Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

ISLAM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Islam itu sendiri merupakan sebuah persatuan atau kelab atau pertubuhan yang paling baik dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia dan jin.Tiada borang atau yuran keahlian tetapi faedahnya tidak terkira.

Islam itu hanya satu, dari dulu hingga kini yakinlah Islam amat sesuai pada semua zaman dan semua tempat.

Kini, bilangan umatnya teramat ramai, tetapi sedihnya sejak kejatuhan khilafah Islam terakhir, hingga kini masih belum ada penggantinya, (jika tidak silap saya, Saidina Omar Al Khatab cuma memberi tempoh 3 hari untuk menyelesaikan urusan perlantikan khalifah baru untuk menggantikan beliau selepas kewafatan beliau).

Alhamdulillah kita termasuk di dalam golongan yang memperjuangkan kepentingan Islam dan menegakkan kembali asas kegemilangan khilafah Islam di muka bumi ini.

Oleh itu, marilah kita semua umat Islam bersatu di bawah kepimpinan Ulama. Marilah sama-sama kita merapatkan ukhuwah silaturrahim, meningkatkan kualiti Islam sebenar diri kita dan menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada orang-orang yang masih belum tahu dan orang-orang bukan Islam, mudah-mudahan beserta hidayat Allah, kita bukan sahaja dapat menambahkan kuantiti Ummah, tetapi turut meningkatkan kualiti Ummah dan meninggikan syi'ar Islam. Kita bina asas kekuatan ummah sekukuh-kukuhnya dengan bimbingan Tuan-tuan Guru dan Ulama Haq.

Akhukum fil Islam,
WAMAD

(p/s: saudara editor, saya kurang arif dalam penulisan, namun saya ingin bersama-sama berkongsi pendapat, tolonglah perbetulkan kesilapan yang ada. Di samping itu, kiranya dapat saudara editor selitkan unsur2 berikut di dalam tulisan editor dan kawan2 saya kira ada faedahnya untuk kita kembali menguatkan dalaman penyokong/pendokong Islam:

a. Dakwah ke arah ISLAM atau ke arah SEBUAH NEGARA ISLAM dengan sabar dan hikmah;

b. Amalan-amalan yang perlu diamalkan oleh pejuang-pejuang ISLAM;

c. Janji-janji ALLAH dan wasiat Nabi (s.a.w) di akhir zaman;

d. Kelembutan yang boleh memecahkan (titisan air pada batu dll);

e. Pemupukan ukhuwah yang mesra di kalangan penyokong/pendukung; dll. terima kasih)





___________________________
Terbitan : 28 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)