Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

"MUHAZAM MUSTAPA DAN JIN DICABAR KEMUKAKAN BUKTI"

Petikan dari Forum Politik Nasional, laman web IDEALIS MAHASISWA
“MUHAZAM MUSTAPHA DAN JIN DICABAR KEMUKAKAN BUKTI”
Oleh Concerned-man
Date Posted: 00:13:43 04/01/04 Thu
http://www.voy.com/66209/

Masih ada rupanya pembaca Forum ini yang tidak memahami apa yang dimaksudkan sebagai BUKTI, apabila Tutor_syariah berulang kali meminta Muhazam Mustapha dan JIN memberikan bukti-bukti terhadap pertuduhan mereka kononnya PAS adalah BUGHAH dan Nik Aziz dan Haji Hadi adalah Ketua Bughah di Malaysia.

Di bawah kita letakkan persoalan-persoalan dalam kurungan [ ] supaya memudahkan kefahaman bagi mereka yang masih tidak faham maksud BUKTI yang diminta oleh Tutor_syariah dan saya serta lain-lain, supaya JIN dan Muhazam Mustapha mengemukakannya.

Untuk itu kita sama-samalah rujuk artikel oleh JAKIM mengenai KONSEP BUGHAH DALAM ISLAM Oleh : Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dan kita buat analisis, di manakah ada bukti-buktinya terhadap pertuduhan oleh JIN dan Muhazam Mustapha kononnya bahawa PAS adalah BUGHAH dan Nik Aziz dan Hj Hadi adalah Ketua Bugah.

1. Pengertian bughah Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122).

[ Apakah maksud melawan dan menderhaka? Bilakah PAS ada dan pernah melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amrai (iman) iaitu pemerintah atau kerajaan? Dan adakah kerajaan atau pemerintah menjalankan hukum-hukum syariat Islam termasuk Hukum Hudud? Bukankah dalam konteks negara Malaysia, Pemerintah sendiri yang tidak menjalankan hukum-hukum syariat Islam, di sebaliknya menuduh DSAI melakukan liwat menggunakan undang-undang kaum kufar, bukannya menggunakan Mahkamah Syariah?].

2. Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

[ Bilakah PAS sejak tahun 1951 ia ditubuhkan hingga kini ada pernah meberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri (Yng DiPeruan Agong) yang dinamakan jarimah siyasah iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.?]

3. Bughah Menurut al-Quran dan Sunnah

Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud; “Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). yes"> Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan”

[ Bilakah PAS pernah saling berperang dengan UMNO? Apakah maksud "peperangan" yang terdapat dalam hadis tersebut? Bilakah pernah PAS menceroboh UMNO? Di sebaliknya, bagaimanakah dengan UMNO melalui Kerajaan Pusat menukarkan wang Royalti Petronas kepada Wang Ehsan, sedangkan Perjanjian antara Petronan dan Kerajaan Negeri Terengganu telah dimeterai? Pihak manakah yang sebenarnya menceroboh hak?]

4. Sementara al-Sunnah terdapat beberapa penjelasan terhadap perbuatan Bughah. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu”. Riwayat Muslim.

[ Bilakah Pemimpin PAS telah memberi bai’ah atau kesetiaan kepada Pemimpin UMNO? Bilakah pula Pemimpin PAS memberi bai’ah atau kesetiaan kepada Perdana Menteri misalnya mengangkat Sumpah menerima jawatan mengaku setia kepada Perdana Menteri selaku Pemimpin atau menerima jawatan Menteri Besar?].

2. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah”. yes"> Riwayat al-Bukhari dan Muslim .

[ Apakah yang dimaksudkan dengan “jemaah” dalam Hadis tersebut? Adakah UMNO itu layak dikatakan sebagai “jemaah” sedangkan ahli-ahlinya terdiri juga drpd mereka yang menganut kristian dan budha?

