Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hadhari ? ... Apa itu hadhari ?

Hadhari ? ... Apa itu hadhari ?
---------------------------------------

ISLAM adalah agama yang lengkap,
ikut saja keseluruhan peraturannya dalam pentadbiran negara.
Perkataan ISLAM tak boleh dicampur-campurkan kerana umat akan keliru,
"the word ISLAM should stand by itself dalam istilah agama".

hadhari ? ... Apa itu hadhari ?

hadhari maknanya moden, pembangunan ??
Dalam ALQuran Dan Hadis tidak terjumpa nasnya,
Belum ada negara di dunia menjalankannya,
mahu pun masa dulu-dulu atau sekarang,
malaysia lah yang pertama, terr ulung.

Jika dirujuk sosiologi orang arab,
mungkin disitu diambilnya, sebab
ada arab badawi dan ada arab hadhari,
arab kampung (padang pasir), arab bandar,
jika ini diguna pakai maka hadhari adalah

untuk orang bandar saja,

untuk orang kaya aje,

hadhari ikut kata amerika aje,
hadhari ikut telunjuk yahudi aje,

(jihad dikatanya teroris, fundamentalis, militan,
radical, extremists, segala muntah yahudi
kamu ikut menyebut, macam burung kakak tua,
sebenarnya merekalah teroris, jelas dan nyata,)

hadhari tu semua alasan saje...
hadhari tu tiipuuuuuu..........

itu semua alasan-alasan tak mahu laksana syariat Islam sebenar,
kelok sana, kelok sini, nak tipu umat,

kemudian penulis, siaran tv dan rakyat burung kakaktua pun ikut,
orang kata hadari dia pun hadari,
orang kata wawasan dia pun wawasan,
orang kata aiik dia pun aiik,

kadangkala lebih lagi dari ketua yang menyesatkan tu,
ketua mereka terbesin, dia lebih lagi terbesin sampai keluar tahi hidongg.

adakah hadhari untuk orang yang sibuk projek aje ?

hadhari untuk bersuka-suka sebab di bandar macam-macam ada,

Islam had had hari saje,

besok pakai syariat Islam, hari ini tidak,
lusa pakai syariat Islam, tulat tak pakai,
tubin pakai syariat Islam, tonggeng tak pakai,

masa kempen janji had hari, bila hari mengundi tak pakai syariat Islam,
tipu sana, tipu sini, tipu sinun,

tok-tok guru habis dihina, disindir, dinesta melalui komedi dan drama tv, manakala konsert, hiburan, pesta dan pelbagai lagi digalakkan, ditaja-taja untuk merosakkan remaja,

kata tak nak rasuah, menteri-menteri rasuah dikekalkan,
kata nak berintegriti, tapi tak jujur pada rakyat, merasuah dan menipu dalam pilihanraya,

kata nak adil dan telus, tetapi Anwar terus di kurung,
kata bersih dari korup, anak dan isteri sapu projek berbilion,

kata nak Islam, tapi arak dan judi berleluasa,
kilang arak dan salah 1 dari 2 kasino terbesar asia ada dalam negara,

kata nak kuat dan terkenal seantero world, mahathir seekok pun tak terkeluarkan dari mahligai mewah,

kata nak mesra rakyat, tapi timbalannya najib tutup pintu apabila rombongan Salehudin datang nak berbincang masalah remaja,

masa kat tv merayu mendayu, bila menang menyanyi "final countdown" dulu,
terangguk-angguk kepala, ya dah lah tua terangguk-angguk kepala macam kat disko pulak lagatnya,
laaast sekali baru lah nak berdoa cara Islam,

hadhari itu sudah tentu ajaran sesat versi baru milenium ini.

Kan lebih elok pilih perkataan badawi saja
dari hadhari kerana sesuai dengan nama pm nya,
dan sesuai pula dengan kelaku semuanya.

