Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

TINDAKAN MENAHAN PEGAWAI IMIGRESEN DI BAWAH ISA DIKECAM

ANGKATAN MUDA
PARTI keADILan RAKYAT
10 MEI 2004

TINDAKAN MENAHAN PEGAWAI IMIGRESEN DI BAWAH ISA DIKECAM

Angkatan Muda mengecam tindakkan menahan seorang Kakitangan Imigresen di bawah ISA.

Mengikut laporan muka depan Mingguan Malaysia 9 mei 2004 Ketua pengarah Imigresen, Datuk Mohd Jamal Kamdi mengesahkan bahawa seorang kakitangan Imigresen Negeri Sembilan telah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam pemalsuan Pasport Antarabangsa Malaysia.

Angkatan Muda mendesak supaya kakitangan Imigresen yang ditahan tersebut didakwa dimahkamah. Kami memandang serius mengenai skandal pemalsuan dokumen seperti Pasport Antarabangsa, ia bukan satu perkara yang baru.

Penahanan ISA terhadap kakitangan tersebut bukan sahaja mencabul hak asasinya tetapi seolah seperti cuba menyelindungkan sesuatu disebalik kegiatan ini.

Adakah ada yang takutkan pendakwaan di mahkamah terbuka tanpa menggunakan isa yang mampu mendedahkan lain lain nama besar di sebalik sindiket ini ?

Pihak penguasa tidak boleh mengelakkan tanggapan rakyat penggunaan ISA seperti ini sebenarnya hanya berniat untuk menyelindungkan nama nama besar disebalik skandal tertentu kerana selama ini juga terdapat khabar angin terdapat menteri yang terlibat dalam skandal pemalsuan dokumen atau membawa kemasukan pendatang asing.

Angkatan muda sekali lagi menegaskan dakwa orang yang disyaki di mahkamah terbuka. Mansuhkan sahaja penggunaan ISA kerana undang undang Malaysia telah lengkap!

Kami meminta keluarga kakitangan Imigresen yang ditahan ISA atau mana mana keluarga mangsa tahanan ISA jangan malu atau takut kami bersedia membantu. Hubungi Angkatan Muda keADILan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), 75A Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, 40000 Shah Alam, Selangor Tel: 03-55133416 / 8477, Fax: 03-55129646 ATAU HUBUNGI SAYA TERUS

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda keADILan
016 324 2564 / [email protected]




___________________________
Terbitan : 10 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)