Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hiburan Sini Tangisan Sana

Assalamu'alaikum,

Amat sedih, kecewa, terkilan dan pilu, orang-orang kita di sini terutamanya berfaham Islam Hadhari sungguh asyik masyuk dengan hiburan sedang saudara-saudara seIslam di Ambon, di Selatan Thai, di Iraq, di Palestin, di Afghanistan dan lain-lain lagi sedang menangisi kezaliman dan kekejaman para musuh.

Apakah hiburan sana sini seperti konsert, karnival sure-heboh, pertandingan artis baru & lama sudah diangkat sebagai salah satu ibadah dalam faham Hadhari?

Apakah mereka sedar bahawa para musuh yang melakukan kekejaman dan kezaliman di bumi umat Islam itulah merupakan salah satu Mahaguru Agung terhadap Ibadah Hiburan ini? Dengar khabar, sure-heboh nak masuk Terengganu, betul ke? Andai betul, amatlah malang dan dukacitanya.

Pendokong dan penyokong Islam, marilah sama-sama kita faham betul-betul makna di sebalik kalimah Takbir "ALLAHU AKBAR" supaya tatkala kita sama-sama melaungkannya, ungkapan tersebut turut dilaungkan oleh makhluk-makhluk Allah yang lain seterusnya mudah-mudahan Allah segera memberi petunjuk dan pertolonganNya kepada kita semua. Wallahu 'alam.

Wamad





___________________________
Terbitan : 30 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)