Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Ni apa nih....????

Assalamualaikum.....

Ni apa ni....??? suka dok buat cerita yang bukan2....??? aku nak tanya sikit.....pasai pa hang mesti nak sama kan program ni ngan keja pelacur tu...??? dia buat cam tu sebab nak asuh remaja2 ni ada sikap bertoleransi.....dalam semua kaum....sebab kita dalam malaysia ni....hidup bercampur kaum....tapi aku tak tau la....sama ada hang hidup bermasyarakat atau tak.....sebab biasanya org yang ada pemikiran macam hang ni....mmg tak bercampur ngan org lain....cuma tau kata dari belakang saja....tapi kalau berjumpa secara berdepan senyap....apa yang tak kena lagi dengan Islam hadhari yang dato dollah nak bawakan dalam kepimpinan dia hari ni...??? adakah lari jauh dari konsep Islam yang yang dibawa oleh rasulullah...??? adakah Islam yang dibawa pas tu mmg betul...logik...??? ini aku cakap ni..bukan nak babitkan sangat pasal politik....tapi disebabkan cara hang ni...membabitkan isu politik....jadi tak salah la....klu ada gak sikit aku kaitkan ngan politik...

Tentang pergaduhan......tak tau la....sama ada hang dulu bersekolah atau tak..??? tapi yang pasti...isu bergaduh sesama murid ni dah lama dah wujud....ini salah satu cara nak pupukkan semangat harmoni sesama bangsa....dan kaum....program ni dibuat nak bagi anak2 remaja tak kira bangsa atau kaum...buleh berkawan...sebab kita duduk dalam satu negara....memang...tak dinafikan....dalam program ni...memang ada jugak yang bergaduh...sesama pelatih....tapi...itu yang kita nampak terjadi didalam program ni....macam mana pulak yang terjadi diluar program...??? macam mana kita nak sedarkan diorg...??? kalau dalam program ni....buleh jugak kita nak sedarkan atau nasihatkan diorg yang bergaduh ni....sebab kita dapat kesan org yang bergaduh tu....cuba bukak sikit pemikiran hang tu.....pikirkan yang positif....jgn asyik nak cari silap org2 kerajaan....hang sebagai org Islam...tak patut ada sikap yang dibenci Allah ngan rasulnya....ini tak...hanya tau nak cari silap org lain...pastu nak hentam.....macam ni ke ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah....???? ini ke cara Islam yang hang kata betul tu...???

Tentang sembahyang........ada kah kalau remaja2 ni dah hang kata "liat" nak sembahyang....adalah salah sebab mengikuti program ni...??? sedangkan sembahyang ni patutnya diajar oleh ibu bapa mereka sejak mereka kecil....dan mereka masuk mengikuti program ni hanya untuk 3 bulan....dan usia mereka pada waktu ni....bukan lagi 7-12 tahun....dah mmg baligh....jadi...kalau memang diorg dapat pendidikan agama yang cukup sejak dari kecil....adalah mustahil...mereka nak tinggalkan "liat".....hanya kerana ikut program ni dalam masa 3 bulan....pikir la secara logik.....dan kalau terjadinya sikap "liat" tu...bukan kerana mereka ikut program ni....tapi pendidikan dari rumah sejak dari kecil...yang kurang.....pikirkan lah dulu sebelum hang nak bercakap atau sebarkan fitnah macam ni........hang sendiri tau kan...??? apa hukumnya org yang buat fitnah....???

Sekian.....

Latihan Khidmat Negara merosakkan anak anda

Seminggu dua ini kalau kita menonton TV, hampir setiap hari kita dapat lihat dan dengar Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri menggelabah menjawab soalan pemberita. Sekurang-kurang isu Latihan Khidmat Negara dapat merehatkan buat seketika SPR dan RaSHIT.

