Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SELAMAT TINGGAL SYED RAZAK?

Assalamualaikum wbt;

Walaupun terlambat, namun inilah yang hangat di perkatakan sekarang di setiap cawangan UMNO. Selepas persidangan UMNO ini kedudokan Syed Razak sebagai MB Kedah akan tergugat. Dan penggantinya sudah tentunya Dato' Afifudin. Syed Razak kroni Mahathir di katakan lembab dan tidak buat kerja. Terutama sektor pertanian. Paling memalukan di hadapan DYMM Tuanku Sultan Kedah tempoh hari sama ada secara gurau ataupun tersilap, Syed Razak mengalukan kehadiran Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar Kedah membelakangi dif dif di Raja yang lain. Namun anak Mahathir iaitu Mokzani sedang menyusun untuk menawan Merbok sebagai wakil ke persidangan UMNO kelak.

Selepas pilihan raya baru baru ini, bukan saja wakil BN yang menang atas tiket penipu yang dalam lain perkataan mereka mereka ini selepas itu akan makan duit haram di sebabkan perbuatan penipu mereka sebagai wakil rakyat, seorang Ketua Cawangan Taman Peruda telah mengkelentong duit habuan pilihan raya daripada ZAM Mydin, Saravanan dan Mi Jangut menyebabkan Bendahari dan Setiausaha nya bermasam muka. Katanya "jangan di tanya berapa banyak duit yang dapat, itu adalah kerja aku!" Siapa yang tidak kenal dengan Ketua Cawan Taman Peruda itu, duit surau Taman Peruda pun dia sapu inikan pula durian runtuh dari ke tiga tiga ketuanya. Pepecahan juga berlaku kerana Mi Janggut telah menokak si Tajul yang mengidam kerusi DUN Tanjong Dawai dulu dan kerja orang orang UMNO ini tidak habis dengan dok buat kerja penipu. Hang tipu aku, aku tipu hang! Macam tuulah! Sampai untuk kempen bagi Mokzani pun kalau tidak luruh seribu ke, lima ribu ke, jangan harap kami nak buat kerja.

Berbalik kepada Syed Razak tentunya sedang kalut untuk mempertahankan jawatannya, tapi kalau orang sudah tidak mahu, apa yang boleh dia buat. Malah ada seorang bomoh, orang kuat Dato' Afifudin yang dulunya penceramah PAS kini telah kaleh menjadi penceramah BN. Sewaktu pilihan raya baru baru ini dialah yang ligat meloncat pentas BN dengan mencabar peneroka peneroka di Kawasan Padang Terap supaya meninggalkan tanah mereka kerana menentang kerajaan. "Kerajaan yang telah beri rumah dan tanah dan memberi biasiswa pelajaran untuk anak anak kita, kita hendak menentang pula. Laa nii hampa semua pindah dari tanah kerajaan!" ( Aduh hebatnya! ) kata bekas pencemah ini yang berkelulusan sarjana dari Perancis.

" Mana dia jagoh ayam sabong mereka Mat Sabu, si joker kalut Mahfuz dan tukang jampi Harun Din.... semuanya sunyi sepi. Silap silap pilihan raya akan datang Kelantan pun bungkus habis." Depa nii hanya dok pandai mengajar muda mudi mencarut bukan nak buat kerja sebagai wakil rakyat!" Tengok nanti pilihan raya yang akan datang saya akan jadi calon pula! " Mak cik dok gobek sireh mana le dia tahu tentang politik, hah undilah BULAN, nanti mak cik dapat masok syurga. Ada akai ke undi PAS boleh masuk syurga. Yang dok tentu masok syurga dan neraka hanya Allah Ta'ala.! Kata tok bomoh ini yang kerja dia dok jampi macam Dato' Harun Din juga, tapi memperlekeh habis Dato' Harun Din.

Tambahnya ambil dua orang satu dari UMNO dan satu dari PAS. Sembahyang mereka asama dak? Mengucap depa sama dak? Pergi haji sama dak? Rukun sembahyang sama dak? Habis dok kapiax ( kafir ) orang buat apa? Tuhan tak suruh. Hang kapiax ke, dia kapiax ke bukan PAS yang tentu. Silap silap orang yang dok kata tuu kapiax! Tak kapiax macam mana dok mengumpat kat orang!

Dari percakapan beliau ini dapat di buat kesimpulan :-

1.Jentera pilihanraya PAS di akar umbi tidak bergerak.
2. Wakil rakyat PAS tidak melawat kawasan hanya datang untuk buat ceramah sahaja.
3. Hanya tahu mengutip duit dan barang kemas untuk derma dan untuk tembolok mereka.
4. Tidak ada hubungan secara langsong di antara pemimpin atasan PAS dengan ahli ahli di peringkat bawahan. ( "Nak jumpa pun payah, banyak sangat body guard dok kepong katanya. tapi nak contoh Rasullallah!" )
5. Maklumat tidak sampai.
6. Bergerak ikut rasa sendiri.
7. Tidak ada pemantauan isu di saat akhir dan senjata terakhir tidak di gunakan macam dia mencabar peneroka peneroka yang menentang kerajaan supaya keluar dari tanah yang kerajaan bagi dan rumah yang kerajaan buat.
8.Tidak ada peruntukan dan wang serta pengurusan tersangat lemah.
9. Hanya menjadi pak turut.
10. Tidak ada semangat juang.
11. Hidup segan mati tidak mahu. Hidup pun masa pilihan raya saja.
12. Suka mengumpat bila berceramah.
13. Tidak ada ilmu macam Mahfuz! ( Mahfuz tidak ada ilmu? )
14. Tidak ada strateji.

Harapan kita semua supaya pandangan sepotan dari bekas penceramah PAS ini di kaji dan di buat post mortem supaya menjadi iktibar kepada kemajuan kita semua walaupun yang dok kata undi PAS itu masuk syurga dan kafir menkafir adalah dari mulut Nakhaei dan pemimpin BN yang lain, kita janganlah cepat melatah kerana itu adalah hakikat senjata yang di bakai oleh BN untuk menyerang PAS.

wasallam

syed johari yussof @ laduniseven



___________________________
Terbitan : 8 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net  atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)