Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tahanan Iraq Didera : Tahanan ISA Dipenjara !! Anwar Dicedera !!!

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Akhbar arus perdana kini begitu kerap memaparkan gambar-gambar tahanan perang Iraq yang didera dan diaibkan oleh askar-askar Britain dan Amerika. Tidak cukup dengan itu diikuti pula dengan paparan gambar-gambar keadaan tahanan terbabit dalam keadaan berbogel di kaca-kaca TV. Cucu pun turut bersedih dengan bersimpati dengan keadaan tahanan terbabit kiranya benarlah apa yang dilakukan itu. Sememangnya tribunal jenayah perang antarabangsa perlu mengambil tindakan tegas dan mengambil tindakan tegas terhadap kesemua mereka yang terlibat. Sikap yang ditunjukkan itu bukan sahaja memalukan , malahan benar-benar menghina umat Arab secara keseluruhannya dan apa yang lebih penting ianya adalah satu penghinaan dan menjatuhkan maruah umat Islam sebenarnya.

Apakah sikap kerajaan Malaysia sebenarnya ? Lihat sahaja apa yang berlaku di Selatan Thailand, sebagai sebuah negara ianya pemimpinnya adalah pengerusi Pertubuhan Islam Sedunia ( OIC ) kerajaan Malaysia hanya sekadar ingin berbincang bagi menyediakan penempatan khas buat pelarian umat Islam Selatan Thailand yang ingin cuba mencari perlindungan di negara ini. Sedangkan sepatutnya kerajaan harus mengambil tanggungjawab yang lebih berat dalam menangani masalah tersebut. Thailand seperti juga Indonesia dan Malaysia, kini sudah mula menggelarkan puak-puak Islam di negara mereka sebagai pengganas. Lantaran itulah askar-askar Thailand mengadakan operasi besar-besaran untuk menghancurkan gerakan Islam terbabit , walhal mereka sepatutnya mengadakan rundingan demi rundingan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan yang menyebabkan kematianbanyak nyawa umat Islam yang tidak berdosa.

Tragedi di Masjid Krisek, Selatan Thailand..sebuah masjid tertua di Thailand dan Cucu pernah singgah di masjid tersebut suatu ketiak dulu ketiak Cucu mengadakan lawatan ke selatan Thai bersama raka-rakan perjuangan Cucu. Sedih Cucu lihat apa yang dipaparkan, dan apa yang berlaku di masjid tersebut, lambang keagungan umat Islam Selatan Thailand sebenarnya.

Menyingkap kejadian di Masjid Krisek, seakan ada persamaan dengan Peristiwa Memali yang berlaku di Baling Kedah suatu ketika dulu. Seingat Cucu, pasukan polis telah merempuh dan menembak melulu mereka yang berada di rumah AsSyahid Ustaz Ibrahim Libya tanpa mengadakan sebarang rundingan terlebih dahulu. Akibatnya ramai penduduk kampung yang tidak berdosa telah terkorban dalam kejadian tersebut.

Melihat keadaan ini, apa yang dilakukan oleh askar Thailand sebenarnya ada cirri-ciri persamaan dengan pasukan polis Malaysia dalam “Kes Memali” yang perbicaraannya ditunda-tunda dan belum selesai-selesai sehingga ke hari ini.

Berbalik kepada isu tahanan Iraq didera dan diabkan, Cucu dapat rasakan inilah juga yang berlaku di negara kita Malaysia sebenarnya. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya, Cucu masih ingat lagi “Kes Mata Lebam” DSAI , dan ceita beliau tidak menerima sebarang rawatan setelah pengsan dan lebam mata akibat tumbukan dan deraan Bekas Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Rahim Noor. Deraan dalam keaadaan mata DSAI yang ditutup dan tangan yang bergari sebenarnya adalah salah satu cirri-ciri kebiadapan anggota polis dan perlu diketahui dunia sebenarnya Apa yang lebih menyedihkan, menurut DSAI beliau bukan sahaja didera, dan dicederakan ole Rahim Noor, malahan tidak dirawat beberapa hari …hinggalah pada hari yang ke-5 beliau dibiarkan berjalan terhoyong-hayang secara sendirian dalam keadaan berbogel “ Telanjang Bulat “ untuk mendapatkan rawatan doktor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ketika itu.

Jika dilihat kembali apa yang berlaku kepada DSAI ini sebenarnya, Cucu dapat merasakan bahawa apa yang berlaku kepada tahanan Iraq sebenarnya lebih kurang sama dengan apa yang berlaku kepada beliau. Lebih teruk lagi, DSAI terus didera dan dizalimi, tidak dibenarkan ikat jamin dan lebih sedih lagi tidak dibenarkan menerima rawatan pakar tulang belakang pilihannya, walaupun beliau mempunyai hak untuk berbuat demikian sebagai rakyat Malaysia.

Maka itu kekejaman tentera Britain dan Amerika ini sebenarnya telah mengambil kira dan menimba pengalaman daripada apa yang dilakukan oleh Pasukan Polis Malaysia ( PDRM ) sebenarnya. Justeru itulah tidak hairanlah di Malaysia, deraan juga dibuat terhadap tahanan ISA yang terus dipenjara tanpa perbicaraan, iaitu satu undang-undang zalim yan tidak bertamadun di alaf baru ini. Satu-satunya undang-undang zalim yang bertujuan untuk mendera mental dan fizikal pejuang-pejuang Islam dan keadilan agar memihak kepada kerajaan yang memerintah sebenarnya. Inilah deraan yang paling zalim yang tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita Malaysia hari ini. Apatah lagi dalam usaha kerajaan menerapkan unsur-unsur Islam Hadhari , dan mengataka negara ini adalah sebuah negara Islam.

Susulan daripada perkara ini, Cucu tidak nampak langsung apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan sebagai pengerusi OIC dalam menangani masalah umat Islam di seluruh dunia hari ini. Bagaimana harus kerajaan mengambil perhatian dan mempertikaikan tindakan negara-negara kuasa besar seperti Amerika dan Britain ini sebenarnya, sekiranya kerajaan Malaysia sendiri sebenarnya bayak mempelajari ilmu dan mengambil undang-undang yang ditinggalkan oleh negara terbabit. Apa yang berbezanya ialah, negara Amerika Syarikat dan Britain, walaupun sezalim-zalim mana Perdana Menteri dan Presiden negara tersebut mereka tetap menghormati hak asasi dan kebebasan media dan hak bersuara rakyatnya sendiri.

Kalau dilihat kepada laporan memalukan akhbar tabloid Britain Daily Mirror, kerajaan Britain boleh menggunakan kuasa mereka untuk mengharamkan penerbitan akhbar terbabit kerana ia telah memalukan negara tersebut, tetapi ia tidak berlaku . Ia berbeza dengan Malaysia, Cucu hairan.apabila terdapatnya bahan berita yang tidak menyenangkan kerajaan walaupun ada kebenarannya maka kerajaan akan menggunakan akta tertentu untuk mengharamkan akhbar dan majalah terbabit.

Inilah situasi yang paling mengecewakan berlaku di negara kita sebenarnya. Cucu pernah terfikir, alangkah indahnya jika negara kita ini benar-benar mengamalkan demokrasi yang tulen. Tap apakah semua ini akan menjadi kenyataan ?? Kita hanya merancang tapi Allah SWT yang akan menentukan. Sama-samalah kita berdoa, agar semua ini akan berubah , kalau bukan untuk kita…untuk generasi kita yang akan datang , teruskan semangat perjuangan !!! Takbirrr ..

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara .

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang Darul Makmur
[email protected]




___________________________
Terbitan : 6 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)