Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hina tahanan: Jangan lupa apa berlaku kepada Dr Munawar Anis

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh)-Di samping bersyukur dengan sikap Perdana Menteri yang kesal dengan tentera Amerika yang menghina para tahanan Iraq, PAS juga menggesa penghinaan terhadap tahanan tidak dilakukan di negara ini.

Anggota Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaafar berkata, rakyat Malaysia masih belum melupai bagaimana para tahanan di hina dalam penjara dan lokap tahanan di Malaysia.

"Penghinaan terhadap Dr Muanawar Anis, Sukma Darmawan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri masih segar di ingatan rakyat negara ini.

"Oleh itu, kita bersyukur apabila Perdana Menteri sedar tidak baiknya menghina para tahanan sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika.

"Kita berharap apa yang berlaku kepada Dr Munawar Anis yang dibotakkan kepalanya tidak berulang lagi di Malaysia," kata Dato' Kamarudin yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Dato' Kamarudin mengulas kekesalan Malaysia terhadap penghinaan yang dilakukan oleh tentera Amerika dan British sebagaimana yang didedahkan oleh media Amerika dan British sendiri.

"Jangan kuman seberang lautan kita nampak, sedangkan gajah di depan mata kita tak nampak," katanya.

Beliau meminta kerajaan mengambil sikap yang jelas dan tegas dalam hal ini.

"Jangan yang dilakukan oleh Amerika kita tidak suka tetapi perkara yang sama juga berlaku di depan mata kita," kata beliau kepada Harakah. - ZS





___________________________
Terbitan : 6 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)