Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hadiah untuk penyokong BN

PETIKAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA - 01.05.2004

HADIAH UNTUK PENYOKONG BN

Harga petrol, diesel naik 2 sen mulai hari ini

KOTA KINABALU 30 April - Harga runcit petrol RON97 dan RON92 serta diesel di seluruh negara akan naik dua sen seliter berkuat kuasa esok.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, turut terlibat ialah harga runcit gas petroleum cecair (LPG) yang meningkat dua sen sekilogram.Berikutan itu, kadar baru bagi petroleum RON97 di Semenanjung ialah RM1.37 seliter, Sabah (RM1.35 seliter) dan Sarawak (RM1.26 seliter).Harga baru petroleum RON92 pula ialah RM1.33 seliter di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Harga runcit diesel di Semenanjung pula ialah 78.1 sen seliter, 78.4 sen seliter di Sabah dan 77.8 sen seliter di Sarawak.Bagi LPG, harga baru di Semenanjung ialah RM1.35 sekilogram dan RM1.43 sekilogram di Sabah dan Sarawak.Shafie berkata, kenaikan itu telah diluluskan oleh jemaah menteri pada mesyuarat mingguan Kabinet Rabu lalu.Katanya, kenaikan harga itu adalah berikutan meningkatnya harga minyak mentah dunia dari RM94.12 satu tong kepada RM126.27 satu tong.``Walaupun kenaikan harga runcit sebanyak dua sen seliter atau sekilogram bagi bulan Mei 2004, kerajaan masih memberi subsidi dan pengecualian cukai ke atas produk berkenaan sebanyak RM800.6 juta pada Mei 2004,'' katanya pada sidang akhbar di Bangunan Kuwasa di sini hari ini.Kali terakhir harga runcit produk petroleum di stesen minyak dinaikkan ialah pada Mac 2003.Shafie berkata, harga baru itu bagaimanapun masih rendah berbanding harga runcit sebenar produk petroleum di Malaysia yang berasaskan pengiraan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM). Katanya, di bawah APM, harga RON97 sepatutnya dijual RM1.68 seliter di Semenanjung, RM1.66 seliter di Sabah dan RM1.67 seliter di Sarawak manakala bagi RON92 ialah RM1.65 di seluruh negara.Harga diesel pula ialah 97.3 seliter di Semenanjung, 97.6 seliter di Sabah dan 97 di Sarawak, manakala LPG ialah RM1.51 seliter di Semenanjung dan masing-masing RM1.59 di Sabah dan Sarawak.

Penulis : alasan yang serupa setiap kali berlaku kenaikan harga barang. Penyokong UMNO(baru) faham tak alasan ini?. Maksudnya, kamu sokong BN lagilah.

Shafie memberitahu, pada 27 Mac 2002, Kabinet telah bersetuju harga petroleum dinaikkan satu atau dua sen seliter atau sekilogram pada setiap satu atau tiga bulan sekali tetapi kerajaan tidak melaksanakan perkara tersebut.``Kita telah mengawal harga ini sekian lama dan kita berpendapat oleh kerana kos telah meningkat bukan hanya di peringkat dunia, tetapi juga di rantau ini maka dengan itu,

Penulis : Kabinet tu siapa?. HANTU!. Kita tu siapa?. HANTU!, Penyokong UMNO(baru) faham tak alasan ini?. Maksudnya tak ape kamu kena sokong BN lagilah.

Kabinet kelmarin memutuskan untuk menaikkan harga barangan ini ke tahap dua sen,'' tambahnya.Shafie bagaimanapun berkata, jumlah kutipan hasil kerajaan bagi RON97 pada Mei 2004 dijangka berkurangan sebanyak RM11.7 juta iaitu perolehan sebanyak RM24.4 juta pada Mei berbanding RM36.1 juta. Katanya, perolehan bagi RON92 juga menurun daripada RM3 juta pada April kepada RM2.1 juta pada Mei 2004 iaitu pengurangan sebanyak RM900,000.``Bagi diesel, perolehan kerajaan pada Mei dijangka menurun sebanyak RM13.9 juta iaitu RM166.9 juta berbanding RM180.8 juta pada April,'' tambahnya.Ditanya kesan kenaikan harga petroleum itu kepada barangan pengguna yang lain, Shafie berkata, kerajaan yakin kesannya tidak begitu besar walaupun menyedari barangan petroleum adalah sebahagian daripada keperluan dalam mengeluarkan barangan lain.Katanya, kementerian juga yakin tidak ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang keperluan kerana kerajaan masih memberi subsidi kepada beberapa sektor seperti stesen minyak, petani dan nelayan.``Kalau harga barang naik, kita akan ambil tindakan, tetapi saya yakin daripada dulu pun pihak yang terlibat mematuhi sebarang tuntutan kerajaan dalam penentuan harga terhadap barang kawalan seperti ini (petroleum),'' jelasnya.

Penulis : Jangan kita lupa, di atas “kabinet” , “kerajaan” dan “kita” yang dikatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal ialah penasihat PETRONAS – Tun Dr. Mahathir, bapa konspirator.

Sekian

Giching007





___________________________
Terbitan : 6 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)