|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
SIAPA DI SEBALIK IWK, SYARIKAT URUS JURULATIH PLKN
KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA keADILan
1 MEI 2004
SIAPA DI SEBALIK IWK, SYARIKAT URUS JURULATIH PLKN
Program Latihan Khidmat Negara yang mempunyai cita-cita murni melahirkan anak-anak yang patriotik, kian menjadi bahan cemuhan orang ramai. Masalah demi masalah menghantui PLKN, dan ini tidak baik bagi kredibiliti program tersebut.
Bukan saja disiplin pelatih menjadi topik hangat, kini jurulatih pula mengadu tidak dibayar gaji.
Urusan pembayaran elaun kepada jurulatih PKN dibuat menerusi dua cara, iaitu menerusi Majlis Khidmat Negara dan sebuah syarikat swasta (Institut Kepimpinan Wawasan, IKW).
Majlis Khidmat Negara membayar elaun kepada jurulatih secara am, manakala IKW pula membayar elaun kepada mereka yang memegang jawatan berpangkat dan khusus, serta pakar dalam bidang tertentu.
Apabila ditanya kepada presiden IKW, Brig-Jen (B) Datuk Hussainy Hussein, katanya jurulatih sudah menerima sebahagian daripada gaji, dan selebihnya akan diberi setelah tamat latihan kelak.
Apa yang menarik di sini ialah syarikat swasta yang menguruskan bahagian penyediaan jurulatih bagi PLKN kebetulan pula diketuai oleh setiausaha kerja Umno.
Menurut umno-online.com Brig-Jen (B) Datuk Hussainy Hussein telah dilantik menjadi Setiausaha Kerja Umno.
Hussaini juga pernah menyandang jawatan Probos Marsyal Polis Tentera pada 1993 sebelum dihantar ke Turki sebagai penasihat pertahanan negara itu.
Berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan, beliau pernah bertugas di bahagian risikan Kementerian Pertahanan selama 10 tahun sebelum menjadi pegawai penyelidik di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Beliau turut menjadi Ketua Panel Proaktif Pilihan Raya Unit Penyelidikan Perancangan Strategi Umno yang dipengerusikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung Yayasan Kajian dan Strategi Melayu di mana Perdana Menteri menjadi Penaung.
Nah! Bukti penglibatan Umno dalam Khidmat Negara yang sebelum ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Najib Tun Razak bahawa PLKN ada tujuan politik
”KE ARAH KERAJAAN REFORMASI”
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
016 324 2564 – chegubard@freeanwar.com
___________________________
Terbitan : 7 Mei 2004
Ke atas
Home
|
|