Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SelePAS BA mengalami kekalahan p/raya 11 akibat penipuan

Sehingga kini sejak BA aloh dlm p/raya yg dah lePAS terdapat beberapa tulisan dr penulis2 siber yg agak kritikal dan penuh sentimen dan kadang2 mengandungi provokasi. banyakla cadangan2 supaya merubah cara dan pendekatan supaya tidak lagi ikut cara kuno (mungkin dgn cara berceramah, kuliah mau pun khutbah hanya menjadi jagoan rosterum). pendekatan yg paling popular mengikut penulis2 tersebut dgn mengadakan demontrasi dan keluar ke jalan2 raya mengadakan bantahan atau tunjuk perasaan dan mengikut pandangan mereka ianya berjaya berdasarkan teori yg telah dibuktikan pada tahun 1998 yg jadi pelopornya siapa lg jika bukan ikon keAdiLan yakni mantan TPM . maka berduyun2la rakyat yg keluar membuat bantahan dengan penuh semangat dan perasaan kenapa TPM dipecat dgn cara yg aib sekali. bergegar bumi malaysia buat seketika kerana sayangnya mereka pada ikon mereka tanpa mereka menyedari itulah gerak kerja dan tektik serta teknik yang dilakukan oleh golongan yg paling berkuasa dlm UMNo. mereka lupa seketika " untuk mencuci najis dan tahik jangan masuk dlm tong tahik, nanti najis dan tahik yg busuk lagi membusukkan itu akan terpercik kat muka sendiri"- sayang sekali mereka terus juga memuja wirawan mereka yg selama ini juga membuat kekayaan untuk diri dan kaum keluarga serta sahabat handai dan dlm masa yang sama wirawan mereka mengutuk dan mencaci " KITA ROBOHKAN KERAJAAN KELANTAN, ULAMAK MEREKA ULAMAK BANGANG!!" . bergegar pidato ini tak lama dulu-dulu semasa PAS baru memegang tampok pemerintahan di Kelantan dan MBnya seorang yang digelar Ulamak. kembali kepada semburan2 provokasi yg dihamburkan secara halus oleh penulis siber penulis siber, kalian perlulah mengikut dan mentaati siapa pemimpin kalian itu pun jika kalian berada dlm jemaah/golongan/parti yg kalian dokongi kerana mentaati pemimpin adalah menjadi suatu kewajipan. setakat ini tiada lagi kedengaran pemimpin tertinggi daripada parti2 komponen BA membuat kenyataan supaya membuat bantahan keluar ke jalan2 raya. yang ada hanyalah pandangan penulis2 siber dan adalah segelintir pemimpin peringkat pertengahan yg bercakap hanya dgn jalan raya kita bersemuka dgn banjingan2 yg menguasai malaysia kini.

"demi masa sesungguhnya manusia berada dlm kerugian, berpesan2la dengan kebenaran dan berpesan2 la dgn kesabaran " - moral ayat ini menuntut dan mengajar kita apabila kita berpesan dengan kebenaran, sesungguhnya kita dituntut supaya banyak2 bersabar... doa Nabi Musa a.s supaya firaun dimusnahkan, dimakbulkan oleh Allah selama 40 tahun. Nabi Zakaria dibelah badan beliau dgn gergaji oleh penentang beliau adakah kerana suatu pembalasan dari Allah SWT?



___________________________
Terbitan : 12 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)