|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
Hancurnya sebuah tamadun-USA-dan agama baru Islam Hadhari
"Not only did it make the Iraqi people naked, but it
made America naked in terms of its claims of abiding
by the rule of law, maintaining human dignity,
exercising self-restraint and having a government
that's accountable and transparent."
Tidak dapat lagi bagi seorang Muslim yang normal untuk
mengawal rasa perit dan kesalnya atas apa yang
dilakukan ke atas saudara seIslamnya di Iraq. Mungkin
kalau dibunuh sahaja tahanan-tahanan itu adalah lebih
baik daripada melakukan mereka sedemikian rupa.
Dari satu aspek, ia hanya merupakan salah satu
penghinaan daripada Allah SWT daripada
penghinaan-penghinaan lain yang turut ditimpakan ke
atas umat Islam pada hari ini. Bukankah Allah telah
berfirman bahawa maksiat dan fasad yang dilakukan oleh
golongan yang zalim, yang tidak cuba dihalang oleh
golongan yang sedar, akan mengakibatkan turunnya bala
Allah yang tidak hanya akan menimpa orang yang zalim
itu, tetapi juga kepada orang yang tidak ada
kena-mengena dengannya.
Memang negara kita juga tidak kalah dengan pasukan
tentera USA yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Dan
mungkin standard yang pasukan kita lakukan adalah jauh
lebih dahsyat seperti apa yang telah diakui sendiri
oleh saudara Azmin Ali yang pernah disuruh telanjang
dan menari di hadapan para penyoalnya.
Cuma bezanya perbuatan negara kita terhadap tahanan
itu, kalau diambil pun gambar mereka ketika itu, tidak
terlepas ke tangan orang dan media awam. Dan kalau
terdedah juga gambar itu di khalayak ramai,
kemungkinan besar rakyat Malaysia yang sudah dikasi
ini tidak begitu sensitif terhadapnya sehingga boleh
memaksa kerajaan untuk mengadakan sebuah perbicaraan
terbuka menjelaskan itu dalam media secara langsung,
sebagaimana yang mereka lakukan sekarang di USA itu.
Kita tentu ingat pendedahan dalam negara ini dahulu
mengenai tahanan pendatang Bangladesh yang disuruh anu
kemaluan rakannya dengan mulut semasa dalam tahanan
dahulu dan ia dibuat secara beramai-ramai. Bagaimana
jikalau perbuatan seperti ini keluar dalam bentuk
gambar di USA dan dilakukan oleh tentera mereka
sendiri. Jelas bahawa sensitiviti kita sebagai umat
Islam negara ini tidaklah sehebat sensitiviti mereka
di USA itu.
Tetapi ada kemungkinan juga bahawa 'perbicaraan' ke
atas Donald Rumsfeld sekarang dilakukan bukan atas
dasar sensitiviti rakyat USA sangat dan rasa
keprihatinan mereka dengan isu-isu kemanusiaan.
Mungkin ini hanya sebagai suatu damage control
exercise sahaja untuk mengambil hati rakyat Iraq dan
perasaan umat Islam, supaya tidak akan timbul sebarang
backlash di kalangan penentang USA di Iraq ke atas
tentera USA itu sendiri. Mungkin juga untuk
mengembalikan rasa 'mulia' di hati pasukan tentera USA
di Iraq supaya mereka tidak berjalan di lorong dan
jalanraya Iraq dengan menundukkan kepala.
Ini kerana tamadun USA itu sendiri sudah lama hancur.
Dan apa yang berlaku dan terdedah kini hanya merupakan
satu 'pengesahan' sahaja bahawa tamadun USA sudah
sememangnya hancur di mata umat manusia di seluruh
dunia. Dan bahawa USA kini sudah sah terkeluar
daripada senarai negara-negara di dunia yang layak
bercakap mengenai isu-isu kemanusiaan dan keadilan,
apatah lagi tentang Islam.
Dan apa yang ambo pernah diberitahu sebelum ini bahawa
agama Islam Hadhari ialah agama yang dicipta oleh USA.
USAlah yang mula-mula mengamalkan agama Islam Hadhari
dan diikuti oleh UK dan yang lainnya. Para pengkaji
Islam di USA samada yang Muslim atau lainnya, mereka
itulah yang berhempas-pulas memikirkan satu cara
bagaimana untuk mengadunkan di antara ajaran Islam dan
sekularisme.
Dan akhirnya terberanaklah sebuah agama baru - Islam
Hadhari, walaupun jenamanya mungkin berbeza di antara
sebuah tempat dengan yang lain.
Para pengempen agama baru Islam Hadhari di Malaysia
kini haruslah mengambil iktibar bahawa negara
asal-usul agama baru yang mereka ingin laksanakan di
negara ini sudah pun kecundang tamadunnya. Tidak ada
apa lagi yang boleh dibanggakan lagi dengan USA itu,
melainkan jikalau hati-hati kita sendiri sudah lama
termakan taik USA dengan banyaknya dan melihat apa
sahaja yang datang dari sana adalah wangi baunya
belaka.
HC
___________________________
Terbitan : 9 Mei 2004
Ke atas
Home
|
|