|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
Keadilan Terus Melebarkan Pengaruhnya Di Permatang Pauh.
Oleh : Mat Sepai
PERMATANG PAUH: Selepas pilihan raya ke-11, bermula dengan penambahan
ahli
di cawangan Kubang Ulu, Permatang Rawa dan pembukaan cawangan baru di
Bagan
Serai, kini keadilan Permatang Pauh terus melebarkan pengaruhnya
apabila
berjaya menubuhkan satu lagi cawangan di Kg. Padang Ibu.
Majlis perasmian cawangan berkenaan telah disempurnakan semalam oleh
Ketua
Bahagian Keadilan Permatang Pauh, Tuan Hj Abdul Rahman Kadir (Pak
Rahman)
yang mewakili DS Dr Wan Azizah. Turut hadir ialah En. Zainol Abidin
bin
Saad, Pengarah KADUN Penanti, Hajah Che Wa Harun Ketua Wanita, Hajah
Che Som
Awang, Bendahari Wanita dan beberapa Ahli Jawatan Kuasa Bahagian.
Menurut Ketua Penajanya, Sdr. Nor Azman Harun, penubuhan cawangan ini
kerana
komitmen ahli-ahlinya untuk bersama-sama rakyat Permatang Pauh yang
bencikan
kezaliman dan penyelewengan Umno/BN.
Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Abdul Rahman menjelaskan,
“Kita
ada tanggungjawab kepada ahli dan rakyat. Usah takut dan bimbang kerana
parti kita sah dari segi undang-undang.”
Seterusnya beliau menambah, “ “Mandat” yang diberikan rakyat kepada
kerajaan
sekarang telah dibalas budinya oleh kerajaan dengan menaikkan harga
barangan
terutamanya petrol dan gas memasak.”
“Petronas yang dilaporkan mencatat keuntungan bersih sebanyak RM17
billion,
mengapa rakyat perlu dibebankan lagi dengan menaikkan harga bahan api
ini ?
soalnya.
Tambahnya, “Minyak ialah bahan keperluan semua pihak yang dianugerahkan
Allah kepada rakyat, tapi rakyat telah pilih BN untuk menguruskan
amanah
itu, sekarang rakyat terimalah bala ini”.
Sambungnya lagi, “perjuangan kita ialah untuk amar makruf nahi mungkar.
Tolak kemungkaran paling mudah untuk menegakkan keadilan. Media arus
perdana
yang dikuasai umno/BN seperti TV lebih banyak menyiarkan rancangan
berunsur
maksiat dan menjurus ke arah merosakkan akhlak khususnya golongan
muda.”
“Kalau di dunia kita tidak menang, Insya-Allah di akhirat kita akan
berjaya,” ujarnya mengakhiri ucapan.
Takbir…..Lawan Tetap Lawan.
___________________________
Terbitan : 6 Mei 2004
Ke atas
Home
|
|