Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Awas PLKN : UMNO Lahirkan Generasi Perosak Agama Demi Survival Perjuangan !!

Assalammualikum WBT dan Salam Perjuangan...

Selamat Hari Pekerja dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul, Cucu ucapkan kepada semua pembaca yang beragama Islam. Melihat kepada senario politik mutakhir ini. Cucu nampak ada satu petanda yang jelas bahawa terdapat satu perancangan jahat dari luar yang bertujuan untuk menjatuhkan serta mencemarkan imej ISLAM. Merujuk kepada laporan terkini muka depan Harakah baru-baru ini, Cucu merasakan memang terdapat satu "Grand Design" untuk menjatuhkan perjuangan Islam di negara ini.

Tambahan pula dengan kekalahan besar pembangkang dalam pilihanraya umum ke-11 yang penuh dengan kontroversi baru-baru ini. Ramai ulamak-ulamak PAS yang tersunggur akibat perancangan jahat tersebut. Cucu melihat kiranya fenomena ini dibiarkan terus berlaku, maka terbuktilah bahawa kita kini sedang menghampiri akhir zaman.

Perjuangan bagi memartabatkan HUKUM ALLAH di mukabumi ini, dianggap sebagai satu penentangan dan bercanggah dengan hukum alam. Perjuangan yang mencampur adukkan agama dan duniawi dianggap lebih relevan. Sedangkan perjuangan suci yang menurut Kitab Al-Quran dihina dan terus dipinggirkan. Kerajaan yang tamak dan gila kuasa dengan rakusnya bertindak untuk memesongkan pemikiran rakyat jelata kononnya negara ini adalah negara ISLAM walaupun undang-undang Islam tidak termaktub langsung dalam perlembagaan persekutuan. Apa ayang ada hanyalah undang-undang tempelan, yang mana kesalahan jenayah Islam boleh dijual-beli untuk mengaut keuntungan. Apakah akan terjadi kepada umat Islam di Malaysia , terutamanya generasi kita yang akan datang sekiranya kesedaran ini tidak dapat kita berikan kepada mereka.

Cucu juga melihat, pergolakkan yang berlaku di Selatan Thailand, juga ada kaitan dengan kebangkitan Islam itu sendiri. Umat Islam disana sudah mula kecewa dengan langkah kerajaan yang membiarkan maksiat terus berleluasa dan bermaharajalela. Lihat saja pengeboman sebuah pusat hiburan ( Pub ) di Golok baru-baru ini, bagi Cucu memang wajar pusat seperti itu dimusnahkan setelah laporan demi laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa tidak mendapat perhatian. Apa yang menyedihkan terdapat juga kelibat rakyat Malaysia yang berkunjung ke pub tersebut menjadi mangsa kejadian itu. Cuba kita fikirkan, apakah yang mereka lakukan ? Bukankah mereka itu sedang minum arak dan sedang berfoya-foya . Maklumlah di Kelantan, perbuatan tersebut tidak dibenarkan, dan pusat hiburan seperti itu tidak diberikan permit. Itulah yang menyebabkan mereka berkunjung ke pub di Golok. Bayangkan apakah perasaan keluarga mangsa terbabit melihat suami atau bapa mereka berada di pub tersebut dan mukanya terpampang di dada-dada akhbar dan TV ?.

Sebenarnya ..apa yang berlaku di Selatan Thailand itu harus kita jadikan ikhtibar. Inilah yang berlaku di negara kita sebenarnya, kerajaan yang memerintah membiarkan sewenangnya pusat-pusat hiburan dan maksiat di sana-sini. Dan apa yang menyedihkan , yang menjadi mangsa dan terlibat sebagai GRO, Pelayan termasuk juga pelanggan yang berkunjung ke pusat seperti ini ialah anak-anak orang Melayu serta orang Islam sendiri. Apa langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk menangani masalah ini ? Kuasa sudah ada ditangan mereka !!! Tetapi mata-mata dan hati-hati mereka dibutakan seolah-olah mereka tidak nampak segala kemungkaran yang berlaku dihadapan mereka selama ini.

Justeri itu, Cucu amatlah berharap agar seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Islam dapat bangkit untuk menyedarkan sekalian hamba rakyat tentang situasi ini. Kiranya kita gagal dan membiarkan kerajaan yang hanya bertopengkan Islam untuk memerintah dan mengekalkan tampuk kekuasaan mereka di negara ini, maka selagi itulah Islam yang sebenarnya tidak dapat terlaksana.

Cucu amat sedih dengan senario ini, bagi Cucu kita lahir sebagai Islam dan seharusnya kita mati juga dalam perjuangan Islam. Kekalahan besar Barisan Alternantif dalam pilihanraya umum baru-baru ini sebenarnya adalah satu semangat buat kita untuk terus berhadapan dengan musuh-musuh Allah sebenarnya. Mereka akan lakukan apa jua perancangan untuk menghancurkan Islam. Apa yang kita perlu ingat ialah...walaupun apa jua perancangan yang mereka jalankan, perancangan dari Allah itulah sebaik-baik perancangan. Mungkin kekalahan BA barui-baru ini adalah sebagai satu landasan untuk kita merperbaiki setiap kelemahan yang ada. Musuh senantiasa bersedia untuk menghadapi kita, dan bersedialah dari masa ke semasa.

