Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Dollah Badawi - kau boleh blah..

by Urang Aring.

Setiap Perdana Menteri Malaysia cuba membina imej baru masing-masing. Mereka mahu dilihat bebas dari pengaruh PM lama termasuk Dollah ni lah yang kununnya mahu bebas dari imej Mahathir yang dikatakan keras itu.

Sejak jadi TPM lagi beliau cuba memprojekkan imej yang berlainan. Ingat tak slogan 'mesra rakyat'? Ini slogan sebelum jadi PM.

Lepas jadi PM, muncullah slogan baru. Spin doctor diapun create image seperti 'bukan berkerja untuk saya tapi bersama saya.' Kemudian muncul 'Cemerlang, gemilang, terbilang dan oppps..temberang'. Lepas tu Islam Hadhari.

Sehari dua lepas jadi PM balik Penang cium tangan emak. (Ini dah jadi macam trend sekarang, lepas naik pangkat balik kampung cium tangan emak). Lepas tu bagi-bagi benih padi dan beras kat orang-orang kampung. Lepas tu tangkap beberapa ekor ikan bilis atas tuduhan rasuah.

PILIHANRAYA. Tipulah dengan bantuan Si Rashid, Setiausaha SPR dan Aseh Che' Mat, maka menang besarlah dia. Cepat-cepat angkat sumpah hu ha hu ha. Sekarang ni senyap.

KLSE pun dah menunjukkan taringnya. Dull. Yang masih dibawa ke Mahkamah ikan-ikan bilis. Menteri-menteri rasuah masih jadi menteri. Yang kesian tulah orang-orang melayu yang ngundi Umno..apalah yang dia dapat gaknya.

Aku heran orang sebelah rumah aku tu. Orang kuat UMNO juga. Lepas menang ni makin merah muka dia. masam je. Kenapa lak ye?

Bos aku yang belanja RM1 juta bagi Pak Lah dan kuncu-kuncunya sampai sekarang projek apapun tak dapat. Kesian boss aku. Padan muka. Kalau bagi duit tu kat aku pun bagus.

Tapi yang pastinya slogan-slogan ni semua retorik je. Yang pasti kaya Pak Lah dengan adik dia Ibrahim, anak dia Kamaludin, menantu dia Hairy tu dan adalah beratus-ratus kerat yang keliling dia. Yang dok mangkah dan kerja gila masa pilihanraya dulu dapatlah seribu dua. Ada tu sebab tampal poster kat kereta...tertampal ngan gam, sampai sekarang tak boleh tanggal. Alamat ganti cat barulah. Mintaklah kat UMNO. Bodoh.

Retorik bukan apa. Mahathir dulupun sibuk gak dengan Bersih, cekap dan amanah serta kepimpinan melalui teladan. Pandang ke Timurlah apa ke bende. Tapi habok pun tadaka. Kepimpinan dia pun dah tak boleh nak jadi teladan dah. Akhir-akhir kepimpinan diapun tah ke mana arah dia pandang. Timur tak baratpun tak. Pandang siling je brother.

Dollah nipun macam ni jugaklah. Sebab kepimpinan tak berlandaskan Islam cam tulah. Tah ke apa-apa. Slogan ikut sedanp je. Tapi yang pasti dan paling bodoh ialah orang yang pangkah BN pada pilihanraya lalu kerana mereka ni habokpun tak dapat apa. PADAN MUKA KAU. Kah..kah..kah!!





___________________________
Terbitan : 18 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)