Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pandangan & Komen terhadap coretan Norhazali Tabligh

Pandangan & Komen terhadap coretan Norhazali Tabligh
( “PENGIKUT SETIA AHLUL SUNNAH WAL – JAMAAH” )

Sdraku Nor… apa yg berlaku sekrg ni adalah reaksi terhadap segolongan ahli dlm gerakan islam (PAS) terhadap segolongan ahli gerakan islam yg lain (Jemaah Tabligh), sebgn ahli2 pas mmg diakui ada yg tidak puas hati terhadap sebgn ahli2 tabligh yg tidak suka mencampuri urusan poltik ( sebenarnya urusan semasa / Ummah ) dan ini terbawa2 kpd tidak mengundi dlm PR dgn alasan spt yg sdra nyatakan ianya adalah bukan cara islam (cara/sistem2 org kafir), malah lebih jauh krn terlibat dgn unsur2 “judi” !, dan inilah yg amat2 disukai oleh golongan sekular kerana tidak ada gangguan sekiranya semua org yg benci pd maksiat tidak ambil tahu urusan ini (PR), maka bebaslah ianya mencoraknya sistem/dasar semahu2nya.

adakah semua dr bukan islam/kafir itu tidak baik dan tidak boleh kita ikuti, byk sistem yg kita pakai skrg ni adalah ciptaan dr org2 bukan islam, cth dlm urusan pengurusan akaun/kewangan menggunakan program computer yg canggih2 & pengurusan organisasi bagi mencapai std antarabangsa (ISO) & lain2 kbykkannya berasal & dicipta oleh org kafir/bukan islam yg setghn2 ahli tabligh sendiri ada yg menerima pakainya !.

Pilihan Raya adalah urusan Pemilihan @ undi org2 yg layak shj bagi mewakili umat islam utk berdakwah pd golongan tertentu dlm dewan Parlimen ini tidak bermakna kita mendokong & membenarkan system suara ramai adlah haq !! , untuk dakwah ini…ianya tidak boleh dilakukan oleh org biasa yg bukan ahli2 dewannya, org2 yg kita pilih itu masuk kedewan bertujuan utk menerangkan ayat2 Allah diParlimen, urusan undi @ pemilihan ini bukan tidak ada dlm sejarah islam dan sunnah nabi malah ada dan ianya dibolehkan !, ianya bukan hak mutlak sistem demokrasi dimana kuasa majoriti mengatasi kuasa Allah yg bercanggah tersebut !!. Pemilihan & undi asalnya tidak bercanggah dgn islam yg bercanggah adalah ialah bila masuk Parlimen dok sokong perkara2 yg bercanggah dgn islam !,

Keterlibatan gerakan islam dlm politik amat tidak disenangi oleh Golongan2 politik secular kerana ini amat [email protected] mengacau mereka dan klau boleh ia nak haram semua gerakan islam dr terlibat dlm politik dan amatlah disukai kalau ada golongan/jemaah islam lain yg mendakwah bahawa menyertai “PR/Undi2an” adalah bukan cara islam !!!...yg dibolehkan adalah “ziarah2” dr rumah kerumah “memanggil2” org kesurau sahaja inilah satu2 cara yg ada !!! lain2 dr itu adalah Haram dilakukan !!.

