|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
SATU LAGI MANGSA PLKN
ANGKATAN MUDA
PARTI keADILan RAKYAT
9 MEI 2004
SATU LAGI MANGSA PLKN
Angkatan Muda merakamkan ucapan takziah kepada keluarga T.Saravanan, 18 tahun merupakan mangsa terbaru PLKN yang mati lemas ketika mengikuti aktiviti bersama 200 orang peserta di Sungai Wangi dekat Gua Musang, sabtu lalu (8 Mei 2004).
Mangsa seorang pelatih PLKN di Kem Etnobotani Gua Musang berasal dari Taiping, Perak merupakan pelatih PLKN siri ketuga di kem tersebut.
Mengikut sumber maklumat kami mangsa bersama semua peserta telah diarahkan mengikuti program riadah di Sungai Wangi. Rombongan tiba kira – kira jam 9.00 pagi di tempat kejadian. Bilangan yang ramai seolah gagal dikawal oleh jurulatih pengiring.
Hanya kira – kira jam 11.30 pagi kehilangan mangsa disedari. Hanya pada 1.45 petang mayat mangsa ditemui di dasar sungai oleh penduduk kampung yang berada dikawasan berhampiran yang membantu usaha mencari.
Angkatan Muda melahirkan rasa kekesalan yang tidak terhingga di atas kejadian tersebut. Pihak yang mengendalikan PLKN termasuk Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak seharusnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya diatas kejadian ini.
Ini bukan kejadian pertama. Berapa banyak lagi kematian, kes cabul atau berapa ramai lagi Remaja Malaysia (peserta PLKN) yang bakal mempunyai rekod polis / dihadapkan ke Mahkamah ?
Ternyata sebenarnya ini semua membuktikan bahawa pihak terbabit sebenarnya belum bersedia mengendalikan peserta PLKN yang sebegitu ramai. Ia merupakan program tergesa- gesa. Semoga Najib benar – benar paham akan maksud surat terbuka Angkatan Muda kepadanya tempoh hari, buang jauh ego kamu !
Gantung segera PLKN kembali semula kemeja ayuh sama-sama kita meneliti semula Kerajaan, NGO, Aktivis masyarakat perlu digabungkan untuk mengkaji semua program ini sebelum diteruskan. Angkatan Muda sendiri SENTIASA BERSEDIA menawarkan segala kepakaran dan tenaga kami.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
TIMB. KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA keADILan
CHEGUBARD@FREEANWAR.COM
016 3242564
___________________________
Terbitan : 10 Mei 2004
Ke atas
Home
|
|