Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Badan hak asasi, peguam antarabangsa hadir perbicaraan Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Badan-badan hak asasi dan peguam terkemuka antarabangsa akan menghantar wakil sebagai pemerhati perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya mulai 10 Mei ini.

Badan hak asasi yang mengesahkan akan menghantar wakil ke mahkamah ialah Amnesty International, yang mempunyai 1.5 ahli di 150 negara.

Pertubuhan tersebut pernah mengkritik perjalanan proses perbicaraan Anwar sebelum ini dan mengisytiharkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai 'Tahanan Prihatin' sejak tahun 2000.

Manakala badan prundangan antarabangsa yang akan menghantar wakil ke perbicaraan itu ialah International Court of Justice (ICJ) dan International Bar Association (IBA).

ICJ ialah badan perundangan yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) manakala IBA merupakan badan perundangan terbesar di dunia.

Turut hadir sebagai pemerhati ialah Queen's Counsel, Mark Trowell. Queen's Counsel ialah peguam bela terkanan yang diakui kepakarannya dalam bidang perundangan tertentu khususnya di England, Australia dan New Zealand.

Difahamkan pegawai kanan kedutaan asing seperti Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom juga akan hadir.

Sementara itu, penyokong-penyokong Anwar akan mengadakan solat hajat dan ceramah khas menjelang perbicaraan tersebut malam ini di kediaman Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, di Bukti Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar bersama adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung hukuman sembilan tahun penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Ariffin Jaka pada Ogos 2000 di bawah Seksyen 337B Kanun Seksaan atas tuduhan meliwat.

Beliau juga akan mengemukakan permohonan agar dibebaskan dengan ikat jamin.

Februari lalu, Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Pajan Singh Gill, Dato' Richard Malanjum dan Dato' Hashim Yusof sebulat suara menolak rayuan serta permohonan ikat jamin beliau dan serta Sukma.

Perbicaran 10 Mei ini merupakan saluran perundangan terakhir bagi Anwar. Sekiranya mahkamah menolak rayuan beliau kali ini, bererti Anwar akan kekal di Penjara Sungai Buloh sehingg atahun 2012. ER/lanh





___________________________
Terbitan : 7 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)