Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Yang Terindah Dalam Kemerapuan Politik

Dalam masa terdekat ini, beras, tepung beras, gula&susu manis akan naik harga dari 5% ke 30%. Maklum sudah!Jangka pun sudah! Inilah kesukaran yang tak dapat kita hindari! Apakan daya!!! NAIK PUN APA NAK BUAT DAH PILIHAN RAKYAT BERSAMA-SAMA PEMIMPIN UMNO - TRADISI MEMBELA RAKYAT ASING SAJA. Kerajaan mesra rakyat atau kerajaan mendera rakyat... cakap tak serupa bikin asyik tambah beban!!! Sebelum ini sudah berbuih mulut mulut para pemimpin dari PAS/BA memberi ingatan, tetapi malang kerana jenis melayu yang mudah lupa dan mudah termakan dengan racun yang di salut madu pemberian/janji puak pemimpin umno/bn yang mengakibatkan kesemua rakyat Malaysia terpaksa menerima/memikul segala beban yang dilontarkan. Dari itu jangan lah mengeluh. Kalau mengeluh pun bila tiba tahun 2008/2009 melayu yang mudah lupa tak kan berubah ke lambang lain selain dari lambang dacing Baghdad.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara bersedia menghadapi sekurang-kurangnya 34 petisyen yang difailkan berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu. Tarikh akhir memfailkan petisyen pilihan raya ialah Selasa ini dan sejak keputusan pilihan raya diwartakan pada 12 April lalu, 34 petisyen sudah difailkan di Mahkamah Tinggi. Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jumlah sebenar petisyen yang dikemukakan hanya dapat diketahui selepas tempoh 21 hari berakhir. “Kami memang bersedia menghadapi perkara ini dan Jabatan Peguam Negara sedang membuat persiapan untuk mewakili SPR dalam urusan berkenaan,” katanya. Wan Ahmad berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 70 peratus daripada petisyen yang difailkan itu membabitkan calon yang menang seperti mendakwa wujud unsur rasuah dan salah laku ketika berkempen. Menurutnya, pihak yang mahu membuat petisyen perlu mempunyai alasan yang kuat kerana badan itu yakin pihaknya telah mengendalikan pilihan raya mengikut peruntukan undang-undang. Katanya, kekecohan yang berlaku di sesetengah tempat bukan berpunca akibat pelanggaran undang-undang, sebaliknya lebih kepada aspek pentadbiran dan tatacara pengurusan.

Kalau sudah dasar pengecut begitulah. Mereka yang mencipta penipuan semasa pilihanraya ke 11 dan bersekongkol dengan Jabatan Pendaftaran Negara kini hendak meminta bantuan dari Jabatan Peguam Negara pula. Bolehkah kita mengharapkan satu ketelusan dari The Palace Of Justice dengan segala macam jenis judges yang tersimpan di palace tersebut? Sama-sama kita nantikan keputusannya. Ini bukan satu konspirasi besar tipu rakyat tapi ikut peruntukan undang-undang yang ditafsir parti umno/bn. Bayar duit pada penipu, minta tolong pada penipu yang beri jawapanPUN PENIPU. MACAM TULAH HIDUP DI BAWAH KERAJAAN PENIPU. Halalkah semua ini???

Seorang pemaju perumahan terpaksa dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas diserang dan dipukul seorang lelaki yang mempunyai gelaran Jaksa Pendamai (JP) di Jalan Pinang. Kejadian itu berlaku selepas lelaki berusia 46 tahun itu tidak berpuas hati dengan isu perbincangan politik yang dibualkan di sebuah kedai mamak. Menceritakan detik kejadian itu, Muhammad Nasaruddin Abdul Rais, 38, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bagan Datoh, berkata beliau pada mulanya sedang berbual bersama bekas Adun Paya Jaras, Datuk Sulaiman Samad; Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mat Yasin dan enam rakannya yang lain sambil minum di kedai berkenaan. Menurutnya, ketika mereka asyik berbual, lelaki berkenaan menghampiri mereka dan duduk bersama sambil berbual. Bagaimanapun, katanya, ketika sedang berbual, lelaki itu tiba-tiba bangun lalu menyimbah air suam ke bajunya sebelum beliau bertindak balas dengan menyimbah air ke baju lelaki berkenaan.

“Tidak puas dengan sekadar menyimbah air, lelaki itu kemudian mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat. Saya yang ‘panas hati’ akibat dimaki berulang kali, menyimbah segelas jus oren ke arah lelaki berkenaan. “Tindakan saya itu menyebabkan lelaki berkenaan berang dan terus memaki saya. Datuk Sulaiman dan Zaharin yang berada di situ berusaha mengawal keadaan dengan mengajak saya beredar pulang. “Bagaimanapun ketika saya berpaling untuk keluar dari kedai, lelaki itu terus menyerang saya dari belakang dan menumbuk kepala, muka dan telinga saya beberapa kali,” katanya.