Dalam tahun 1951 apabila ulama tersohor Haji Abdullah Fahim bersama Haji Ahmad Fuad Hassan menubuhkan PAS, apakah Haji Abdullah Fahim seorang ulama tidak mengetahui adanya hadis tersebut di atas? Mustahil beliau seorang ulama tidak mengetahuinya. Tetapi kenapakah beliau menubuhkan PAS juga? Sudah tentulah pada ilmu beliau ketika itu bahawa bagi beliau UMNO bukannya “jemaah”, dan beliau sendiri juga tidak menganggotai sebagai ahli dalam UMNO sewaktu beliau menubuhkan PAS. Dengan sebab itu, tidak boleh diterima adanya perbuatan Haji Abdullah Fahim sebagai melakukan dosa kerana berpisah daripada “jemaah” kerana menubuhkan PAS. ]

3. Daripada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud: “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu memdoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu benci dan mereka bencikan kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Kami berkata; Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah kami memerangi mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukannya itu dan janganlah sekali-kali kamu mencabut ketaatan”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)

[ Dalam maksud hadis di atas adanya ungkapan “bolehkah kami memerangi mereka”. Apakah maksud “memerangi”? Bilakah PAS telah memerangi YDPA atau pun PM?].

4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia. Aku (Huzaifah) bertanya; Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya Rasulullah. Jawab baginda; Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat. (Riwayat Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain).

[ Hadis ini tidak boleh semudahnya ditafsirkan oleh sebarang orang yang tidak berilmu dalam bidang ilmu penafsiran Al-Hadis. Hadis tersebut tentunya merujuk kepada situasi dan keadaan sistem pemerintahan di zaman Rasulullah (saw) di mana tidak adanya sistem pemerintahan negara yang mempunyai pelbagai parti politik.

Di Malaysia, Pemerintah Negara sendiri, iaitu YDPA dengan kuasa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan negara, YDPA sendiri bersetuju dengan sistem pemerintahan negara berparlimen berdasarkan kepada kepelbagaian parti politik. Maka dengan sebab itu Hadis tersebut adalah di luar konteks situasi dan keperihalan keadaan bagi Malaysia.

Persoalannya bolehkah atau tidak Hadis tersebut tidak diguna-pakai dalam konteks negara Malaysia? Jawapannya: Boleh! Buktinya boleh ialah dalam Al-Qur’an Allah memerintahkan harta pusaka si mati hendaklah dibahagikan kepada ahli-ahli waris mengikut Hukum Fared, anak lelaki menerima lebih banyak daripada anak perempuan. Tetapi di Negeri Sembilan dalam Adat Perpatih, kenapa pula boleh anak lelaki tidak menerima harta pusaka? Apakah ini tidak merupakan adanya perbuatan tidak mematuhi Perintah Allah? Kenapakah Majlis Fatwa atau Mufti tidak mengisytiharkan bahawa haram hukumnya adat Perpatih itu? Mestilah ada sebab-sebabnya yang membenarkan dari segi ajaran Islam, sesuatu perintah Allah itu, atau Perintah Nabi (saw) tidak dipatuhi.

Saya sendiri tidak faham mengenai perkara tersebut. Diharap mereka yang memaahami Adat Perpatih dapat memabantu memberikan penjelasannya.

Walau bagaimanapun, hakikatnya adalah jelas bawa di Malaysia, adanya segolongan Masyarakat Islam sendiri, iaitu yang mendokong Adat Perpatih telah tidak mengikuti Perintah Allah mengenai harta pusaka, iaitu hukum Fared. Sudah tentulah para ulama mempunyai kesepakatan berpendapat bahawa dalam keadaan-keadaan tertentu, ada Perintah Allah dan Rasul-Nya tidak mengapa tidak dipatuhi, sekiranya Pemerintah Tertinggi Negeri atau Negara merestuinya.

Dalam konteks Malaysia, pemerintah Tertinggi Malaysia, iaitu YDPA sendiri merestui adanya keplebagai parti politik wujud. Masing-masing parti politik ada pemimpinnya. Dalam konteks KERAJAAN MALAYSIA, Perdana Menteri bukanlah satu-sanya Pemimpin saja, kerana ada lagi Pemimpin yang lebih tinggi darjat dan Kuasanya drpd Perdana Menteri, iaitu YDPA. Maka yang dimaksudkan sebagai Pemimpin dalam Hadis tersebut ialah YDPA, iaitu Pemerintah Negara; bukannya Perdana Menteri. Persoalannya bilakah PAS dan Pemimpin PAS pernah tidak taat kepada YDPA selaku Pemimpin?].

5. Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

[ Yang dimaksudkan sebagai Pemimpin dalam Hadis tersebut (No. 4) ialah YDPA, bukannya Perdana Menteri.

