|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
AZALINA SALAHGUNA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA keADILan
3 MEI 2004
AZALINA SALAHGUNA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Angkatan Muda melahirkan rasa kesal dengan tindakan salahguna kuasa Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik.
Berdasar laporan laman web puteri umno (www.gtputeri.com) Azalina Othman minggu lepas telah mempengerusikan satu mesyuarat khas exco puteri membincangkan pemilihan puteri akan datang. Namum yang menariknya gambar – gambar mesyuarat yang disertakan jelas menunjukkan mesyuarat tersebut berlangsung di Dewan Mesyuarat Kementerian Belia dan Sukan.
Perbuatan menggunakan kemudahan kementerian untuk kepentingan UMNO jelas merupakan salahguna kuasa. Kementerian dan kemudahan yang tersedia merupakan hasil daripada cukai yang dikutip dari rakyat. Ia perlu digunakan sepenuhnya untuk kepentingan semua rakyat, bukan parti politik tertentu. Semua menteri, timbalan menteri termasuk menteri besar seharusnya faham dan menghormati perkara ini.
Angkatan Muda berharap perkara ini tidak berulang walaupun faham ia merupakan perkara biasa bagi semua menteri dan menteri besar menggunakan kemudahan yang diperolehi melalui jawatan mereka untuk kepentingan peribadi dan parti anutan mereka.
Jika perkara seperti ini tidak dapat dihormati apa jaminan kontrak – kontrak besar tidak diagihkan berdasarkan kepentingan tertentu ?
“KE ARAH KERAJAAN REFORMASI”
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Exco Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
016 324 2564 – CHEGUBARD@FREEANWAR.COM
___________________________
Terbitan : 6 Mei 2004
Ke atas
Home
|
|