Mana dia hukum Hudud? Tersurat atau tersirat, mana dia Hukum Hudud?

Jawapan pihak umno: ”Walaubagaimanapun oleh kerana Perlembagaan Persekutuan tidak bebas daripada kekurangan dan kesilapan maka menjadi tanggungjawab orang Islam untuk 'memindanya' agar Perlembagaan itu lebih dekat kepada Islam, iaitu kita harus berikhtiar supaya kita terus mempunyai kuasa untuk memindanya dari semasa ke semasa iaitu dengan mendaftar diri sebagai pemilih dan memilih wakil-wakil rakyat yang ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan dewan Negara. Maka dengan itu hendaklah kita umat Islam khususnya memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan nasional dan UMNO sebagai tunggaknya yang paling utama bagi mengekalkan Kedaulatan Islam di bumi Malaysia yang sangat bertuah ini.”

Apa perlunya umat Islam menyokong UMNO nak meminda Perlembagaan? Sekarang pun boleh, UMNO boleh kemukakan supaya Perlembagaan dipinda, iaitu segala hukum-hakam dalam Islam, termasuk hukum Hudud hendaklah Perlembagaan tidak menghalangnya untuk dikuatkuasakan kepada rakyat yang beragama Islam, contohnya Hukum Hudud. Kenapa UMNO tak nak pinda? UMNO tak pernah pun menyuarakannya, malahan menghina hukum hudud sebagai zalim, adalah. Tun Dr Mahathir pulak pandai-pandai mengatakan Hukum Hudud jika dikuatkuasakan, rakyat yang bukan Islam yang melakukan jenayah hudud juga akan dikenakan hukum hudud? Di mana Tun Dr Mahathir belajar? Tun Dr Mahathir tak baca dan tak fahamkah ayat 256 Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Kafiruun dalam Al Quran? Apa sangkut pautnya Hukum hudud dengan rakyat yang bukan beragama Islam?

Persoalan pihak umno: “3.Perisytiharan Malaysia sebagai 'Negara Islam' yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad tidak dibincangkan di Perhimpunan Agung UMNO sendiri, tidak dibawa ke cabinet juga tidak di bawa ke Sidang Majlis Raja-Raja Melayu. Ia juga tidak diumumkan di Parlimen, bahkan hanya diumumkan di Perhimpunan Parti Gerakan, salah satu parti ‘Non-Muslim’ dalam komponen BN oleh Dr. Mahathir.

Jawapan pihak umno: Sesungguhnya untuk mengumumkan dan menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam tidak perlu atau tidak wajib menurut hukum Islam untuk di terlebih dahulu ke Parlimen atau ke Sidang Majlis Raja-Raja Melayu dan juga tidaklah pula haram hukumnya diisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam dalam perhimpunan Parti Gerakan. “

Apakah yang dikatakan Negara Islam itu hanya sekadar “label” yang tidak perlu diisyitiharkan bahawa ia sebagai sebuah Negara yang berkuasa bagi melaksanakan undang-undang Islam? Yang dimaksudkan Negara Islam ialah kuasanya adalah Kuasa mengikut lunas-lunas Islam, bukannya sekadar “label” atau “nama”. Apabila ia berkaiatan dengan “kuasa”, ia mestilah terlebih dahulu ke Parlimen atau ke Sidang Majlis Raja-Raja Melayu kerana kebetulan di Malaysia sistem pemerintahan dan perundangannya melibatkan parlimen dan Majlis Raja-Raja Melayu. Bukan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mengenai hal-ehwal Islam, tetapi Majlis Raja-Raja Melayu. Memandai saja Tun Dr Mahathir selaku PM(waktu itu) nak isytiharkan label Malaysia adalah Negara Islam, sedangkan dia sendiri pun tak ada kuasa untuk menghapuskan perkataan “Islam” digunakan dalam parti politik atau mana-mana nama organisasi atau pertubuhan; cadangannya telah ditolak oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Raja-Raja Melayu.

Jawapan pihak umno: “Tidak ada mana-mana ayat Quran atau Hadis Nabi yang menyatakan haram atau larangan kepada Dr. Mahathir untuk menyatakan Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Yang jelas dan terpenting ialah pengisytiharan Negara Islam oleh Dr. Mahathir pada ketika itu selaku Perdana Menteri adalah sesuai dan tepat menurut definisi yang diberikan oleh Ulama-ulama Muktabar bahawa 'Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam, dalam makna kekuatan dan pertahanannya berada di tangan Islam. Negara seperti ini wajib dipertahankan oleh setiap muslim.’ Demikian pendapat Syeikh Muhammad Abu Zahrah.”

