Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

APA ADA PADA MELAYU ISLAM DI PARLIMEN???????

Dalam keghairahan mahu menipu masyarakat Melayu untuk menentukan kemenangan besar, BN dan UMNO telah terjebak dalam jerat bikinan sendiri. Mereka telah menjadikan Islam dan bukannya budaya Melayu sebagai lambang perjuangan parti. Inilah yang digunakan untuk mengorbankan orang Melayu bagi mencapai matlamat yang lebih luas lagi. Inilah pertama kalinya bilangan orang Melayu yang dicalonkan ke Parlimen menjadi berkurangan. Orang Melayu tidak lagi menjadi majoriti dalam Parlimen ke-11. Daripada sejumlah 219 ahli Parlimen, bilangan wakil Melayu hanya sekitar 90 orang sahaja. Tujuan asal Umno ialah mahu menumpaskan PAS dengan teruk. Ini diikuti dengan usaha menekan terus KeADILan. Lantas masyarakat yang berfahaman pelbagai kaum dan masyarakat Melayu yang sekular telah terpinggir. Adalah amat sukar untuk meneka bagaimana BN dan UMNO mampu kembali kepada perjuangan asal mereka.

Masyarakat Melayu memang sudah lama berpecah-belah gara-gara masalah keIslaman. BN dan PAS mempunyai pandangan yang tersendiri, walaupun semua itu bukannya ada kaitan kepada perkara yang wajib, tetapi kepada cara ia perlu dilaksanakan yang membuatkan dua parti itu berbalah. Inilah perpecahan yang sengit sifatnya. Apatah lagi dengan berlakunya perpecahan gara-gara pilihan raya umum yang baru berlaku. Namun, masih wujud satu andaian yang tidak disebut-sebut: Untuk BN dan Paklah terus bernafas lega, dalam peranannya selaku orang suruhan dalam peperangan mengganyang keganasan, mereka perlu menentukan bahawa PAS dan segala pengaruh Taliban mesti dihumban dengan ketara jauh daripada dunia politik negara. Inilah yang dibuat oleh Paklah, dengan sedikit bantuan daripada Paman Sam (Amerika). Pakistan masih disenangi dalam orbit Amerika Syarikat sebagai satu keserasian (quid pro quo) memaafkan Perves Musharaf kerana tidak mendakwa wira negara Dr. A.Q. Khan yang bertanggungjawab mengeksport teknologi nuklear kepada negara Islam. Apakah ada perancangan yang sama untuk Malaysia dan Paklah yang membabitkan satu episod melibatkan Khan dan kewujudan satu kilang milik anak Paklah (SCOPE) di Shah Alam yang dibina semata-mata untuk mengeluarkan barang gantian yang direka oleh Dr. Khan?





___________________________
Terbitan : 1 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)