Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Uthayakumar dakwa polis pecahkan cermin keretanya

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh)-Peguam Uthayakumar a/l Ponnusamy membuat laporan polis dua hari lepas dengan mendakwa 'saya mengesyaki anggota polis' yang memecahkan cermin keretanya.

Laporan polis itu dibuat beliau di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur dan secara spesifik menyebut anggota polis Brickfields terlibat dengan kes ini, "kerana saya tidak ada musuh."

Ini kerana, lapor Uthayakumar, beliau terlibat secara yang serius isu pembunuhan orang awam oleh polis dan kematian orang awam ketika berada dalam tahanan polis.

Lapor Uthayar kepada polis, kes terkini yang dikendalikan oleh beliau adalah Francis Udayapan, 24 tahun, yang didakwa terbunuh dalam lokap polis Brickfields dan dibuang ke dalam Sungai Klang.

Uthayakumar membuat laporan polis itu berikutan cermin belakang dan sisi keretanya yang diletak di tingkat 5 bangunan pejabatnya dipecahkan.

"Tidak ada apa yang hilang dari kereta itu," lapor Uthayakumar dalam laporan polisnya.

Sebelum ini, lapor Uthayar, pada 21 April, beliau dan rakan-rakannya telah diserang oleh polis.

"Saya telah dipukul di tangan dan badan saya di luar balai polis Brickfields. Peguam N.Surendran ditumbuk di perut, " lapornya.

Sebelum ini, lapor Uthayar, beliau juga pernah diugut melalui telefon bimbit dan juga telefon pejabatnya apabila beliau membawa kes kematian dalam tahanan polis dan pernah menulis secara langsung kepada Ketua Polis Negara mengenainya. - ZS ra-kira lima kali beliau membawa kes kematian dalam tahanan polis.





___________________________
Terbitan : 1 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)