Allah tak suruh kita hanya gunakan label saja bahawa Negara adalah “Negara Islam”. Yang Allah suruh ialah undang-undang Islam kesemuanya dikuatkuasakan, maka itulah yang dinamakan Negara, adalah Negara Islam. Analoginya, dilabel pada botol saja ada tertulis “halal”, tetapi isi botol itu adalah arak, bagaiamana? Nama saja negara adalah “Negara Islam” tetapi Perintah Allah ada yang tidak dijadikan undang-undang, bagaimana?

Jawapan pihak umno: “Manakala menurut mazhab Asy Syafie pula "Mana-mana negara yang pernah menjadi negara Islam, status ini tidak akan hilang menurut hukum fiqh Islam selama-lamanya (sekalipun umat Islam telah dikalahkan di negara berkenaan). “

Betulkah Imam Asy Syafie r.a. ada memfatwakan begitu? Sila nyatakan kitab apa, halaman berapa dan nukil sepenuhnya ayat-ayat Baginda r.a. Yang dalam kurungan “sekalipun umat Islam telah dikalahkan di negara berkenaan” itu siapa yang menambahnya? Apakah itu yang baginda r.a. maksudkan, ataua anda yang menambahnya?

Sokongan pihak umno: “Hebat Dr. Mahathir! Dan syabas kepada beliau kerana berani dan bijak serta tepat dalam menyatakan Malaysia sebagai Negara Islam.

Persoalan pihak umno: Adanya cadangan oleh pihak UMNO untuk memansuhkan perkataan 'Islam' dalam semua pertubuhan dan parti politik, termasuk PAS. Mujurlah Majlis Raja-Raja Melayu menyelamatkan keadaan.

Jawapan pihak umno: Penulis ingin membetulkan kenyataan Prof. Haron Din, bukan semua pertubuhan tetapi khususnya parti PAS dan penulis adalah orang pertama yang bersetuju sekiranya diharamkan penggunaan nama Islam kepada parti PAS. Ini adalah kerana banyak faktor yang menyokong hujah penulis di antaranya:

a) PAS menamakan parti mereka dengan sebutan parti Islam tetapi kata-kata serta tindakan pemimpin, ahli serta penyokong PAS tidak melambangkan Islam yang sebenar. Ia mencemarkan imej Islam dan Islam yang di bawa oleh PAS adalah indah khabar dari rupa. Islam pada slogan bukan kenyataan. Maka akibatnya rakyat akan tertipu bahkan terjerumus kepada fahaman yang bercanggah dengan Islam yang akibatnya mereka akan menjadi rakyat yang derhaka kepada pemerintah.”

Itu hanya persepsi anda, iaitu persepsi seorang sekular. Seorang sekular memang Allah butakan hati dan mindanya terhadap apa itu Islam dan melihat Islam hanya menyusahkan saja. Orang sekular dibutakan mata-hatinya oleh Allah tidak dapat melihat Perintah Allah dalam ayat 51 Surah Al-Maidah, itulah sebabnya UMNO dilihat sebagai melanggar Perintah Allah tersebut kerana menerima pribumi kristian sebagai “teman-rapat” seperjuangan dalam UMNO sendiri. Apakah perkara-perkara yang akibatnya rakyat akan tertipu bahkan terjerumus kepada fahaman yang bercanggah dengan Islam yang akibatnya mereka akan menjadi rakyat yang derhaka kepada pemerintah? Sila senaraikan satu persatu. Siapa Pemerintah yang rakyat akan derhaka? Dalam sejarah PAS bilakah PAS mengajak derhaka kepada Pemerintah? Sila nyatakan. Siapahkah Pemerintah di Malaysia? Perdana Menteri, UMNO/BN bukannya Pemerintah. Agong adalah Pemerintah. Bilakah pernah PAS mengajak rakyat derhaka kepada Agong dan Raja-Raja Melayu? Bagaimana dengan Tun Dr Mahathir melalui SEMARAK yang direstui oleh UMNO melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan melucutkan kuasa YDPA? Apakah Tun Dr Mahathir bukannya Ketua Bughah dari segi hukum dalam Islam kerana mengaibkan Pemerintah dan melucutkan kuasa Pemerintah dan direstui pula oleh UMNO. Apakah itu bukannya UMNO adalah bughah mengikut ajaran Islam kerana Tun Dr Mahathir adalah Pemimpin UMNO dan direstui oleh UMNO dia mengajak rakyat melalui SEMARAK bagi melucutkan kuasa Raja-Raja Melayu dan YDPA? Sila jawab.