Buat generasi muda sebenarnya, mungkin agak sukar untuk menarik mereka kembali kepada Islam apabila kerajaan yang ada hari ini sering menyajikan mereka dengan unsur-unsur negarif seperti maksiat dan hiburan. Hati mereka akan tertutup rapat, bila senantiasa dilalaikan dengan unsur sebegini. Maka jalan terbaik bagi menyedarkan mereka kepada perjuangan bagi menentang kezaliman dan menegakkan keadilan di bumi Malaysia ini. Dengan kesedaran ini, mudah-mudahan mereka akan kembali ke pangkal jalan suatu hari nanti.

Harapan Cucu , semoga "Grand Design" yang dibuat oleh musuh-musuh yang ingin menghancurkan Islam ini tidak akan terlaksana dan dapat dihalang demi masa depan Islam. Cucu melihat ramai rakan-rakan yang berada di dalam UMNO hari ini, sememangnya tahu akan sifat setiap pemimpin mereka yang tamak kuasa, rasuah dan menentang Islam tetapi demi "periuk nasi" mereka, maka mereka sanggup untuk bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin seperti ini. Maka , langkah yang perlu diambil untuk menarik mereka kembali ke pangkal jalan haruslah dilakukan mualai sekarang. Jangan biarkan jiwa dan minda mereka terus dibelenggu dengan pembangunan semata-mata, sedangkan agama, bangsa dan negara terus dirosakkan mereka langsung tidak menyedarinya.

Baru-baru ini Cucu sempat berjumpa dengan seorang rakan lama Cucu yang kini menjadi orang kuat UMNO ditempat Cucu. Cuc tumpang berbangga dengan kejayaan politik yang dimilikinya, kerana Cucu tahu beliau sememangnya amat berkaliber dan berbakat sebagai orang politik. Ini ditambah lagi dengan imejnya serta latar belakang pendidikan termasuk pendidikan agama yang dipelajarinya. Tetapi apa yang amat mengecewakannya Cucu ialah, sikap beliau yang menolak bulat-bulat tokoh-tokoh ulamak yang sama-sama kami sanjungi ketika belajar di universiti dulu. Antara tokoh terbabit ialah Dato' Hassan Ali, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Prof Dato' Dr. Harun Din , Dr. Badrul Amin, Dato' Ismail Kamus dan ramai lagi. Cucu amat tahu yang beliau sememangnya sering mengiktu ceramah, kuliah dan memiliki kaset ceramah tokoh terbabit, tetapi bila beliau berada dalam perjuangan UMNO beliau telah berubah sikap.

Apa yang amat menyedihkan, sanggup beliau mengeluarkan kenyataan bahawa " Kau lihat ... kini orang-orang Melayu dan menolak ulamak yang kita sanjung dulu.. mereka sudah terpesong dari landasan kebenaran hinggakan Dato' Ismail Kamus boleh dikalahkan dengan calon MIC ( India ) dari BN dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Ini menunjukkan orang Melayu dah menolak ulamak "... Kata-kata beliau ini amat menyiksakan teliga Cucu, dan Cucu merasakan dah tiba masanya sesuatu perlu dilakukan untuk menghalang orang-orang seperti ini dari menyebarkan dakyah mereka. Jika dibiarkan, maka ramai lagi anak-anak muda akan terpengaruh, kerana mereka mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi.

Sebagai sebuah parti Melayu terbesar UMNO , maka manusia seperti inilah yang ingin mereka hasilkan. Mereka seboleh-bolehnya akan lahirkan lebih ramai lagi generasi perosak agama demi survival perjuangan politik mereka. Sebab itulah kita dapat lihat mereka melabelkan gerakan Islam sebagai militan, pengganas serta serta berusaha untuk menutup Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) . Mereka juga menghapuskan sistem pendidikan Islam serta mencampur adukkan hukum Islam dengan hukum yang diambil dari barat. Mereka cuba memutar belitkan ayat-ayat Al-Quran, habsi Nabi dan sebagainya. Mereka lebih gembira melahirkan ulamak yang boleh dijual beli, guru-guru agama yang sekular, mereka menghalang penyebaran dan ceramah-ceramah agama yang bertujuan untuk menyedarkan rakyat tentang Islam, mereka memburuk-burukkan imej guru-guru agama dan tokoh-tokoh ulamak yang inginkan Islam sebaliknya mengagungkan-agung tokoh-tokoh yang berusaha menjatuhkan gerakan Islam. Sebenarnya banyak lagi perancangan yang dilakukan oleh mereka yang bertujuan untuk menjadikan Islam hanya sekadar ucapan dimulut semata-mata dan bukan dihati. Susulan dari itulah mereka mengadakan Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) yang bertujuan untuk menanamkan semangat sayangkan negara sebaliknya bencikan Islam kerana bagi mereka yang menjadi musuh-musuh Allah ini, Islam adalah kesederhanaan antara pembangunan dan akhirat. Maka itulah lahirnya Islam Hadhari dan sebagainya. PLKN juga bertujuan untuk melahirkan generasi perosak agama seperti "Grand Design" yang sedang mereka laksanakan selama ini.

Demi masa depan agama Islam yang kita cintai, marilah sama-sama kita bermuhasabah dan mencari jalan untuk menbendung musuh dari terus berusaha untuk menghancurkan Islam. Kita tahu agenda jahat Yahudi untuk menhancurkan dan merosakkan akhlak umat Islam di dunia ini ialah 4S, iaitu melalui SPORT ( Sukan ), SUPERMARKET ( Pasaraya) , SING ( Hiburan ) dan SEX ( Hubungan Jenis) . Kiranya agenda ini dapat dilaksanakan maka , akan terwujudlah generasi kita yang rosak akhlaknya seperti yang kita saksikan hari ini.

Selamatkan anak-anak kita !!! Takbir !!!

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara .

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang Darul Makmur
[email protected]





___________________________
Terbitan : 7 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)