Walaupun Pemimpin UMNO atau Perdana Menteri selau Pemimpin tidak suka rakyat menyokong PAS tetapi pada masa yang sama YDPA (yang juga Pemimpin) merestui diadakan pilihanraya dan membenarkan PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya, maka di sini kelihatannya sudah ada percanggahan kuasa.

Kuasa siapakah yang rakyat kena patuhi dan berdosa jika tidak mematuhinya sebagai ketaatan kepada Pemimpin? Perlu diingat bahawa ada Al-Hadis yang maksudnya: "Tidak boleh adanya dua Pemimpin atau Pemerintah bagi satu Daulah yang memiliki Kuasa Tertinggi yang sama [Hadis riwayat Bukhari-Muslim). Maka di sini, Kuasa yang wajib ditaati oleh rakyat ialah YDPA, bukannya PM. Buktinya YDPA mempunyai Kuasa Teringgi mengatasi kuasa PM ialah untuk membuarbarkan Parlimen pun mesti mendapat perkenan dan tandatangan Baginda YDPA. Tanpa perkenan Baginda, Parlimen tidak boleh dibubabarkan dan pilihanraya pun tidak boleh diadakan.

Persoalannya bilakah PAS dan Pemimpin PAS pernah tidak mengutamakan YDPA dan menentang YDPA? Mengambil bahagian dalam Pilihanraya oleh PAS, apakah itu sebagai menentang bagi menjatuhkan YDPA?].

6. Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud; Wahai Abu Zar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al-fai` ini?. Jawab Abu Zar; Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan. Baginda pun bersabda; Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku. (Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban , Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul) .

[ Bilakah ada PAS dan Pemimpin PAS memikul pedang atau senjata dan memerangi Pemerintah, iaitu YDPA?].

Bughah Menurut Pandangan Ulamak

1. Imam Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I`tiqad mengatakan”….persoalan-persoalan ini membangkitkan pertentangan dan sesiapa yang dapat menghindarkan diri daripadanya lebih selamat daripada orang yang mencampuri atau terlibat dalamnya, meskipun pendirian yang diambilnya benar, apatah lagi jika memilih jalan yang salah…”

[ Apakah maksud “pertentangan” mengikut maksud Imam Gzali r.h. itu? Apakah penubuhan parti-parti politik yang Kerajaan sendiri yang meluluskan pendaftarannya dan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara, serta pilihanraya itu sendiri adalah sah dari segi undang-undang PAS mengambil bahagian, adalah sebagai “pertentangan” yang tidak diingini oleh Keraajaan sendiri?

Dalam perlawanan bola sepak juga perkataan “pertentangan” juga ada disebut, tetapi apakah ia sesuatu yang tidak diingini? Demikianlah juga dengan pilihanraya yang sememangnya wujud “pertentangan” antara parti-parti politik yang Kerajaan sendiri luluskan pendaftrananya dan diizin sendiri oleh SPR untuk bertanding. Apakah itu termasuk sebagai apa yang dimaksudkan oleh “pertentangan” dalam kata-kata Imam Ghazli r.h. itu?

Persoalannya, bilakah PAS dan Pemimpin PAS mewujudkan “pertentangan” dengan memilih jalan yang salah dari segi undang-undang? ].

2. Ibn Abi al-`Iz pula berkata,…”adapun wali al-Amri berkemungkinan ia menyuruh supaya tidak taat kepada Allah S.W.T., ia tidak boleh ditaati melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya. Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah S.W.T.) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman mereka. Bahkan sabar terhadap kezaliman mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah S.W.T tidak menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud;

“Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri”. Ali Imran ayat 165.

[ Bilakah PAS dan Pemimpin PAS tidak mentaati YDPA yang mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman oleh YDPA atau Pemerintah? ].

Dan Allah S.W.T. berfirman yes"> yang bermaksud; “Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan”. Al-An`am ayat 129

Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.(Syarh al-`Aqidati al-Tohawiyah, juz 2, hal. 542,)

[ Bilakah Pas dan Pemimpin PAS pernah menganggp YDPA selaku Pemerintah adalah zalim? ]

3. Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Sabil berkata, “…kesabaran ke atas kezaliman imam (pemerintah) selain daripada yang wajib dari segi syarak adalah lebih ringan mudharatnya daripada bangun menentangnya dan menggugurkan ketaatan daripada mereka. Ini kerana natijah terhadap penentangan terhadap mereka membawa kerosakan yang sangat besar. Kemungkinan bangun menentang mereka akan membawa fitnah yang berpanjangan dan merebak kemudharatannya yang membawa pertumpahan darah, mencabuli kehormatan, merampas harta benda dan lain-lain lagi kemudaratan yang banyak dan musibah yang besar ke atas negara dan rakyat”.( al-Adillatu al-Syar`iyyah fi Bayani Haqqi al-Raa`iyyah. Riyadh)

[ Bilakah PAS dan Pemimpin PAS pernah menganggp YDPA selaku Pemerintah adalah zalim? Bilakah PAS dan Pemimpin PAS bangun menentang Baginda dan menggugurkan ketaatan terhadap YDPA selaku Pemerintah Negara? Bukankah Mahathir dengan direstui oleh UMNO-lah yang (melalui SEMARAK) pernah bangun menentangnya dan menggugurkan ketaatan terhadap YDPA yang sepatutnya dibunuh kerana telah melakukan BUGHAH?].

4. Budaya `isyan bukanlah budaya Islam, menurut ahli sunnah wal jamaah kerana ia adalah daripada sifat-sifat iblis. Jika berlaku kezaliman daripada pemerintah, apa yang mesti dilakukan ialah menjalankan gerakan mengislah rakyat supaya memperbaiki kerosakan yang mereka lakukan kerana kezaliman pemerintah itu adalah diutus oleh Allah S.W.T. sebagai balasan atas kerja-kerja jahat yang mereka lakukan. Apabila rakyat berjalan di atas landasan yang benar dan berada dalam keadaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. maka Allah S.W.T. akan menarik balasannya dengan memilih dan melantik orang yang adil menjadi pemerintah mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah yang patut kami lakukan? Baginda bersabda, “kamu hendaklah menunaikan hak-hak yang wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-hak yang diperuntukkan kepada kamu.” . Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

[ Apakah yang dimaksudkan oleh Baginda (saw) mengenai “kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan” itu? Bilakah PAS dan Pemimpin PAS telah bertindak melakukan kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan rakyat atau YDPA ?

Al-Nawawiberkata, “hadith ini menggesa supaya mendengar dan taat walaupun orang yang memerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya dan jangan menentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah berdoa kepadaAllah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha menolak kejahatan danmenjalankan usaha islah”. (Syarh al-Nawawi li Sahih al-Muslim, juz 12,hlm. 232)

Bilakah PAS dan Pemimpin PAS tidak memberikan ketaatan kepada YDPA selaku Pemerintah Negara dan menentangnya serta melucutkan jawatan Baginda?.

Bilakah PAS dan Pemimpin PAS tidak memberikan ketaatan kepada YDPA selaku Pemerintah Negara dan menentangnya serta melucutkan jawatan Baginda?].

5. Sahl binAbdullah al-Tastari berkata, “ … manusia sentiasa berada dalam kebaikan selamamana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika mereka membesarkan kedua-dua institusi ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka dan jika merekamerendahkan kedua-dua institusi ini, binasalah dunia dan akhirat mereka”.(al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5 hal. 260).

[ Bilakah PAS dan Pemimpin PAS tidak membesarkan YDPA selaku Pemerintah Negara dan tidak membesarkan ulama? Bukankah Mahathir yang direstui oleh UMNO melalui SEMARAK yang tidak membesarkan YDPA? Bukankah UMNO yang menerajui pentadbiran Negara yang pernah melucutkan Mufti (Dato’ Ishak) seorang ulama yang menjalankan tugas bagi mencegah dan bertindak menentang kemungkaran? ]

Kesimpulan
Pemberontakan atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakan keharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah.

[ Bilakah PAS dan Pemimpin PAS telah melakukan:
(a) Pemberontakan?
(b) merosakan keharmonian hidup?
(c) mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah?

Daripada keseluruhan debat mengenai BUGHAH di mana Muhazam Mustapha dan JIN menuduh kononnya PAS adalah Bughah dan Nik Aziz dan Haji Hadi adalah Ketua Bughah di Malaysia, adalah jelas bahawa Muhazam Mustapha dan JIN mengaplikasikan jenayah-jenayah yang dimaksudkan oleh hadis-hadis mengenai Bughah itu dengan pertuduhan bahawa PAS dan Pemimpin PAS telah melakukan jenayah-jenayah tersebut. Bilakah bahawa PAS dan Pemimpin PAS telah melakukan jenayah-jenayah tersebut? Muhazam Mustapha dan JIN tidak pernah dapat membuktikannya.

