Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kehilangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara

Kehilangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara, Pang Shu Juan dari UKM Jawatankuasa Kabinet Mengenai PLKN Harus Adakan mesyuarat tergempar Penangguhan PLKN

Kenyataan Media
oleh Fong Po Kuan

(Ipoh, Isnin): Kelmarin, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Program Latihan Khidmat Negara telah mengatakan bahawa kerajaan berhasrat menjadikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai model yang boleh dicontohi oleh seluruh dunia dalam usaha memupuk perpaduan nasional.(Utusan, 1.5.2004)

Najib tidak harus berfikiran jauh, mengkehendaki PLKN ala-Malaysia menjadi ikutan seluruh dunia sehingga beliau memastikan isu masalah keselamatan pelatih di Program yang semakin serius, sedia ada di hadapan matanya diatasi, yang semakin hari menghakis imej Kerajaan dan negara di kaca dunia.

DAP menggesa Jawatankuasa Kabinet Mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) membatalkan cuti awam mereka esok bagi mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan penangguhan PLKN ekoran daripada berlaku lagi masalah keselamatan, iaitu kehilangan Pang Shu Juan pelatih di UKM dari menjalani Programnya.

Apa yang mengejutkan adalah Pang yang berasal dari Pekan Nenas telah hilang dari institusi PLKN UKM melebihi 15 hari tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Kehilangan Pang hanya diketahui apabila ahli keluarganya tidak menjumpainya di institusi tersebut.

Kejadian sedemikian jelas menunjukkan sikap pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab dan kelemahan penguatkuasaan keselamatan di institusi PLKN.

Keselamatan adalah perkara yang paling asas bagi membolehkan Program ini mendapat kerjasama dan keyakinan para ibubapa dan pelatih terhadapnya. Walaupun pihak Kementerian Pertahanan telah berulangkali memberi jaminan kepada para ibubapa berkenaan langkah-langkah keselamatan yang sedia ada, tetapi kejadian-kejadian seperti gangguan seksual, rogol, pergaduhan, peras ugut dan kematian tetap berlaku, jelas keseluruhan mekanisme perjalanan Program tidak betul dari awal permulaan Program ini.

Punca-punca kejadian berlaku adalah kerana pihak Kementerian Pertahanan mengkehendaki Program ini dijalankan di dalam keadaan tergesa-gesa tanpa perancangan yang teliti, rapi serta konsultasi yang lebih sempurna dengan orangramai dan belia.

Kejadian dakwaan rogol, bukan kerana pelatih wanita mudah mempercayai kata-kata manis lelaki, sama juga, kematian pelatih, Awang Mohd Fadzli dari Bintulu tidak boleh begitu mudah ditolak tanggungjawab oleh pihak Majlis Latihan Khidmat Negara dengan memberi alasan bahawa kejadian tersebut kerana ditakdir Tuhan.

Insiden kehilangan Pang daripada institusi UKM selama 15 hari tanpa pengetahuan pihak UKM tidak boleh mempersalahkan pelatih semata-mata, walaupun, adalah tidak patut pelatih tersebut bertindak meninggalkan institusi dengan menggunakan nama bapanya.

Saya telah cuba menghubungi Ketua Pengarah JLKN, Haji Kamaruzaman dan Teo Khian How, Pengarah Pembangunan PLKN untuk mendapat tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh pihaknya berkenaan perkara ini, tetapi panggilan tidak dijawab.

Sejak permulaan Program ini, DAP telah menerima pelbagai aduan daripada pihak ibubapa dan pelatih.

Dengan tamatnya Program untuk pelatih sesi pertama Program tersebut, Jawatankuasa Pemantau PLKN DAP yang terdiri daripada lima orang ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri sedia menerima maklumbalas dan pengalaman daripada mereka. Kutipan maklumbalas ini akan dibangkitkan di Parlimen di sesi mesyuarat bulan Mei yang akan datang ini. Kami boleh dihubungi di nombor telefon:-

Fong Po Kuan (012-5058 662)
Anthony Loke (016-6686165)
Chong Chieng Jen ( 03-79578022)
Betty Chiew ( 019-2219468)
Chow Kon Yeow ( 019-4706189)





___________________________
Terbitan : 7 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)