Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

JPN dalam pengundi hantu?

Saudara Webmaster,

Pilihanraya dah berlalu dengan berbagai keanihannya, walaupun berat hati kita kena terima keputusannya. Jika terdapat bantahan yang ingin dikemukakan kumpulkan bukti yang secukupnya buat petisyen. Satu perkara yang ingin saya utarakan disini ialah dizaman IT ini ianya bukan saja memudahkan kita dalam urusan seharian tapi juga memudahkan orang yang mempunyai kepentingan untuk menggunakan IT bagi tujuan jahat.

Seperti yang banyak diperkatakan tentang kad pengenalan yang dikeluarkan oleh JPN memang dari segi logiknya semua pemohon yang memohon kad tersebut akan dimasukkan kedalam pangkalan data di JPN dan dengan maklumat ini kad pengenalan boleh dikeluarkan secara pukal bagi tujuan tertentu seperti untuk pilihanraya tanpa pengetahuan pemilik sebenar kad tersebut.

Ini menunjukan tiada kejujuran dikalangan pekerja di JPN atau memang wujudnya tenaga kerja yang dilatih khas bagi kerja-kerja tersebut. Sebab itulah isu pendatang mempunyai kad pengenalan tidak selesai walaupun ciri-ciri keselamatannya berada ditahap yang tinggi kerana ianya didalangi oleh kakitangan JPN sendiri. Saya masih ingat dimana pernah warga Filipina ditahan kerana memiliki MyKad yang mempunyai kemudahan Touch N Go di Sabah sedangkan kemudahan tersebut baru dilancarkan di semenanjung. Yang kelakarnya di Sabah tiada satu tolpun apa perlunya Touch N go.

Ini adalah kerana lagi canggih kad itu lagi tinggi permintaannya dan pendatang sanggup bayar dengan harga yang mahal. Ini menjadi pendapatan sampingan kpd staf JPN.

Bagi mengelakkan kejadian pengundi mengundi 2 kali ditempat yg berlainan gabungan perti pembangkang hendaklah membuat memorandum dan mendesak supaya dilaksanakan sistem dakwat tanda kepada pengundi yang telah mengundi. Walaupun cadangan ini pernah ditolak oleh SPR kita kena bertegas supaya ianya dilaksanakan. Sekiranya masih tidak diterima oleh SPR maka baik diboikot saja PRU yg ke 12, buang masa tenaga dan duit saja kerana pengalaman PRU 11 telah membuktikan bagaimana penipuan secara terancang dgn kerjasama JPN telah berjaya mencapai matlamat.

Dizaman IT ini kadangkala cara tradisional boleh mengatasi kecanggihan. Tandaan secara elektronik seperti pembaca kad MyKad masih boleh diprogramkan untuk menipu tapi dgn menggunakan dakwat perkara ini dapat diatasi.





___________________________
Terbitan : 10 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)