Bagi membedung gerakan islam yg terlibat dr menjadi calun & dlm urusan “Undi @ Pemilihan (PR)” yg asalnya dibolehkan itu, golongan politik secular cuba memasukkan unsur2 yg haram dlm yg harus tersebut dgn cara…”Meminta WANG PERTARUHAN dr calun2 sebelum Pemilihan !!” kalu kalah dgn undi2an dgn bilangan tertentu Wang Pertaruhan tersebut akan lesap !!...mmg ni adlah unsur perjudian !, maka diharapkan gerakan islam sedar dan tidak terlibat lagi dgn “PEMILIHAN @ UNDI” yg asalnya dibolehkan dlm islam !!, ingat Undi /Pemilihan/ Pilihan Raya – ini istilah moden ajer tak usah takut dgn istilah2 ini !!) bukan hanya ada dlm sistem Demokrasi sahaja dlm urusan 2 lain pun ada juga terlibat dgn urusan undi2an/pemilihan ini !!...maka undi2an ini dibolehkan, dlm hal yg paling simple telah ditunjuk oleh nabi dllm undian terhadap isteri2nya & ini telah jelas !, bila masuk PR tidak bermakna menyokong system demokrasi, undi bukan hak Demokrasi walupun dlm sistem ini ada juga melibatkan undi @ pemilihan !!

Kalu dlm urusan yg asalnya dibolehkan tiba2 untuk Sesuatu tujuan bagi meneruskan dasar2 jahat dan zalim dan supaya tidak diganggu oleh gerakan islam dimasukkan unsur yg haram maka yg halal tadi tidak boleh dilakukan !...katakan dlm kegiatan jemaah tabligh yg ingin menziarah dr rumah kerumah dimasuk dgn unsur2/syarat2 yg bercanggah dgn syariat oleh kerajaan BN sebelum boleh menjalankan kegiatan2 biasanya apa akan jadi ??...misalnya…jemaah tabligh hanya dibenarkan bergerak dimalaysia sekiranya semua ahli2 disyaratkan membuat pengakuan & menyakini dalam islam tidak ada politik/syiasah bernegara, hukum hudud tidak sesuai dgn zaman sekarang ini !! @ mengenakan wang pertaruhan spt yg dikenakan dlm proses pencalunan & pemilihan !!! kalau bertambah ramai org mengikuti jemaah tabligh dr masa kesemasa wang akan dikembalikan @ sebaliknya!!! .. adakah anda akan meneruskan juga usaha tersebut ??, saya tidak nafikan usaha dakwah baik, tapi setelah dikenakan syarat2 yg jelas haram adakah anda duduk saja dirumah tanpa buat apa2 usaha lain @ anda berpindah kenegara2 yg dibenarkan menjalankan usaha2 dakwah imam & amal ????

Disebabkan oleh kerana kegiatan jemaah tabligh tidak mendtgkan apa2 ancaman pd BN untuk melaksanakan dasar2 yg bercanggah secara bebas maka kita lihat kegiatannya “dibenarkan dgn mudah” oleh BN, malah dgn dakwah setgh2 ahlinya yg tidak faham akan kepentingan urusan ummah secara umum, terutama dlm menarik setgh2 ahli2 gerakan islam lain supaya tidak mengundi adalah memberi keuntungan besar pd BN, oleh sb itulah ahli2 Jemaah Tabligh jgn takut !!…sdra2 semua tidak akan diminta wang pertaruhan !! sebelum dibenarkan menjalankan aktiviti harian sdra2 semua !!..kerana sdra sebenarnya telah memainkan peranan penting dlm mendokong menyelamat faham secular dr diganggu oleh gerakan2 islam yg melibatkan diri dlm politik kepartian !

Ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, tapi marilah kita bersatu sesama ahli2 gerakan dlm hal2 yg boleh kita sepakati manakala dlm masalah2 yg tidak disepakati yg bukan melibatkan persoalan pokok marilah kita berlapang dada, jgn cuba2 mengeruhkan suasana dgn mengatakan jemaah kita yg terbaik dan benar mengikut sunnah yg lain2 tu tidak benar & bercanggah dgn sunnah, gerakan dan pendekatan diakhir zaman memerlukan keperbagaian tindakan dan pendekatan, rujuk & lihatkan saranan & nasihat dr Asy Imam Hasan Albana dan Prof Dr Yusof AlQardawi dlm menyatukan jemaah yg pelbagi ragam pendekatan ini !





___________________________
Terbitan : 17 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)