Muhammad Nasaruddin berkata, akibat serangan itu, beliau terjatuh dan ditolak lelaki berkenaan ke tiang kedai hingga menyebabkan kepalanya hampir berlanggar pasu bunga di situ. Bagaimanapun, katanya, beliau bernasib baik kerana diselamatkan beberapa rakannya sebelum dipapah keluar dari kedai berkenaan.

“Akibat kejadian itu, saya mengalami lebam pada muka selain bengkak pada bahagian rahang mulut serta tangan kiri dan terpaksa dirawat di HKL. Saya juga sudah membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Jalan Bandar,” katanya.

Muhammad Nasaruddin yang kesal dengan kejadian itu mendakwa, lelaki yang menyerangnya itu adalah bekas anggota polis dan kini terbabit dengan kegiatan pembalakan.

“Dia sebelum ini memang gemar menyimbah ahli politik dengan air sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hati. Malangnya ramai mangsa tidak berani melawan kerana tubuhnya yang besar. “Saya benar-benar kecewa dengan tindakan lelaki itu yang keterlaluan dan tidak memperlihatkan sikapnya sebagai ahli Jaksa Pendamai,” katanya

Beginilah samseng-samseng amno bergasak... dah puas tipu orang bergasak sama sendiri. Berita tersebut merupakan satu gambaran yang jelas siapa sebenarnya kebanyakan ahli-ahli umno terutama sayap pemudanya. Situasi demikian kerap mereka pertontonkan pada setiap pilihan raya tambah-tambah lagi bila sesuatu pilihan raya kecil di adakan.

Kepada yang di katakan sebagai seorang bekas polis, pengusaha balak, berbadan besar dan mempunyai gelaran JP, selayak nya gelaran tersebut di terjemahkan sebagai JAKUN PENDALAMAN, JEMBALANG PEROSAK dan apa lagi yang sewaktu dengannya.

YANG TERINDAH DALAM KEMERAPUAN POLITIK

Dinsman melahirkan
Sajak Panjang Untuk Mahathir
Dr. Mahathir sinonim dengan
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
Memang perjuangan kita tak pernah selesai
Mati bukan titik noktah perjuangan
Kita akan jumpa Munkar Nakir
Kita akan ke Yaumil Mahsyar
Arisel bukan main sinis dengan majalah KARYA
Yang sudah arwah
Muka depan menjajakan wajah artis
Meluat juga melihat puisi dipolitikkan di atas pentas
Tak semena-mena orang politik ke sana ke mari
Mendeklamasikan puisi
Jangan ditanya nawaitu
Ruh kita semua sedang terbakar
Bukan justeru
SIDANG RUH
Kassim Ahmad
Warga penyair bisa menyelongkar yang seni
Lihatlah semalam
Ke mana perginya
MAHARAJA BERUK
Yahya Ismail
Apa sudah jadi dengan beruk-beruk di negara
Yang porak peranda
Kadang-kadang ada juga yang manis
Dalam SALINA yang berperang
Perempuan memilih jalan singkat untuk hidup
Menjual tubuh (pelacur)
DESA PINGITAN
Ibrahim Omar
Melahirkan anak haram
TUMPAS LAMPUS
Anas K. Hadimaja
Banyak sumpah seranah
Ada cerita penasaran cinta
SENJA DI JAKARTA
Mochtar Lubis
Melukiskan anak tiri yang jatuh cinta
Pada ibu tirinya
LAYAR TERKEMBANG
Sutan Takdir Alsyahbana
Merekam cinta Yusuf dan Maryam.

Yang terindah dalam kemerapuan politik
Apabila ada penyair menerjah jalan singkat
Untuk gah?
Untuk apa?
Untuk diri?
Untuk parti?
Untuk seni?
Untuk survival?

Jadilah nanti penyair
Sinonim
Dengan
BADOT
MERE NAM JOKER
Raj Kapoor
Lolongan palsu
PENJILAT
Marsli N.O.
(Dewan Sastera April 2001 ms 56)
hilang harga
diri.

Yang terindah dalam kemerapuan politik
Penyair tidak perlu tercari-cari
Persis golongan korporat yang sedang menunggu
Condong iklim politik
Siapakah sesudah Mahathir
Untuk diampu.

Malaikat Roqib dan Atid
Menyaksikan aksara yang mucul
Di monitor pcku.

RAMLI ABDUL RAHIM

Malaysia
6 Mei 2001

Manusia di dunia ini memang bersandiwara. Dan sandiwara kita akan Allah hisab di yaumil Mahsyar. Di sana baru tahu mana yang original dan mana yang palsu. Ikhlas bukan di bibir dan manis tetapi di hati. Hanya Allah yang tahu apa yang berdetik di setiap hati makhluk-NYA.




___________________________
Terbitan : 7 Mei 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)