Kesalahan yang paling besar yang telah dilakukan oleh Muhazam Mustapha dalam usaha mereka bagi mempengaruhi para mahasiswa dan pembaca Forum ini ialah mereka mengaplikasikan hadis-hadis tersebut secara luar konteks. Misalnya, mereka telah menipu dengan mengatakan Perdana Menteri adalah Pemerintah Negara, dan bukannya YDPA sebagai Pemerintah Negara bagi menjustifikasikan hadis-hadis bahawa kononnya PAS tidak taat kepada Pemerintah.

Mereka telah mengelirukan audian dengan sewenang-wenangnya mengatakan Perdana Menteri adalah Pemerintah Negara, pada hal hakikat sebenarnya dari segi Perlembagaan Negara, Perdana Menteri hanyalah Esekutif, iaitu sebagai Pentadbir bagi pemerintahan Negara.

Pemerintah Nrgara dengan Pentadbir pemerintahan Negara adalah dua individu yang berbeza, di mana Pemerintah Negara (YDPA) adalah memiliki Kuasa Tertinggi yang mengatasi kuasa Perdama Menteri selaku Pentadbir bagi pemerintahan Negara.

Kesalahan Muhazam Mustapha dan JIN juga adalah jelas menyelewengkan fakta yang terdapat dalam hadis-hadis itu, iaitu yang banyak menyebutkan perkataan “Pemerintah” yang telah diputarbelitkan oleh mereka maksudnya adalah “Perdana Menteri” dan bukannya YDPA., yang mereka mahu para mahasiswa dan pembaca Forum ini turut bersama mereka membenarkan persepsi mereka yang salah itu sebagai benar; iaitu kononnya Perdana Menterilah Pemerintah Negara yang ingin dilucutkan oleh PAS melalui pilihanraya.

Mereka juga dengan nawaitu yang amat jahat sekali mempergunakan hadis-hadis bagi tujuan membuktikan kononnya “pilihanraya” itu sebagai bermaksud satu saluran bagi PAS melucutkan jawatan Perdana Menteri, bagi menyesuaikan dengan maksud hadis bahawa perbuatan melucutkan jawatan itu adalah sebagai Bughah.

Persoalannya ialah adakah pilihanraya itu sendiri konsepnya adalah untuk melucutkan jawatan Perdana Menteri Pemerintah Negara (YDPA)? Sama sekali adalah tidak! Pilihanraya adalah saluran bagi MEMILIH Pemimpin, bukanya untuk rakyat MELUCUTKAN jawatan Pemimpin atau Pemerintah Negara. Yang melucutkan jawatan penyandang Jawatan Perdana menteri ialah undang-undang itu sendiri sekiranya parti politik pimpinan Perdana Menteri kalah dalam pilihanraya, kalah dalam pemilihan oleh , bukannya kalah dalam peperangan pun.

Justeru tidak ada bukti menunjukkan PAS dan Pemimpin PAS telah bertindak untuk melucutkan jawatan Pemimpin atau Pemerintah Negara.

Dalam teks di atas, kita kemukakan persoalan-persoalan dalam kurungan [ ] untuk Muhazam Mustapha JIN berikan jawapan-jawapan supaya mereka dan para mahasiswa dan pembaca memahami maksud BUKTI yang diminta Muhazam Mustapha dan JIN mengemukakannya. Sila berikan bukti-bukti bagi pertuduhan mereka yang kononnya bahawa PAS adalah Bughah dan Nik Aziz dan Hj. Hadi adalah Ketua Bughah, dengan mereka kena menjawab satu persatu persoalan yang terkandung di dalam kurungan [ ] itu.

Jika Muhazam Mustapha dan JIN tidak dapat menjawabnya satu persatu, adalah jelas bahawa JIN dan Muhazam Mustapha telah menggunakan laman Forum ini untuk mengkhianati minda para mahasiswa dan para pembaca kerana telah menyelewengkan pengaplikasian penafsiran mereka terhadap hadis-hadis mengenai Bughah dalam usaha mereka bagi motif memburuk-burukan PAS tanpa haq, dengan sanggup melakukan FITNAH.

Sumber:
http://www.voy.com/66209/





___________________________
Terbitan : 15 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)