Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Islam Sebenar Untuk Semua

Assalamu'alaikum,

Saya amat menyokong usaha perkembangan Islam dan pembinaan pentadbiran Islam sebenar di bumi Allah ini. Sedih sekali di akhir zaman ini terlalu huru hara keadaan hidup makhluk Allah bergelar manusia. Untuk pengetahuan saudara, saya bukanlah seorang terpelajar atau alim, saya cuma insan biasa yang turut menjadi mangsa tindakan kerajaan baru Terengganu (oleh itu sekarang ini saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan dll masalah sendiri). Apa pun Islam tetap wajib dibangunkan di bumi ini.

Saya amat berbesar hati kiranya tokoh-tokoh ulama dapat memainkan peranan untuk meneruskan kerja dakwah dan perjuangan Islam sebenar. Pada fikiran saya yang lemah ini, saya rasakan umat manusia hari ini ada 3 golongan utama: golongan haq, golongan yang dimurkai dan golongan yang terbabas. Apakah peranan umat Islam dalam mengisi tuntutan dan tanggungjawab amanah Allah terhadap ketiga-tiga golongan tersebut? Namun, apa pun tindakan dan gerakan yang diambil, elok benar kiranya disepakati oleh semua dan diluluskan oleh pimpinan bagi tujuan penyelarasan dan tindakan susulan.

Saya teringat juga satu ketika dahulu sewaktu kehebatan ramai tokoh-tokoh agama di kaca tv dan radio, sedangkan kini digam. Saya kira hasil kemunculan mereka di tv dan radio waktu itu memberi kesan yang positif terhadap masyarakat, mungkin kerana itulah mereka digam. Justeru, saya merasakan perlunya tokoh-tokoh Islam yang sebenar kembali aktif berperanan di dalam menyampaikan ilmu dan kefahaman sebenar kepada setiap lapisan masyarakat. Pada saya gam di tv & radio ibarat menyekat air sungai yang mengalir jua. Sehubungan dengan itu, kiranya elok juga segala bentuk media bagi menyampaikan ilmu & kefahaman tersebut tidak terlalu dijadikan bahan niaga bagi mengejar keuntungan pula. Yang utamanya menyampaikan yang haq itu kepada semua. Alangkah indah dan kuatnya Islam apabila semua pemeluknya berada di bawah satu pimpinan yang haq, apabila golongan yang terbabas dapat kita selamatkan dan bersama-sama menegakkan Daulah Islam dan mencari redha Allah. Saya fikir cara ini boleh dipertimbangkan oleh pimpinan Ulama dan PAS sebagai salah satu kaedah mendekatkan masyarakat dengan Islam sebenar. Wallahua'lam.

Akhukum fil Islam,
Wamad

(p/s: Ayuhlah sama-sama kita memohon perlindungan dengan Allah daripada terjebak ke dalam golongan yang dimurkai oleh Nya.)



___________________________
Terbitan : 30 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net  atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)