Selepas pilihanraya banyak peristiwa tidak baik berlaku,
akhlaq masyarakat semakin menggila,
trafik light merah, moto-moto, kereta langgar saja,
ikut macam ketua negara dulu dan kini, undang-undang redah saja,
membujur sapu, melintang redah,
buli di sekolah, gangster di sekolah,
tumbuk rakan pelajar sampai mati,
bergaduh di pkn, rogol di pkn,
pergaulan bebas dan akhlak remaja di pkn,
silibus pkn yang tidak menekankan moral dan agama,
perempuan Islam jadi penari bogel,
orang Islam murtad dibiar tak terbela,
iman remaja tidak dijaga,
sure heboh sana sini,
dan tak lama lagi akademi faanntaasia,
dan banyak lagi, dan lagi, dan lagi....

adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn mengajar rakyat menipu dalam pilihanraya ?

adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn menaja konsert sana sini ?

adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn merasuah rakyat ketika mengundi ?

adakah ini hasil (natijah) dari pembohongan bn disaluran media ?

adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn merasuah rakyat untuk terus berkuasa ?

apa yang disemai, itulah yang dituai.

sebenarnya itulah kerja bn, melemahkan iman umat,

hari-hari tv pakai sorang,
cakap yang bukan-bukan, coverup sana-sini.
galakkan konsert, hiburan, pesta dan pelbagai lagi,
Agama Islam, tok guru Islam habis dihina, disindir, dikutuk,
melalui komedi dan drama tv untuk menakutkan rakyat pada Islam,
tv, radio digunakan untuk memesongkan minda dan persepsi rakyat,

takut-takutkan rakyat seumpama dia toohan,
bn lah segalanya tempat bergantong harapan,
datang berlakon beri bantuan bila ada orang susah, seumpama dia penyelamat.

bila tiba pilihanraya, rasuah sana sini pada rakyat yang dah lemah iman,
tabur sana sini pada rakyat yang dah memang susah,
bersenyum buaya, lembut gigi dari lidah, dan...
takut-takutkan lagi rakyat seumpama akan hilang tempat berpaut, hilang tempat bergantung, hilang segalanya jika tak pangkoh bn,

rakyat yang dah memang dilemahkan iman, disusahkan lagi dengan pelbagai tol, kenaikan harga serta cukai,
telah dimiskinkan harta dan budi pekerti, dilemahkan minda, dilemahkan pendirian dengan rasuah dan janji,
ditakutkan-takutkan lagi rakyat yang dah lemah jiwa, lemah peribadi,
rakyat dan umat melayu akan layu selayu-layunya menyembah bn,

itulah caranya bn mengekalkan kuasa, mensyirikkan rakyat !!!
itulah bn, syaitan bertopengkan parti, merosakkan umat melayu dan rakyat malaysia,
itulah kerja mungkar bn selama ini terhadap jiwa rakyat,

semoga ALLAH be end kan bn, Amiin.

sesungguhnya hadhari itu palsu,
apatah lagi kemenangan bn lagi palsu.

Di manakah jaguh-jaguh Islam bn ?
Di manakah pirdus bn ?
Di manakah mashita bn ?
Di manakah amran ?
Di manakah prob atau prop abdullah ?
Di manakah laskar najmudin ?
Di manakah moner jakim ?

nasihatkan lah abdullah badawi tu seperti yang kamu semua janji,
betulkanlah umat, betulkanlah ketua-ketua kamu tu,

jangan tersenyum aje...
atau kamu semua dah tak nampak apa-apa maksiat lagi ke ?
atau cermin mata kamu terlalu biru tua, gelap segalanya ?
atau kamu terus lena di atas kerusi empuk itu ?

janji nak jumpa rakyat di Serdang, di Bangi dan di Baling, namun batang hidung dua-dua wakil rakyat pun tak nampak bila tiba waktunya, berjanji kosong dan masih terus tipuuuuuu....

di sinilah nampaknya tembelang kamu semua nak membetul dari dalam,

nampak kamu semua menikus,

jelaslah sudah had hari kamu...
kita tunggu dan lihat hari kejatuhan kamu semua,

Sesungguhnya ALLAH tidak benarkan yang batil bercampur dengan yang baik.
Yang salah tu tetap salah.

ingatlah itu wahai kamu semua.

Semoga ALLAH menggantikan kamu semua dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang-orang Islam yang nyata lebih baik, jujur, benar dan amanah, Amiin Ya MUTAKABBIR.
Amiin, Amiin, Amiin Ya ALLAH.





___________________________
Terbitan : 6 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)