“b) Matlamat PAS adalah untuk menjatuhkan kepimpinan yang sedia ada atau pemerintah yang sedia ada kerana tidak mengiktiraf Ulil Amri yang sedia ada kerana tidak dianggap Islamik. Ini adalah fahman Khawarij yang sangat merbahaya kerana mereka juga tidak mengiktiraf Saidina ali yang pada ketika itu menjadi Khalifah. “

Siapa dia Saidina Ali? Tidak pernah dalam sejarah Islam adanya orang yg bernama Saidina ali menjadi khalifah. Yang ada ialah Baginda Sayidina Ali r.a. yang kita umat Islam perlu muliakan, bukannya boleh ditaip ejaan namanya sebarangan tanpa ditaip r.a. selepas nama Baginda. Di Malaysia, siapa dia Ulilamri? Agong adalah Ulilamri, bukannya Perdana Menteri. Bila PAS pernah bermatlamat untuk menjatuhkan Agong selaku ulilamri?

sambungan hujah pihak umno: “Perjuangan untuk menjatuhkan pemerintah adalah haram di sisi Islam sebagaimana yang difatwakan oleh Imam Nawawi bahawa “Adalah haram hukumnya rakyat bangun menentang pemimpin sekalipun ia fasik ;lagi zalim,”. Pemimpin yang fasik sekalipun tidaklah menjatuhkan status mereka sebagai Ulil Amri yang sah menurut ajaran Islam tulen. Ini adalah menurut ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Tambahan dari itu sekiranya dibenarkan menjatuhkan pemerintah yang sedia ada maka akan berlaku kekacauan, ketidakstabilan politik dan sebagainya maka ia adalah haram. Kerana menjadi punca kepada berlakunya fitnah dan banyak mudharat.”

Bila pula pernah PAS bermatlamat menjatuhkan Perdana Menteri? Ingat, Perdana Menteri itu adalah nama jawatan. Pilihanraya itu sendiri diluluskan oleh Perlembagaan Negara untuk menukar orang yang memegang jawatan Perdana Menteri. Kenapa salahkan PAS boleh mengambil bahagian menukarkan orang yang menjawat jawatan Perdana Menteri sedangkan Perlembagaan Negara sendiri yang memebenarkan PAS mengambil bahagian untuk menukarkannya. Apakah bagi anda “menukarkan” orang yang menjawat jawatan Perdana Menteri itu kepada orang lain, itu adalah “menjatuhkan” mengikut ajaran Islam? Kalau mengikut ajaran Islam menukarkan itu adalah merupakan haram hukumnya, kenapa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernahpun memfatwakan bahawa pilihanraya itu adalah haram hukumnya bagi rakyat yang beragama Islam mengambil bahagian?

“c) Pendekatan memaki hamun, mencaci, membuka aib orang, mengutuk dan memfitnah adalah perbuatan yang dilarang keras oleh Islam maka penggunaan nama Islam kepada parti PAS adalah tidak sesuai, tidak kena, tidak tepat, tidak betul, tidak relevan, menimbulkan fitnah kepada Agama Islam, menjatuhkan imej Islam kerana perbuatan dan pendekatan yang digunapakai oleh PAS bercanggah dengan ajran Islam yang mulia.” '

