Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sanggahan Penulisan Penduduk Marang

Assalamualaikum,

Buat kesekian kalinya saya rasa terpanggil untuk menjawab tulisan-tulisan mereka yang mengatakan,"Jangan siarkan bla..bla..bla..". Oleh itu tulisan "Penduduk Marang, Terengganu Darul Iman" dirujuk.

Jawapan saya senang saja.

1. Kitorang semua ni tengah boikot newspapers. Hang tak boikot rupanya. Mana kitorang nak dapat news kalau bukan dari internet dll. Cadangan anda untuk beli paper dan bagi mereka duit 1.20 tu cadangan yang kurang baik.

2. Kalau kita tak tau rancangan dia, camana kita nak lawan? Sekali-sekala disiarkan amat baik sekali. Pasal takut orang PAS termasuk parti lain atau lari, biarkan mereka. Kalau dah macam tu kejap-kejap bertukar pendirian etc. bagus tak payah masuk PAS.

3. Teks yang disiarkan tidak menghabiskan pitih. Kos nya hampir percuma thanks to the internet. Kalau tak suka penulis tu, Jangan Baca!

Akhir sekali saya cadangkan kepada anda, kalau hang boleh selalu bagi diorang 1.20 untuk baca, mengapa tidak bayar tranungkite 1.20 setiap kali saudara baca? Saya harap saudara akan bayar, bukan komplen saja.

Deris jusuh tu memang panas bum nya, tapi bukan kerana tiada duit. Hang ni pun pandai sangat menulis. Duit ada banyak. Cuma masalahnya, org ganu tak sokong dia pun. Baru 2 hari lepas dia sibuk datang ke Petronas IPC nak berbaik2 ngan manaja kat sana tu, senang skit dapat projek kot, untuk masa depan.

Seperti yang pernah saya tulis, ekonomi Malaysia ni majoritynya(60+%) adalah gov. Kalau gov kurang budget 5%, ekonomi akan jatuh 3%. Bedui badawi, camana hang nak buat sekarang? Actually takde way out pun. Pendek kata gov CANNOT reduce expenditures. Atas kertas bolehlaa.

Kalau gov nak reduce banyak-banyak, ekonomi will not grow. So camana? Solutionnya suruhlah company yang masih gov, cuma balance book dia tu tak tunjuk dlm gov book je. Suruh mereka spend banyak-banyak. End game dia sama je. Poket je lain.

Sekian!!

Engineer Terengganu





___________________________
Terbitan : 8 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net  atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)