Bermula dengan ketegasan Dr. Ahmad Fawzi hendak menyaman peserta-peserta yang tidak menyertai Latihan Khidmat Negara yang jumlahnya lebih kurang 10,000 orang. Dalam kepalanya sudah mencongak kalau satu kepala saman RM3,000, kalau 10,000 orang sudah tentu 30 juta, sekurang-kurangnya dapat ‘cover’ duit ‘kerajaan hantu BN’ yang dah hangus masa pilihanraya dulu. Dalam hatinya tentu Abdullah Badawi akan puji beliau, tetapi disebabkan tekanan dari NGO dan rakyat hasratnya terpaksa ditolak ketepi dan peluang kedua akan diberi kepada pelajar-pelajar yang ‘engkar’.

Seloroh seorang sahabat, ‘Mahal juga saman MLKN ni, denda RM3,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, tapi orang menari bogel cuma didenda RM25.00 dan penjara 4 hari. Kalau penari bogel tu juga seorang pelacur (seperti dalam lapuran NTV7), sekali melacur dapat RM30.00, ada ‘balance’ RM5.00 lagi!. Hebat Islam Hadhari Dollah Badawi ni!’

Kemudian timbul pula isu kawalan keselamatan yang begitu longgar di pusat-pusat LKN dan ini semua amat merunsingkan bakal-bakal ibubapa yang akan menyerahkan anaknya ke pusat LKN nanti. Jawapannya mudah sahaja ‘ini adalah kali pertama kita menganjurkan LKN dan perkara ini akan diatasi kemudian’. Alasannya sentiasa akan ada ayat ‘ini kali pertama’.

Isu terbaru pula ialah kisah pergaduhan di dalam kem Latihan Khidmat Negara yang ‘baru’ dilapurkan oleh media dan komen beliau adalah seperti berikut : ‘Di sekolah hari-hari pelajar bergaduh, di pusat LKN yang berjumlah 70,000 orang ‘cuma’ ada 200 kes pergaduhan sahaja’. Begitulah pandangan seorang ketua yang telah diberi amanah tetapi memandang ia hanyalah perkara kecil kalau nak dibandingkan dengan budak-budak di sekolah yang hari-hari ada sahaja yang dibelasah. Apa pula komen Hishamudin? Takkan nak senyum sampai ketelinga bila Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara komen macam tu.

Akhirnya polis juga diberi amanah untuk menyelesaikan kes ini, samalah macam kes silap cetak kertas undi tempohari, SPR dan RaSHIT lepas tangan dan buat repot polis. Nampaknya selepas ini Pengerusi MLKN kenalah selalu berhubung dengan Pengerusi SPR RaSHIT untuk dapat ilmu putar belit bila disoal oleh pemberita.

Dengar-dengar ada pelatih perempuan LKN yang sudah muntah-muntah selepas pulang dari LKN, dan kita pasti ada ibubapa yang akan menyaman kerajaan hantu BN selepas ini. Apa pula alasannya? Mungkin jawapannya akan jadi begini: ‘Ini adalah program pertama LKN, dan di masa hadapan kita akan masukkan kursus seks selamat dengan menyediakan kondom pada pelatih-pelatih kita dan ibubapa tidak perlu risau’.

Adalah sangat menyedihkan bila ada ibubapa yang memberitahu anaknya sudah ‘liat’ nak menunaikan solat selepas pulang dari LKN dan ada lapuran yang mengatakan di sesetengah kem latihan, bas yang disediakan untuk ke solat Jumaat hanyalah 2 buah bas sahaja (1 bas 40 orang penumpang) sedangkan pelajar yang ‘akhil baligh’ adalah lebih kurang 400 orang. Mazhab mana pulak yang digunapakai oleh MLKN? Adakah ini mazhab baru Imam Al-Dollahbadawi dengan Islam Hadharinya?

Banyak kisah-kisah yang menggerikan dan menggemparkan dalam LKN ini, dan tidak hairanlah bagi sesetengah ibubapa yang sanggup ‘engkar’ akan arahan kerajaan hantu ini dan mereka sanggup membayar RM3,000 hanya semata-mata untuk menyelamat akidah dan maruah anak mereka daripada dirosakkan oleh agen-agen Islam Hadhari Al-Dollahbadawi.

Kisah-kisah kepincangan kerajaan hantu BN ini akan Allah timbulkan satu persatu. Ingatlah! Bahawa perancangan Allah itu maha bijaksana.

Panaurama.com





___________________________
Terbitan : 28 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)