Apakah yang dimaki hamun, dicaci dan dibuka oleh PAS aib orang? Apa perkaranya? Siapa yang dimaki hamun? Pak Mat seorang petani di kampung? Mak Minah seorang suri rumah? Pemimpin UMNO/BN yang dimaki hamun kerana menerajui pentadbiran Negara. Mana-mana yang menyalahgunakan kuasa dan rasuah. Apa itu rasuah? Rasuah ialah menyalahgunakan wang Negara, iaitu wang rakyat. Akibatnya adalah menganiayai rakyat. Perasuah ini yang dimaki hamun, kerana ia adalah Pemimpin. Apakah rakyat harus membenarkan ia terus dipilih untuk menjadi Pemimpin dan akan terus menerus menganiayai rakyat? Tahukah anda bahawa Allah membenarkan seseorang itu dimaki hamun atau dicerca jika ia melakukan penganiayaan? Kalau rakyat dianiayai, mesti wajib hukumnya ada pihak mebela rakyat dan boleh pihak yang menganiayai itu dimaki hamun (Rujuk ayat 148 dalam Surah An-Nisaa’. Anda bercakap saja hal hadis dan Al Quran, tetapi ayat 148 dalam Surah An-Nisaa’ itu anda tak pernah jumpa.).

Persoalan pihak umno: “5. Tiadanya sebarang perubahan ke arah memenuhi ciri 'Negara Islam' bahkan ceramah dan kuliah agama disekat, masjid dirampas, tindakan keras dilakukan kepada para pejuang Islam, hukum Islam dan Sunnah Rasul serta ulama dihina dan dipersenda.

Jawapan pihak umno: Apa yang dinyatakan oleh Prof. Haron Din adalah tidak benar dan ia adalah fitnah. Sebagai pemimpin Negara Islam maka ceramah dan kuliah agama pada dasarnya tidak disekat tetapi realiti yang berlaku ialah kerajaan tidak membenarkan ceramah dan kuliah agama yang ada unsur-unsur hasutan dan memecah belahkan masyarakat.”

Apakah ajaran-ajaran Islam yang menjelaskan hukum-hakam mengenai rasuah, Pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, Pemimpin yang membenarkan dan meluluskan pesta-pesta untuk dikunjungi oleh muda-mdi islam, hukumnya adalah haram dalam Islam, itu yang anda katakan ceramah atau kuliah yang ada unsur-unsur hasutan dan memecah belahkan masyarakat? Kalau macam itu, haramkan sajalah Al Quran dan Hadis kerana kedua-duanya membentang hukum-hukum yang terdapat dalam Islam; jangan dikuliahkan dan jangan diceramahkan.

Jawapan pihak umno: “Kebanyakan ceramah-ceramah PAS adalah menghentam kerajaan dan membuka aib orang walaupun kuliah tersebut pada asalnya dan pada 'mulanya' adalah berbentuk fardhu ain seumpama mengajar Tauhid atau Fekah.”

Apakah tidak benar perkara yang dihentam itu? Jika tidak benar, ertinya adalah fitnah. Kenapa tidak diheret ke Mahkamah mereka yang menghentam itu supaya boleh dituntut di Mahkamah bagi kesalahan melakukan fitnah?

Jawapan pihak umno: “Kita perlu faham ajaran menghentam kerajaan dan membuka aib orang adalah bukan ajaran Islam, hukumnya adalah haram, maka tanggungjawab kerajaan adalah untuk mencegah kemungkaran. Jangan flkir bila disebut kemungkaran maka semuanya dihalakan kepada pemerintah.”

Rujuk ayat 18 dalam Surah An-Nisaa’ jika anda kata itu bukan ajaran Islam. Apakah ayat tersebut telah mansukh dan bukannya lagi ajaran Islam?

Jawapan pihak umno: “Dalam konteks ceramah dan kuliah agama tadi maka tindakan kerajaan adalah sesuai dengan Islam, iaitu mengelakkan rakyat terjebak dengan perkara mungkar! Walaupun sebahagian besar penceramah PAS mengatakan apa yang dicakapkan itu benar dan ia menyentuh mengenai kebenaran namun CARANYA tetap salah, mungkar bahkan haram! Untuk mencegah kemungkaran bukan demikian caranya. Oleh kerana ruangan ini digunakan sepenuhnya untuk menjawab tuduhan Malaysia bukan Negara Islam maka penulis akan menjawabnya dengan panjang lebar dalam siri yang lain.”

Apa caranya yang betul? Kalau Pemimpin UMNO yang menerajui pentadbiran Negara melakukan kemungkaran dan rasuah, didiamkan saja, dan apabila pilihanraya diadakan, diterima saja ia terus menjadi calon, tanpa perlu didedahkan kemungkaran yang telah dilakukannya? Begitu?





___________________________
Terbitan : 23 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)