Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

5 tenaga pengajar Kostaq dipecat

KUALA TERENGGANU, 9 Mei (Hrkh) – Kerajaan BN negeri terus bertindak rakus dengan memecat lima orang tenaga Kolej Sains dan Teknologi al-Quran (Kostaq) Besut.

Ini berikutan Kostaq Besut yang diwujudkan oleh Kerajaan Barisan Alternatif (BA) pimpinan PAS negeri pada 2003 itu telah diarahkan pindah ke Kostaq Dungun.

Menurut sumber, antara mereka ialah pengetuanya, Ustaz Shukri Harun dan ketua pengajian al-Quran dan agama Kostaq Besut.

Harakah difahamkan, ustaz berkenaan yang berasal dari Besut dan memiliki MA bukanlah dari kalangan aktivis PAS.

Sumber itu menambah, lima orang yang dipecat itu adalah orang yang sanggup bangun pukul 3.00 pagi untuk membuat rondaan bagi mengawasi keselamatan pelajar.

Katanya, mereka tidak diberi imbuhan yang lumayan dan bekerja kerana Allah.

“Tetapi inilah manusia yang menjadi mangsa kepada kerakusan kerajaan Barisan Nasional pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, kerajaan BN negeri juga telah menurunkan pangkat tiga timbalan pengarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) kepada pensyarah biasa yang berkuatkuasa 1 Mei lalu.

Tindakan itu diambil melalui Majlis Kusza pada mesyuarat pertamanya hujung bulan lalu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Idris Jusoh.

Timbalan-timbalan pengarah terbabit ialah Mohd Yasin Muda (akademik), Wan Abdullah Wan Salleh (hal ehwal pelajar) dan Muhamad Ruzlan Musanih (pembangunan).

Mereka digantikan oleh Dekan Pusat Pengajian Luar, Dr Ahmad Shukri Yazid, Nordin Jusoh (pensyarah Sekolah Pengajian Pengurusan) dan Dr Abdul Hakim Abdullah (pensyarah Pusat Bahasa).

Pada 23 Mac lalu, Pengarah Kusza, Ustaz Anwar Zainal Abidin telah dipecat serta merta setelah BN memenangi pilihan raya umum ke-11.

Pada tarikh itu, Idris Jusoh belum lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan kerajaan negeri belum dibentuk. – KAM/ayu





___________________________
Terbitan : 10 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)